Defying Serum




Defying Serum

MENAMPILKAN BAHAN-BAHAN BERKUASA

Manfaat Penentangan Usia Dimaksimumkan

Kedua-dua serum mengandungi 2 fitonutrien eksklusif Nutrilite – diekstrak daripada Biji Chia Putih yang ditanam di ladang Nutrilite yang disahkan organik.

Daripada Biji Benih Hingga Kulit

Campuran proprietari 16 ekstrak tumbuhan yang mujarab, Kompleks Mikronutrien Fito¹⁶, dirumus untuk menawarkan mikronutrien penting (vitamin dan mineral) serta membantu melambatkan dan mengurangkan tanda-tanda penuaan pramatang.

Sains Penjagaan Kulit Termaju

Mengurangkan penampilan garis harus dan liang roma agar kulit yang lebih pejal dan lebih tegang terhasil dalam masa seminggu. Hasil akan terus bertambah baik dari semasa ke semasa.

2 FITONUTRIEN EKSKLUSIF NUTRILITE

Liposom Chia Putih

Vitamin Omega dan Minyak Biji Chia yang terkapsul bertindak secara harmoni untuk menyubur dan menguatkan perintang pelindung kulit anda malah mengekalkan kelembapan yang penting dan melindungi kulit daripada penceroboh alam sekitar.

Peptida Chia Putih

Kompleks protein botani kami telah terbukti dapat menenangkan dan memberikan keselesaan kepada kulit anda serta mencipta pelindung pertahanan terhadap kerengsaan agar kulit berasa lega dan terpelihara.

Sorotan Bahan Utama

Vitamin Omega dan Minyak Biji Chia yang terkapsul bertindak secara harmoni untuk menyubur dan menguatkan perintang pelindung kulit anda malah mengekalkan kelembapan yang penting dan melindungi kulit daripada penceroboh alam sekitar.

Ekstrak Zaitun

Antioksidan yang berkuasa, ia melindungi daripada penceroboh alam sekitar untuk meningkatkan keserian dan membantu mengurangkan penampilan garis halus.

Asid Amino

Teknologi yang meminimumkan liang roma ini mengurangkan penampilan liang roma manakala protein penting membantu kulit berasa licin dan anjal.

Plum Jepun

Mengekalkan kebingkasan, meningkatkan keanjalan dan mengatasi kepucatan agar kulit wajah sekata.

Defying Serum

Meningkatkan penghidratan
Meminimumkan penampilan liang roma
Mengurangkan garis halus
Mencegah penuaan pramatang
Melega dan menenangkan kerengsaan perlahan-lahan

ARTISTRY CLEAN

Mematuhi garis panduan ARTISTRY Clean, penjagaan kulit ARTISTRY SKIN NUTRITION dirumus tanpa paraben, ftalat, minyak mineral, surfaktan berasaskan sulfat dan lebih daripada 1,000 bahan yang mungkin dikhuatiri oleh pelanggan. Berdaftar dengan The Vegan Society dan bebas daripada bahan yang dihasilkan daripada haiwan, produk adalah bersih, selamat dan diperbuat dengan standard pembuatan yang ketat, menjadikannya lebih baik untuk kulit dan planet kita.

Hasil yang Terbukti

  • Melambatkan penuaan kulit
  • Menghidrat & menggebukan kulit
    95% bersetuju, kulit berasa terhidrat dengan serta-merta sebaik sahaja disapu! **
  • Meminimumkan dan mengetatkan liang roma.
    88% mengatakan ia meminimumkan penampilan liang roma! **

**Kajian Pengguna: Keputusan yang penting secara statistik dalam ujian penggunaan selama 8 minggu dalam kalangan 113 orang wanita.

MAKLUMAT LANJUT
CARA MENGGUNAKAN
Selepas membersih dan menyegarkan, picit 3 pam pada hujung jari dan sapukan pada muka dan leher, elakkan kawasan mata. Gunakan pagi dan malam. Ikuti dengan pelembap. Hentikan penggunaan jika kerengsaan berterusan berlaku.

PEMAKAIAN: RUTIN YANG DISYORKAN


JENIS KULIT
ARTISTRY SKIN NUTRITION Defying Serum ialah serum peptida berkuasa khusus untuk kulit yang lebih muda (bawah 35 tahun). Ia direka untuk bertindak dengan berkesan pada kulit normal, kering, sensitif, kombinasi dan berminyak.

NASIHAT DAN LANGKAH BERJAGA-JAGA
  • Untuk keberkesanan bahan aktif yang optimum, gunakan segera selepas dibuka.
  • Elakkan terkena mata.
  • Sekiranya berlaku tindak balas alahan, hentikan penggunaan serta-merta.

PENYIMPANAN
Jauhkan dari cahaya matahari langsung dan simpan di tempat yang sejuk dan kering.

ISIPADU
30ml

BAHAN-BAHAN
Air, Isononyl Isononanoate, Propanediol, Dimethicone, Pentilena Glikol, Ekstrak Kulit Salix Alba (Willow), Gliserin, Dimetil Isosorbida, Natrium Sitrat, Natrium Poliakrilat, Butilena Glikol, Kaprilil Glikol, Fenoksietanol, Kaolin, Polisilikon-11, Bioflavonoid, Glikoprotein, Oat Terhidrolisis, Gam Xantan, Alantoin, Klorfenesin, Asid Laktik, Fruktooligosakarida, Ekstrak Akar Withania Somnifera, Isohexadecane, Wangian, Pantenol, Ekstrak Biji Helianthus Annus (Bunga Matahari), Ekstrak Laminaria Digitata, Isoceteth-20, Ekstrak Yis, Dipotassium Glycyrrhizate, Ekstrak Biji Salvia Hispanica, Tapai Lactobacillus, Prunus, Ekstrak Buah Mume, 1,2-Hexanediol, Ammonium Polyacryloyldimethyl Taurate, Minyak Buah Olea Europaea (Zaitun), Lisina, Manosa, Natrium Manosa Fosfat, Ekstrak Daun Ocimum Sanctum, Natrium Hialuronat Terhidrolisis, Natrium Hialuronat, Tokoferil Asetat, Polisorbat 80, Polisorbat 20, Gliseril Akrilat/Asid Akrilik Kopolimer, Karagenan, Kalium Sorbata, Natrium Benzoat, Kuprum Sulfat, Prolina, Cyamopsis, Gam Tetragonoloba (Guar), Lesitin, PVM/MA Kopolimer, Asid Fitik, Ekstrak Daun Brassica Oleracea Capitata (Kubis), Minyak Biji Salvia Hispanica, Garam Laut, Seramida NP, Beta-Sitosterol, Minyak Oenothera Biennis (Evening Primrose), Minyak Biji Perilla Ocymoides, Tokoferol, Minyak Glycine Soja (Kacang Soya), BHT, Minyak Biji Helianthus Annus (Bunga matahari). 

PENAFIAN
Keberkesanan produk daripada rangkaian ARTISTRY mungkin berbeza bagi setiap orang. Pendekatan holistik adalah penting demi kesihatan yang baik, kulit dan/atau kecantikan yang tampak sihat dan lebih muda.  


SERUM PEPTIDA BERKUASA,
MENYERLAHKAN KEREMAJAAN DALAM SETIAP TITISAN


SUPER PEPTIDE SERUMS,
DELIVERING YOUTH IN EVERY DROP