Correcting Serum




Correcting Serum

MENAMPILKAN BAHAN-BAHAN BERKUASA

Manfaat Penentangan Usia Dimaksimumkan

Kedua-dua serum mengandungi 2 fitonutrien eksklusif Nutrilite – diekstrak daripada Biji Chia Putih yang ditanam di ladang Nutrilite yang disahkan organik.

Daripada Biji Benih Hingga Kulit

Campuran proprietari 16 ekstrak tumbuhan yang mujarab, Kompleks Mikronutrien Fito¹⁶, dirumus untuk menawarkan mikronutrien penting (vitamin dan mineral) serta membantu melambatkan dan mengurangkan tanda-tanda penuaan pramatang.

Sains Penjagaan Kulit Termaju

Mengurangkan penampilan garis harus dan liang roma agar kulit yang lebih pejal dan lebih tegang terhasil dalam masa seminggu. Hasil akan terus bertambah baik dari semasa ke semasa.

2 FITONUTRIEN EKSKLUSIF NUTRILITE

Liposom Chia Putih

Vitamin Omega dan Minyak Biji Chia yang terkapsul bertindak secara harmoni untuk menyubur dan menguatkan perintang pelindung kulit anda malah mengekalkan kelembapan yang penting dan melindungi kulit daripada penceroboh alam sekitar.

Peptida Chia Putih

Kompleks protein botani kami telah terbukti dapat menenangkan dan memberikan keselesaan kepada kulit anda serta mencipta pelindung pertahanan terhadap kerengsaan agar kulit berasa lega dan terpelihara.

Sorotan Bahan Utama

Vitamin Omega dan Minyak Biji Chia yang terkapsul bertindak secara harmoni untuk menyubur dan menguatkan perintang pelindung kulit anda malah mengekalkan kelembapan yang penting dan melindungi kulit daripada penceroboh alam sekitar.

Oligopeptida Tertapai

Kompleks peptida yang mujarab ini menggalakkan pengelupasan semula jadi, mengurangkan penampilan kedutan dan membuatkan kulit terasa anjal dan awet muda.

Kolagen Vegan

Protein berasaskan tumbuhan yang diperoleh secara semula jadi ini membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan yang ketara, menjadikan kulit kelihatan lebih pejal dan lebih terhidrat.

Tapai Kombucha

Menyasarkan dengan tepat kesan glikasi, memperbaiki penampilan kulit yang nipis dan berkedut dengan ketara untuk rupa yang lebih licin dan kembali bertenaga.

Biopeptida Kranberi

Buah unggul yang terbukti dan dianggap sebagai alternatif retinol semula jadi ini menyerlahkan keserian semula jadi kulit anda sambil melicinkan penampilan garis halus dan kedutan secara perlahan-lahan tanpa sebarang kesan sampingan yang teruk.

Correcting Serum

Memejalkan +
menegangkan
Melicinkan
kedutan
Membaiki tanda-tanda
penuaan yang ketara
Menyuburkan dengan
antioksidan yang berkuasa

ARTISTRY CLEAN

Mematuhi garis panduan ARTISTRY Clean, penjagaan kulit ARTISTRY SKIN NUTRITION dirumus tanpa paraben, ftalat, minyak mineral, surfaktan berasaskan sulfat dan lebih daripada 1,000 bahan yang mungkin dikhuatiri oleh pelanggan. Berdaftar dengan The Vegan Society dan bebas daripada bahan yang dihasilkan daripada haiwan, produk adalah bersih, selamat dan diperbuat dengan standard pembuatan yang ketat, menjadikannya lebih baik untuk kulit dan planet kita.

Hasil yang Terbukti

  • Membaiki tanda-tanda penuaan kulit lanjut
  • Memejalkan wajah dan leher.
    92% mengatakan produk ini menjadikan kulit kelihatan lebih pejal! **
  • Menegangkan wajah dan leher.
    88% mengatakan kulit kelihatan lebih tegang sebaik sahaja disapu! **

**Kajian Pengguna: Keputusan yang penting secara statistik dalam ujian penggunaan selama 8 minggu dalam kalangan 113 orang wanita.

MAKLUMAT LANJUT
CARA MENGGUNAKAN
Selepas membersih dan menyegarkan, picit 3 pam pada hujung jari dan sapukan pada muka dan leher, elakkan kawasan mata. Gunakan pagi dan malam. Ikuti dengan pelembap. Hentikan penggunaan jika kerengsaan berterusan berlaku.

PEMAKAIAN: RUTIN YANG DISYORKAN


JENIS KULIT
ARTISTRY SKIN NUTRITION Correcting Serum ialah serum peptida berkuasa khusus untuk kulit matang (35 tahun ke atas). Ia direka untuk bertindak dengan berkesan pada kulit normal, kering, sensitif, kombinasi dan berminyak.

NASIHAT DAN LANGKAH BERJAGA-JAGA
  • Untuk keberkesanan bahan aktif yang optimum, gunakan segera selepas dibuka.
  • Elakkan terkena mata.
  • Sekiranya berlaku tindak balas alahan, hentikan penggunaan serta-merta.

PENYIMPANAN
Jauhkan dari cahaya matahari langsung dan simpan di tempat yang sejuk dan kering.

ISIPADU
30ml

BAHAN-BAHAN
Air, Dimethicone, Isostearyl Palmitate, Propanediol, Triethylhexanoin, Gliserin, Butilena Glikol, Lesitin Terhidrogen (R6863), Polyglyceryl-10 Myristate (Rn2901), Setil Alkohol, Dimetil Isosorbida, Squalane, Saccharomyces/Xylinum/Tapai Teh Hitam, Saccharomyces Ferment Filtrate, Polisilikon-11, Behenil Alkohol, Pululan, Fenoksietanol, Arginina, Karbomer, Klorfenesin, Alantoin, Disodium Edta, Kaprilik/Kaprik Trigliserida, Wangian, Isohexadecane, Pantenol, 1,2-Heksanediol, Kolagen Asid Amino, Ekstrak Nannochloropsis Oculata, Pentilena Glikol, Ekstrak Chlorella Vulgaris, Ammonium Polyacryloyldimethyl Taurate, Dipotassium Glycyrrhizate, Natrium Hialuronat Terhidrolisis, Ekstrak Biji Salvia Hispanica, Natrium Hialuronat, Stearyl Glycyrrhetinate, Hydroxyacetophenone, Tapai Lactobacillus, Leuconostoc/Radish Root Ferment Filtrate, Gam Pistacia Lentiscus (Mastik), Tokoferil Asetat, Ekstrak Buah Vaccinium Macrocarpon (Kranberi), Polisorbat 80, Hydroxyethylcellulose, Polisorbat 20, Natrium Benzoat, Kaprilil Glikol, Natrium Sitrat, Asid Sitrik, Ekstrak Buah Actinidia Polygama, Ekstrak Biji Oenothera Biennis (Evening Primrose), Lesitin, Kalium Sorbat, Minyak Biji Salvia Hispanica, Seramida Np, Beta-Sitosterol, Oenothera Biennis (Evening Primrose), Minyak Biji Perilla Ocymoides, Tokoferol, Minyak Glycine Soja (Kacang Soya), Biotin, Bht, Minyak Biji Helianthus Annuus (Sunflower), Sitronelol 

PENAFIAN
Keberkesanan produk daripada rangkaian ARTISTRY mungkin berbeza bagi setiap orang. Pendekatan holistik adalah penting demi kesihatan yang baik, kulit dan/atau kecantikan yang tampak sihat dan lebih muda.   


SERUM PEPTIDA BERKUASA,
MENYERLAHKAN KEREMAJAAN DALAM SETIAP TITISAN


SERUM PEPTIDA BERKUASA,
MENYERLAHKAN KEREMAJAAN DALAM SETIAP TITISAN