Difomulasikan dengan 10% Vitamin C dan Asid Hialuronik (HA) – kepekatan yang tertinggi dalam rumusan ARTISTRY – serum kulit ini dicipta untuk mencerah dan meratakan tona kulit, mengurangkan garis halus dan kedutan, melembapkan kulit dengan mendalam dan melindungi kulit anda daripada kerosakan persekitaran. Bebaskan potensi kulit anda dengan serum kulit yang mampu mengubah penampilan wajah anda.
Difomulasikan dengan 10% Vitamin C dan Asid Hialuronik (HA) – kepekatan yang tertinggi dalam rumusan ARTISTRY – serum kulit ini dicipta untuk mencerah dan meratakan tona kulit, mengurangkan garis halus dan kedutan, melembapkan kulit dengan mendalam dan melindungi kulit anda daripada kerosakan persekitaran. Bebaskan potensi kulit anda dengan serum kulit yang mampu mengubah penampilan wajah anda.
TINDAKAN PENGGEBUAN HA TIGA KALI GANDA
Serum Harian Vitamin C+HA3 ini mengandungi kepekatan Asid Hialuronik (HA) tertinggi yang pernah ada dalam formula ARTISTRY. Gabungan Asid Hialuronik Tiga Kali Ganda HA3 menampilkan 3 saiz molekul HA yang berbeza, yang memberi keajaiban pada pelbagai lapisan permukaan kulit:
HA yang Meningkatkan Keanjalan
Molekul HA bersaiz terkecil yang mampu menembusi jauh ke dalam kulit untuk meningkatkan tahap kelembapan dalaman dan menjaga kulit agar sentiasa lembap, anjal dan fleksibel dari masa ke masa.
HA yang Merangsang Isipadu
Molekul HA bersaiz sederhana yang memberikan kesan pemenuhan segera untuk kulit yang lebih gebu.
HA Penghidratan yang Melicinkan
Molekul HA bersaiz terbesar yang melembapkan dan mengurangkan penampilan garis halus dan kekeringan di permukaan kulit.
MANFAAT ANTIPENUAAN YANG LEBIH INTENSIF
2.4x Lebih Kuasa Antioksidan
Ditambah dengan Ginseng untuk perlindungan antioksidan yang lebih baik terhadap radikal bebas dan manfaat antipenuaan.
Campuran Peptida Pelicin Garis Baharu
2 peptida berkuasa untuk mengurangkan dan mencegah garis halus serta kedutan.
Biji Chia Putih & Ceri Aserola yang Ditanam oleh Nutrilite™
Kuasa fitonutrien yang menguatkan perintang kulit dan menjaga kulit agar kelihatan sihat dan muda.
PENUTUP PENGAKTIFAN INOVATIF
Untuk memanfaatkan Vitamin C yang paling tulen, berkuasa dan baru diaktifkan, Penutup Pengaktifan inovatif kami mengekalkan serbuk Vitamin C 100% Tulen dalam keadaan kering dan stabil, terpisah dari serum cecair sebelum dibuka. Apabila anda sedia untuk menggunakan serum, hanya tekan butang di bahagian atas Penutup Pengaktifan untuk melepaskan serbuk Vitamin C 100% Tulen ke dalam serum, dan goncang botol dengan kuat selama 60 saat sehingga serbuk tersebut larut sepenuhnya.
Vitamin C+HA3 Daily Serum melengkapkan rutin ARTISTRY SKIN NUTRITION sedia ada anda dengan memenuhi keperluan nutrisi kulit untuk MEMBINA SEMULA. Dengan menguatkan dan memperbaiki lapisan sokongan kulit, ia membantu meningkatkan kebingkasan, keanjalan dan kepejalan.
Buih: Jangan risau jika anda nampak buih semasa menggocang. Buih itu tidak akan menjejaskan serum dan akan hilang selepas satu jam.
Rasa Berbutir: Serbuk masih belum larut sepenuhnya jika serum rasa berbutir atau berpasir pada kulit selepas pengaktifan. Goncang botol dengan kuat selama 30 hingga 60 saat lagi.
Setiap pagi dan malam, selepas membersihkan dan menyegarkan kulit anda, letakkan 4-5 titisan serum yang diaktifkan pada tapak tangan anda dan sapu pada seluruh muka dengan menggunakan hujung jari anda. Elakkan daripada terkena mata. Ikuti dengan serum rawatan lain seperti yang dikehendaki dan pelembap anda.
Apabila Vitamin C+HA3 Daily Serum yang diaktifkan menghampiri mata 30 hari, pelanggan mungkin akan nampak warna kuning dalam rumusan. Ini adalah petunjuk visual yang berguna bahawa produk itu menghampiri penghujung keberkesanan puncaknya—dan sudah tiba masanya untuk memesan botol baru. Walaupun produk ini kekal selamat digunakan, kami mengesyorkan agar anda mengaktifkan botol baru selepas 30 hari.
Mengapa 30 hari? Itulah jumlah masa yang diambil oleh kebanyakan orang untuk menggunakan sebotol penuh, dan ini adalah tahap kami telah menguji dan mengesahkan keberkesanannya dan kepekatan Vitamin C dalam rumusan
Semua pelanggan, terutamanya mereka yang mencari pelbagai manfaat untuk kulit yang tampak sihat dan awet muda
Sesuai untuk semua jenis kulit
Jauhkan dari sinaran matahari langsung dan simpan pada suhu antara 10°C – 30°C.
Botol dengan Penutup Pengaktifan dan penitis (12ml cecair, 1.34g serbuk)
Air, Asid Askorbik, Gliserin, Pentilena Glikol, Propanediol, Propilena Glikol, Alkohol Denat., Glycereth-26, Methyl Gluceth-20, Poligliserin-3, Fenoksiethanol, Alantoin, Natrium Sitrat, Chlorphenesin, PEG-8, Gam Xantan, Isoceteth-20, Natrium Hialuronat, Panthenol, Esktrak Akar Panax Ginseng, Dipotassium Glycyrrhizate, Natrium Hialuronat Terhidrolisis, Wangian, Dipeptide Diaminobutyroyl Benzylamide Diacetate, Saccharide Isomerate, Caprylyl Glycol, Glyceryl Acrylate/Kopolimer Asid Akrilik, Karagenan, Butilena Glikol, Ekstrak Buah Malpighia Emarginata (Aserola), Kopolimer PVM/MA, Lesitin, Maltodekstrin, Acetyl Octapeptide-3, Garam Laut, Minyak Biji Salvia Hispanica (Chia), Seramida NP, Beta-Sitosterol, Minyak Biji Perilla Ocymoides, Minyak Oenothera Biennis (Evening Primrose), Tokoferol, Minyak Glycine Soja (Kacang Soya), BHT, Minyak Biji Helianthus Annuus (Bunga Matahari)