Multi-Defense UV Protect SPF50+/ PA++++

Menampilkan dengan bangganya perlindungan SPF50+/PA++++ iaitu perlindungan matahari tahap tertinggi jenama ARTISTRY, losen Pelindung UV ini melindungi kulit wajah anda daripada sinar UV dan serangan persekitaran. Dirumus dengan Adunan Multipenapis kami serta padat dengan bahan antioksidan, pelindung matahari ini sesuai untuk kegunaan harian.

Tekstur losen yang menawan dan halus bak sutera meluncur di atas kulit dan meresap dengan pantas malah tidak kelihatan. Menghidratkan namun tidak berminyak, losen ini menjadikan kulit kelihatan dan berasa sangat sihat dan mempersiapkan kulit untuk pemakaian mekap.

header-logo
Multi-Defense UV Protect SPF50+ / PA++++

Menampilkan dengan bangganya perlindungan SPF50+/PA++++ iaitu perlindungan matahari tahap tertinggi jenama ARTISTRY, losen Pelindung UV ini melindungi kulit wajah anda daripada sinar UV dan serangan persekitaran. Dirumus dengan Adunan Multipenapis kami serta padat dengan bahan antioksidan, pelindung matahari ini sesuai untuk kegunaan harian.

Tekstur losen yang menawan dan halus bak sutera meluncur di atas kulit dan meresap dengan pantas malah tidak kelihatan. Menghidratkan namun tidak berminyak, losen ini menjadikan kulit kelihatan dan berasa sangat sihat dan mempersiapkan kulit untuk pemakaian mekap.

Bahan-bahan Berkuasa untuk Perlindungan Multidimensi

Perlindungan Semua Cahaya

active sunscreen ingredients for uv protection

Adunan Multipenapis

Adunan 5 bahan pelindung matahari aktif yang berkesan melencongkan dan meneutralkan kesan sinar UVA dan UVB sebelum ia boleh merosakkan kulit. Produk ini dirumus tanpa Oksibenzona atau Oktinoksat yang telah terbukti berbahaya kepada sistem terumbu karang.

anti blue light infrared light

Karnosin Peptida

Bahan-bahan pelindung matahari boleh melindungi daripada sinar UV tetapi tidak begitu berkesan terhadap cahaya biru atau inframerah yang dipancarkan daripada skrin dan peranti elektronik. Di situlah Karnosin Peptida mengisi jurang tersebut bagi memberikan perlindungan semua cahaya. Karnosin terbukti secara klinikal dapat membantu mencegah kerosakan yang ketara akibat cahaya biru dan inframerah. 

Bahan-bahan Antioksidan untuk Antipenuaan & Pertahanan Pencemaran

suncreen with antioxidant ingredients to fight skin ageing

Buah Delima yang ditanam oleh Nutrilite™
Kulit sentiasa diserang akibat pencemaran sepanjang hari, maka penting untuk mempunyai perlindungan berterusan daripada kesan pencemaran udara yang merengsakan kulit. Buah delima yang ditanam oleh Nutrilite™ mempunyai keupayaan luar biasa untuk melegakan dan melindungi kulit daripada kerengsaan yang disebabkan oleh enam jenis pencemaran utama.

Kompleks Pencerahan Terpaten dengan Biji Chia Putih & Buah Delima yang ditanam oleh Nutrilite™
Adunan terpaten ini memperkukuhkan mikrobiom kulit dan mencerahkan kulit.

Ekstrak Bunga Morifolium Kekwa
Antioksidan luar biasa ini membantu melindungi daripada kerosakan akibat radikal bebas dan serangan persekitaran untuk mencegah kekusaman, kedutan dan tompok gelap.

Ekstrak Cica yang Dilepaskan Perlahan-lahan
Secara perlahan-lahan menghantar Ekstrak Cica untuk pelepasan bahan aktif selama 8 jam, menghasilkan keberkesanan berterusan dan perlindungan antioksidan sepanjang hari.

Kompleks Pencegahan
Adunan Ceri Aserola yang ditanam oleh Nutrilite serta Bunga Daisi dan Blackberry Australia meningkatkan sistem pertahanan semula jadi kulit sebanyak 350% (ujian in vitro), yang membantu mencegah dan melambatkan kemunculan tanda-tanda awal penuaan yang ketara.

ARTISTRY CLEAN


Mematuhi garis panduan ARTISTRY Clean, penjagaan kulit ARTISTRY SKIN NUTRITION dirumus tanpa paraben, ftalat, minyak mineral, surfaktan berasaskan sulfat dan lebih daripada 1,000 bahan yang mungkin dikhuatiri oleh pelanggan. Berdaftar dengan The Vegan Society dan bebas daripada bahan-bahan terbitan haiwan, produknya adalah bersih, selamat dan diperbuat dengan standard pembuatan yang ketat, menjadikannya lebih baik untuk kulit dan planet kita.
sunscreen is an essential skincare routine to defends against ageing

MENANGANI 5 KEPERLUAN NUTRISI

Multi-Defense UV Protect SPF50+ / PA++++ bertindak dan menguatkan rutin penjagaan kulit ARTISTRY SKIN NUTRITION anda yang sedia ada. Ia menangani keperluan MELINDUNGI nutrisi kulit dengan perlindungan pelindung matahari terhebat dalam penjagaan kulit ARTISTRY™. Ia mempertahankan daripada kesan penuaan akibat spektrum semua cahaya dan meneutralkan kerosakan oksidatif.

MEMBERSIHKAN
MENYEIMBANGKAN
MEMBINA SEMULA
MELEMBAPKAN
MELINDUNGI

Hasil yang Terbukti

 
Dalam ujian pengguna, para pengguna menyukai cara Multi-Defense UV Protect SPF50+ / PA++++ membuatkan kulit mereka kelihatan dan terasa.

Mereka menyatakan bahawa pelindung matahari ini:
  • Membantu kulit mereka berasa lebih dilindungi berbanding sebelum ini.
  • Terasa terhidrat.
  • Terasa menyegarkan—seperti losen ringan berair pada kulit.
  • Meresap dengan pantas dan tidak kelihatan.
  • Sebati sepenuhnya dan tidak meninggalkan sebarang sisa putih.

artistry multi defense protect skin from uv for best skin look and feel

MAKLUMAT LANJUT

CARA MENGGUNA
  1. Sapu dengan sekata pada muka dan leher setiap hari. Gunakannya sebagai langkah terakhir dalam rutin penjagaan kulit anda selepas pelembap anda.
  2. Elakkan kawasan berhampiran mata ketika menyapunya.

PELANGGAN SASARAN

Semua pelanggan, terutamanya sesiapa yang mencari perlindungan berbilangperingkat untuk memastikan kulit kelihatan dan terasa lebih sihat.


JENIS KULIT

Sesuai untuk semua jenis kulit.


NASIHAT/LANGKAH KESELAMATAN
  • Gunakan dengan serta-merta sebaik sahaja dibuka untuk mengekalkan keberkesanan bahan aktif.
  • Elakkan daripada terkena mata.
  • Hentikan penggunaan dengan serta-merta jika berlaku tindak balas alahan.

PENYIMPANAN

Jauhkan daripada cahaya matahari dan simpan pada suhu antara 10–30°C.


KANDUNGAN

50ml


BAHAN-BAHAN

Air, Dibutyl Adipate, Butylene Glycol, Alkohol, Butyloctyl Salicylate, Phenethyl Benzoate, Bis-Ethylhexyloxyphenol Methoxyphenyl Triazine, Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate, Diglycerin, Ethylhexyl Triazone, Polysilicone-15, Polyphenylsilsesquioxane, Methylene Bis-Benzotriazolyl Tetramethylbutylphenol, 1,2-Hexanediol, Polymethylsilsesquioxane, C20-22 Alkyl Phosphate, Hydroxyacetophenone, Nylon-12, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, C20-22 Alkohol, Tromethamine, Methyl Methacrylate/Glycol Dimethacrylate Crosspolymer, Sodium Acrylates Crosspolymer-2, Ekstrak Buah Malpighia Emarginata (Aserola), Pentylene Glycol, Karnosin, Potassium Cetyl Phosphate, Polyacrylate Crosspolymer-6, Decyl Glucoside, Haruman(Parfum), Isononyl Isononanoate, Dipropylene Glycol, Maltodextrin, Ekstrak Centipeda Cunninghamii, Ekstrak Biji Salvia Hispanica, Ekstrak Buah Punica Granatum, Gliserin, Ekstrak Daun Rubus Fruticosus (Blackberry), Gam Xanthan, Phenoxyethanol, Alkohol t-Butyl, Ekstrak Centella Asiatica, Ekstrak Bunga Morifolium Kekwa.


artistry skin nutrition uv protect