Beyond Body Care, it's Body Nutrition
Mandian Pengelupasan Refresh
g&h Refresh
Menyegar dan mencergaskan kulit yang lesu sambil menambah sedikit lembapan. Bersedialah untuk menjalani gaya hidup aktif dengan g&h Refresh kerana ia membuatkan anda berasa cergas dan bertenaga.

Sangat membangkitkan rasa, pembersih badan harian ini membersih secara mendalam dan mengelupas secara lembut, memberikan rasa segar lagi bertenaga pada kulit anda.

Cukup lembut untuk kegunaan harian*, ia menghasilkan buih yang kaya untuk membersihkan kulit secara menyeluruh, menjadikannya sihat, licin dan diperbaharui.
Mengandungi manik jojoba dan pengelupas semula jadi daripada cengkerang walnut, biji aprikot dan badam hancur.
Menampilkan Komples Kelembutan terpaten AS untuk membantu melegakan kulit.
Menyingkirkan sel-sel mati dengan serta-merta untuk membantu menggalakkan kulit yang lebih bersih dan lebih cerah di seluruh badan.
Mengandungi Seramida Diperoleh daripada Minyak Zaitun untuk membantu mengekalkan perintang lembapan yang sihat untuk kulit dan memastikan kelembapan dalam keseimbangan.
Diuji oleh pakar dermatologi & Menjalani ujian alahan.
Tidak sesuai digunakan oleh kanak-kanak.
Dengan Bahan Plant-Based Goodness™
AIR BERASASKAN TUMBUHAN
Air Kompleks Buluh
Diperbuat daripada buluh dan gliserin yang diperoleh daripada tumbuhan, ia membantu melembapkan kulit.
KEPERLUAN BERASASKAN TUMBUHAN
Seramida Diperoleh daripada Minyak Zaitun
Jenis lipid khas ini membantu mengekalkan perintang lembapan kulit.
NUTRIEN BERASASKAN TUMBUHAN
Ceri Aserola Hijau yang ditanam Nutrilite
Ekstrak buah yang kaya dengan Vitamin C, ia membantu memberikan perlindungan antioksidan. Ceri Aserola Hijau kami ditanam di ladang Nutrilite yang disahkan organik, membolehkan Kebolehjejakan Biji Benih ke Kulit yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Kesegaran & Pengelupasan yang Membahagiakan
Dalam ujian pengguna bagi Mandian Pengelupasan g&h Refresh:
bersetuju bahawa ia membersihkan kulit dengan lembut.
bersetuju bahawa ia mengelupas tanpa merosakkan kulit.
Di samping itu, pengguna bersetuju:
  • ia memberikan mereka permulaan yang baik untuk menjalani hari mereka dan membuatkan mereka bertenaga.
  • mereka gembira dengan cara produk mandian ini meningkatkan rasa kulit mereka.
Baik Untuk Anda dan
Alam Sekitar
Diformulasi TANPA:
  • Surfaktan Sulfat
  • Pewarna Tiruan
  • Minyak Mineral
  • Ftalat
  • Paraben
  • Alkohol
Berdaftar dengan The Vegan Society. Bebas daripada bahan yang terhasil daripada haiwan. Tiada ujian ke atas haiwan.
Usaha Kelestarian
Formula terbiodegradasikan.
Botol diperbuat dengan 30% bahan kitar semula.
Sila kitar semula! Botol g&h boleh dikitar semula* (tidak termasuk pam).
*Di tempat kemudahan kitar semula tersedia; semak di kawasan setempat.
100% tenaga elektrik yang diperlukan oleh Amway untuk mengeluarkan produk g&h di Ada, Michigan, Amerika Syarikat, datang daripada kuasa angin yang mampan.**

**Berdasarkan data 2021 untuk sabun tangan g&h, pensanitis, pencuci badan dan losen badan. Tidak termasuk produk g&h yang dikeluarkan di India dan China.
MAKLUMAT LANJUT
CARA PENGGUNAAN
Dispenskan jumlah yang dikehendaki pada tapak tangan anda, atau terus pada kain lap. Gosok hingga berbuih, kemudian ratakan pada kulit. Bilas betul-betul. Elakkan terkena mata.
PENYIMPANAN
Simpan di tempat yang sejuk, kering dan terhindar daripada cahaya matahari. Semua produk telah dibangunkan agar stabil dalam keadaan biasa. Walau bagaimanapun, haba atau sejuk yang melampau boleh menyebabkan ketidakstabilan (perubahan warna, pengasingan bahan, dll.) dan haruslah dielakkan.
TARIKH PENGELUARAN/LUPUT
Hayat simpan produk yang belum dibuka ialah tiga tahun. Apabila produk dibuka, tempoh penggunaan yang disyorkan ialah 12 bulan.
ISI PADU
Saiz Penuh: Botol 1L dengan pam
BAHAN DAN KANDUNGAN
Air, Natrium C14-16 Olefin Sulfonat, Cocamidopropyl Hydroxysultaine, Akrilat Kopolimer, Natrium Benzoat, Haruman, Minyak Kastor Terhidrogen, Asid Sitrik, Gliserin, Glycereth-26, Natrium Klorida (CO), Butilena Glikol, Ekstrak Buah Malpighia Emarginata (Aserola), Natrium Hidroksida, Polikuaternium-7, Tetrasodium EDTA, Minyak Jojoba Terhidrogen, Natrium Hidroksida (CO), Serbuk Kulit Juglans Regia (Walnut), Serbuk Biji Prunus Armeniaca (Aprikot), Serbuk Biji Prunus Amygdalus Dulcis (Badam Manis), Tetrasodium EDTA (CO), Dekstrin, Natrium Benzoat (CO), Fenoksietanol (CO), Lesitin, Minyak Buah Olea Europaea (Zaitun), Fenoksietanol, PPG-12-Buteth-16, Seramida NP, Jus Daun Aloe Barbadensis, Maltodekstrin, Fitosfingosina, Beta-Sitosterol, Klorfenesin, Lesitin Terhidrogen, Ekstrak Daun Perilla Ocymoides, Ekstrak Daun Bambusa Vulgaris, Tokoferol (CO), Potasium Sorbat (CO).
SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)
Adakah Mandian Pengelupasan g&h Refresh mengubah pH kulit?
Tidak, ia diformulasi untuk mempunyai pH kurang daripada 7, dan oleh itu tidak mempunyai kesan ketara pada pH kulit.
Bolehkah Mandian Pengelupasan g&h Refresh digunakan untuk mencuci muka dan rambut anda?
Tidak. Mandian Pengelupasan g&h Refresh hendaklah digunakan pada kulit badan anda sahaja. Untuk pembersihan muka, ramai pelanggan memilih Sabun Kecantikan g&h Nourish atau salah satu pembersih ARTISTRY SKIN NUTRITION. Untuk rambut yang menawan, kami mengesyorkan produk penjagaan rambut SATINIQUE.
Bolehkah saya menggunakan Mandian Pengelupasan g&h Refresh setiap hari?
Ya. Formulanya cukup lembut untuk kegunaan harian oleh orang dewasa. Namun, ia tidak sesuai digunakan oleh kanak-kanak.