Longwearing Foundation SPF 25 PA++


Longwearing Foundation SPF 25 PA++


KEKAL SEMPURNA, SETIAP HARI

Tampil hebat dan yakin setiap hari dengan bedak asas serba boleh!

Alami liputan sempurna dengan EVER PERFECT Longwearing Foundation SPF 25/ PA+++ biarpun pada hari kerja yang sibuk atau bersiar di waktu malam. Bedak asas ini menawarkan tektstur yang ringan dan lut udara menjadikannya sebati dengan kulit anda. Rumusan kami memastikan kulit wajah sihat dengan manfaat Menghidrat, Melindungi dan Menyempurnakan yang bertindak secara bergandingan.

Kemasan Mengaburkan dan Fokus Lembut

Liputan Boleh Dilapisi Sederhana Hingga Penuh

Rumusan Tahan Lama Melindungi Daripada
Air dan Sebum

SPF 25 PA++

Tekstur Krim ke Bedak

TRIO KEKAL SEMPURNA: Menghidrat, Melindungi & Menyempurnakan

Bedak asas ini menghidrat, melindungi dan menyempurnakan kulit sepanjang hari dan benar-benar memberikan penampilan sihat dan berasa selesa melalui pendekatan serampang tiga mata. Bedak asas ini juga dibuat agar kekal lama menggunakan rumusan yang hebat dan tahan sepanjang hari malahan kalis air, peluh, kedutan dan banyak lagi.

  • Menghidrat: Bahan yang membelai kulit mencegah kehilangan lembapan dan melindungi kekeringan.

  • Melindungi: SPF 25/ PA+++ melindungi kulit daripada selaran matahari dan sinaran UVA yang mengakibatkan penuaan.

  • Menyempurnakan: Zarah ringan memberikan liputan penuh dan tipis bagi menyerap sebum selama 24 jam. Rumusan ini turut mengandungi pembentuk filem yang mewujudkan lapisan kedua kulit bagi mencegah solekan daripada rosak.

MENCARI RONA YANG BETUL MENJADI MUDAH DENGAN 17 RONA PADANAN TERSUAI

Setiap rona disesuaikan dengan tepat dan sangat fleksibel. Teknologi warna dan tekstur yang digunakan dalam rumusan ini sesuai dengan warna kulit semula jadi, manakala liputan Sederhana hingga Penuh serta nisbah pigmen khusus membantu mencipta penampilan yang sempurna dan sihat.


17 Rona Padanan Tersuai Dengan Kemasan Pusam

ARTISTRY EVER PERFECT Longwearing Foundation menawarkan rona yang sama dengan ARTISTRY FUTURE GLOW Serum Foundation, namun terdapat satu perbezaan utama. Walaupun EVER PERFECT memberikan liputan sederhana hingga penuh dengan kemasan pusam, FUTURE GLOW memberikan liputan tipis hingga sederhana dengan kemasan yang kelihatan lembap.

Untuk pengguna kali pertama, dapatkan rona anda di bawah:
C= Tona dingin, W= Tona hangat, N= Tona neutral



TAHAP 1 – Putih ke Cerah

101 Shell
C / N

102 Cashmere
C / N

103 Ivory
W / N

104 Fawn
W

TAHAP 2 – Cerah ke Sederhana

201 Beige
W

202 Bamboo
C

203 Honey
W / N

204 Oat
N

TAHAP 3 – Sederhana ke Sawo Matang

301 Biscotti
W / N

302 Almond
W / N

303 Chestnut
C / N

304 Amber
W / N

305 Cocoa
W

TAHAP 4 – Sederhana Gelap ke Gelap

401 Mocha
W / N

402 Nutmeg
W

403 Java
N

404 Espresso
N

DITAMBAH DENGAN BAHAN YANG MEMBELAI KULIT

EVER PERFECT Longwearing Foundation padat dengan bahan berkuasa dan membelai kulit yang direka bentuk untuk menghidrat, melindungi dan menyempurnakan kulit anda:
Bahan Menghidrat
Ekstrak buah Hibiscus esculentus
Melembapkan jauh ke dalam agar dapat menentang kekeringan dan membuatkan kulit anda lembut.
Minyak Asid hialuronik
Mengekalkan lembapan untuk membuatkan kulit anda gebu dan terhidrat sepanjang hari.
Ekstrak Ceri Aserola yang ditanam oleh Nutrilite
Kaya dengan antioksidan yang melindungi kulit anda daripada penyerang luaran.
Bahan Melindungi
Ekstrak bunga Camellia japonica
Melindungi kulit anda ketika berada dalam keadaan yang teruk dengan ciri melindungi sel.
SPF 25/ PA+++
Memberikan perlindungan UV yang menyeluruh daripada selaran matahari dan sinaran yang mengakibatkan penuaan.
Ekstrak Delima yang ditanam oleh Nutrilite
Melindungi kulit anda daripada penyerang persekitaran.
Bahan Menyempurnakan
Pembentuk filem
Bertindak sebagai “kulit kedua” bagi mencegah kehilangan lembapan agar dapat memastikan bedak asas tidak hilang.
Silika
Meliputi liang roma dan permukaan lengkung.
Mika
Berkumpul rata pada kulit untuk kemasan yang licin.

DICIPTA BERSIH

Rumusan vegan ini memenuhi standard ARTISTRY Clean iaitu set garis panduan yang ketat bagi memastikan produk ARTISTRY adalah tulen, selamat dan berkesan. Produk ini dirumus tanpa minyak mineral, paraben, flatalat atau mana-mana daripada lebih 1,300 bahan yang terlarang dalam Senarai Larangan kami. Bedak asas ini juga bebas wangian. Tidak mengandungi bahan yang dihasilkan daripada haiwan malahan berdaftar dengan Vegan Society. Tidak diuji ke atas haiwan.

DIUJI KE ATAS PENGGUNA*

Pengguna menyukai ARTISTRY EVER PERFECT Foundation!

Ujian klinikal pihak ketiga dan tanggapan pengguna menunjukkan bahawa bedak asas:

  • Tebukti secara klinikal dapat mengekalkan penghidratan kulit sehingga 4 jam
  • Digunakan dengan mudah dan lancar; berasa selesa dan ringan.
  • Tak mengoksida walaupun selepas 8 jam digunakan.
  • Menutupi wajah/penampilan kemerahan dan liang roma dengan berkesan dan serta-merta selepas penggunaan walaupun setelah 24 jam.

KEMASAN*:

  • 90% bersetuju bahawa bedak asas mengaburkan penampilan ketidaksempurnaan kulit dengan serta-merta selepas penggunaan.
  • 94% bersetuju yang bedak asas ini selesa dipakai.
  • 90% bersetuju yang bedak asas ini menyempurnakan penampilan kulit mereka.

*Dalam ujian pengguna ke atas 120 peserta yang menggunakan bedak asas selama 1 minggu.

MAKLUMAT LANJUT
CARA MENGGUNA
Persediaan: Untuk hasil yang terbaik, persiapkan kulit anda dengan produk penjagaan kulit ARTISTRY anda, terutamanya pelembap bagi memastikan kulit anda terhidrat dan licin sebelum menggunakan bedak asas.

Guna Bedak Asas:
  • Goncang Sehingga Sebati: Goncang botol sehingga sebati sebelum digunakan terutamanya jika anda sudah lama tidak menggunakannya.
  • Dispens: Pamkan satu dos bedak asas pada belakang tangan anda.
  • Guna: Menggunakan hujung jari atau aplikator pilihan anda, sapukan bedak asas bermula pada bahagian tengah muka anda atau di mana-mana sahaja yang memerlukan lebih banyak liputan. Ratakan pada seluruh muka sambil bergerak ke luar. Tumpukan pada satu kawasan pada satu masa dan sebatikan. Untuk menambah liputan, tambah sedikit lagi bedak asas. Ingat, sedikit sahaja sudah memadai!
  • Sesuaikan Liputan: Sesuaikan liputan anda berdasarkan teknik dan aplikator anda. Jari-jemari memberikan liputan sederhana, manakala span atau berus memberikan liputan penuh.

Rutin Menanggalkan Solekan: Pada penghujung hari, sentiasa bersihkan dua kali menggunakan ARTISTRY SKIN NUTRITION Makeup Remover dan Cleanser untuk menanggalkan bedak asas dengan teliti sebelum meneruskan langkah penjagaan kulit anda yang lain.

JENIS KULIT
Ideal untuk kulit normal hingga berminyak dan sesuai untuk semua jenis kulit.

NASIHAT/LANGKAH KESELAMATAN
  • Jangan gunakan produk selain daripada tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika sebarang kerengsaan/tindak balas alahan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.

PENYIMPANAN
Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik.
Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.

KANDUNGAN
30ml

BAHAN-BAHAN
AIR, METHYL TRIMETHICONE, ISODODECANE, ISOTRIDECYL ISONONANOATE, BUTILENA GLIKOL, PHENYL TRIMETHICONE, POLYGLYCERYL-3 POLYDIMETHYLSILOXYETHYL, SILIKA, DIMETHICONE, GLISERIN, SORBITAN ISOSTEARAT, VP/HEXADECENE COPOLYMER, DISTEARDIMONIUM HECTORITE, VINYL DIMETHICONE CROSSPOLYMER, TRIMETHYLSILOXYSILICATE, MAGNESIUM SULFATE, 1,2-HEXANEDIOL, DIPHENYLSILOXY PHENYL TRIMETHICONE, TRIETHOXYCAPRYLYLSILANE, ALUMINUM HIDROKSIDA, LAUROYL LYSINE, CAPRYLYL GLYCOL, PROPANEDIOL, MINYAK BIJI RICINUS COMMUNIS (CASTOR), DIMETHICONE/PHENYL VINYL DIMETHICONE CROSSPOLYMER, EKSTRAK BUAH MALPIGHIA EMARGINATA (ACEROLA), MINYAK BUNGA ANTHEMIS NOBILIS, ETHYLHEXYLGLYCERIN, EKSTRAK BUAH PUNICA GRANATUM, EKSTRAK THUJA ORIENTALIS, EKSTRAK BUNGA CITRUS AURANTIUM AMARA (BITTER ORANGE), SORBITAN OLIVATE, EKSTRAK BUNGA CAMELLIA JAPONICA, PHENOXYETHANOL, EKSTRAK BUAH HIBISCUS ESCULENTUS, SODIUM HYALURONATE, CETYL PALMITATE, TOKOFEROL, CETEARETH-12, PENTYLENE GLYCOL, GLYCERYL STEARATE, CETEARETH-20, ASID KAPROIK, NATRIUM STEAROIL GLUTAMAT, TETRAHYDROXYPROPYL ETHYLENEDIAMINE, ALKOHOL SETEARIL, TITANIUM DIOKSIDA, MIKA, CI 77492, CI 77491, CI 77499