ARTISTRY GO VIBRANT Waterproof Length Serum Mascara menyerlahkan dan melentikkan bulu mata untuk penampilan yang panjang secara menyeluruh sambil menyuburkan bulu mata yang halus dengan penjagaan bulu mata yang dikuasakan serum.
TIDAK ADA GUMPALAN, TIDAK COMOT, TIDAK BERKEPING
Alami ketepatan dan kesempurnaan dalam satu berus: reka bentuk melengkung bulan sabit dengan bulu yang lebih panjang
di bahagian luar untuk memisahkan dan bulu bahagian dalam untuk memanjangkan bulu mata supaya dapat memastikan liputan bulu
mata yang sempurna.
Rumusan yang kalis air ini tahan hujan, peluh dan air mata tanpa mencomotkan sehingga 10 jam.
Ia juga bebas gumpalan dan kepingan serta tahan comot.
Memperkenalkan Kompleks Phyto-Proof, penyelesaian kalis air berasaskan tumbuhan. Rumusan inovasi ini mengandungi gabungan unik gentian dan ejen pembentuk botani yang dihasilkan daripada tumbuhan untuk pemakaian yang tahan lama, tahan comot dan tidak meninggalkan kesan. Selepas pemakaian, Kompleks Phyto-Proof membentuk matriks kalis air pada setiap bulu mata, menjadikan kemasan yang kalis air dengan kesan panjang dan bulu mata yang menyerlah.
Rumusan ini mengandungi campuran bahan dihasilkan daripada tumbuhan yang dipilih dengan teliti bagi membantu merapikan bulu mata dan menyuburkan kulit yang sensitif di sekeliling mata anda:
Rumusan vegan ini memenuhi standard ARTISTRY Clean, set garis panduan ketat yang memastikan produk ARTISTRY tulen, selamat dan berkesan. Ia dirumus tanpa minyak mineral, paraben, ftalat atau mana-mana daripada lebih 1,300 bahan terlarang dalam Senarai Larangan kami. Ia juga bebas wangian. Tidak mengandungi bahan yang dihasilkan daripada haiwan; berdaftar dengan Vegan Society. Tidak diuji ke atas haiwan.
DIRUMUS TANPA KARBON HITAM ATAU TALKUM
Dua bahan yang meragukan ini amat biasa dalam produk mata kerana sifat khusus yang menjadikan bahan tersebut sukar untuk diganti. Namun begitu, Karbon Hitam dan Talkum telah dikaitkan dengan masalah kesihatan. Kepakaran luar biasa pasukan kami membolehkan kami mencipta rumusan untuk mata yang inovatif, bersih dan vegan yang memberikan prestasi yang diharapkan oleh pelanggan sambil membawakan kecantikan yang bersih ke tahap baharu.
Wanita menyukai ARTISTRY GO VIBRANT Waterproof Length Serum Mascara!
* Selepas 1 minggu dalam ujian pengguna ke atas 109 orang wanita
Untuk bulu mata atas, pegang batang berus secara mendatar dan sapu dari akar ke hujung.
Untuk bulu mata bawah: