Loose Setting Powder


Loose Setting Powder


KEKAL SEMPURNA, SETIAP HARI

Kemasan sempurna tanpa kilatan yang tahan sepanjang hari!

Rapikan solekan anda dengan ARTISTRY EVER PERFECT Loose Setting Powder. Bedak yang ringan dan tidak mengeringkan ini merapikan solekan anda, mengaburkan garis halus dan liang roma serta mewujudkan kemasan yang licin dan pusam.

Bedak yang ditambah dengan bahan daripada tumbuhan yang ditanam oleh Nutrilite serta minyak yang menyokong kulit ini mengoptimumkan pantulan cahaya dan mengurangkan kilatan untuk seri yang sihat lagi jelita.

Bedak Halus yang Ringan dan Tahan Lama

Merapikan Solekan agar Kekal Terletak

Mengaburkan Liang Roma, Garis Halus dan Kedutan

Untuk Semua Jenis Kulit

Mengandungi Bahan yang Ditanam oeh Nutrilite

TIGA RONA YANG SESUAI UNTUK PENAMPILAN SEMPURNA

Tiga rona serba boleh ini melengkapkan EVER PERFECT dan FUTURE GLOW Foundation dengan baik:

Penyerlah
(Highlight)

Merah jambu mutiara yang cerah sesuai untuk semua tona kulit yang menawarkan kemasan berseri-seri. Paling sesuai dipadankan dengan rona bedak asas #101-#201.

Cerah ke Sederhana
(Light to Medium)

Direka bentuk dengan tona dasar neutral untuk tona kulit cerah ke sederhana bagi memastikan penampilan semula jadi. Paling sesuai dipadankan dengan rona bedak asas #103-#304.

Sederhana ke Gelap


Dicipta dengan tona dasar neutral untuk tona kulit sederhana ke gelap bagi memberikan padanan yang sempurna. Paling sesuai dipadankan dengan rona bedak asas #305-#404.

DITAMBAH DENGAN BAHAN YANG BERKUASA DAN MEMBELAI KULIT

Rumusan yang ringan ini padat dengan bahan berkuasa dan membelai kulit daripada tumbuhan yang ditanam oleh Nutrilite serta minyak yang menyokong kulit bagi merangsang Kecantikan Sihat yang sejati:
Mika
Ringan dan dikisar halus untuk kemasan menyempurnakan tanpa kedutan.
Silika
Mengurangkan sebum berlebihan dan kilatan serta melanjutkan ketahanan solekan anda. Bedak sfera ini mengaburkan ketidaksempurnaan dan mewujudkan kemasan pusam lembut dengan membaurkan cahaya.
Ekstrak Ceri Aserola yang ditanam oleh Nutrilite
Memberikan perlindungan antioksidan untuk kulit anda.
Ekstrak Delima yang ditanam oleh Nutrilite
Mempertahankan daripada penyerang persekitaran.
Minyak yang Menyuburkan
Minyak bunga matahari, minyak asid hialuronik, minyak bunga calendula officinalis dan minyak biji meadowfoam menghidrat dan menyuburkan kulit anda.
PAF BEDAK DENGAN REKA BENTUK BERSENI
Paf ARTISTRY EVER PERFECT Loose Setting Powder direka bentuk khas untuk bedak halus dengan tekstur fleksibel yang menyentuh kulit dengan lembut bagi memastikan bedak melekat dengan sekata dan kemasan lut sinar.

DICIPTA BERSIH

Rumusan vegan ini memenuhi standard ARTISTRY Clean iaitu set garis panduan yang ketat bagi memastikan produk ARTISTRY adalah tulen, selamat dan berkesan. Produk ini dirumus tanpa minyak mineral, paraben, flatalat atau mana-mana daripada lebih 1,300 bahan yang terlarang dalam Senarai Larangan kami. Bedak asas ini juga bebas wangian. Tidak mengandungi bahan yang dihasilkan daripada haiwan malahan berdaftar dengan Vegan Society. Tidak diuji ke atas haiwan.

DIUJI KE ATAS PENGGUNA*

Pengguna menyukai ARTISTRY EVER PERFECT Setting Powder!

KEMASAN*:

  • 95% bersetuju bahawa ia berasa ringan pada kulit mereka.
  • 96% bersetuju bahawa ia membantu mengurangkan kilatan/minyak.
  • 95% bersetuju bahawa ia membantu merapikan solekan agar kekal.

*Dalam ujian pengguna ke atas 119 peserta yang menggunakan bedak halus selama 1 minggu.

Ujian klinikal pihak ketiga dan tanggapan pengguna menunjukkan bahawa bedak ini:

  • Mudah digunakan.
  • Melindungi daripada berkedut dan berkerak.
  • Rumusan tidak menyumbat liang roma yang merapikan solekan agar kekal dan berasa ringan.
MAKLUMAT LANJUT
CARA MENGGUNA
  • Guna ARTISTRY EVER PERFECT Loose Setting Powder selepas bedak asas, pelindung matahari atau primer anda sebagai langkah terakhir solekan muka. Bedak ini bagus untuk kemasan sepanjang hari bagi menghilangkan minyak berlebihan.
  • Goncang bekas secara mendatar dengan paf di dalamnya sebelum membuka.
  • Secara alternatif, pegang paf dengan kuat pada penapis dan goncang perlahan-lahan selepas membuka.
  • Ketuk keluar sebarang bedak berlebihan pada penapis dan tepuk perlahan-lahan (jangan gosok) paf pada kulit ada.
  • Mulakan di zon-T, tempat selalu berminyak dan di bawah mata untuk mencerahkan penampilan anda.
  • Untuk kemasan pusam, sapukan lebih sedikit bedak; untuk penampilan yang kelihatan lembap pula, sapukan sedikit.

Rutin Menanggalkan Solekan: Pada penghujung hari, sentiasa bersihkan dua kali menggunakan ARTISTRY SKIN NUTRITION Makeup Remover dan Cleanser untuk menanggalkan solekan dengan teliti sebelum meneruskan langkah penjagaan kulit anda yang lain.


JENIS KULIT
Ideal untuk kulit Normal ke Berminyak dan sesuai untuk semua jenis kulit.

NASIHAT/LANGKAH KESELAMATAN
  • Guna dengan serta-merta selepas dibuka untuk mengekalkan keberkesanan bahan aktif.
  • Jangan gunakan produk selain daripada tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika sebarang kerengsaan/tindak balas alahan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Jangan alih keluar paf dari bekas jika tidak digunakan. Paf mesti diletakkan pada penapis bagi menutup lubang dan mengelak daripada tertumpah.
Untuk membersihkan paf bedak:
Mengibas paf pada tisu kering selepas setiap penggunaan adalah disyorkan. Membasuh atau merendam paf dalam air tidak disyorkan. Untuk membersihkan dengan teliti, guna tisu bersih yang basah untuk mengelap permukaan paf, kemudian keringkan di tempat sejuk, gelap dan jauh daripada cahaya matahari atau haba. Paf mesti disimpan kering pada setiap masa selain daripada pembersihan bagi mencegah pencemaran.

PENYIMPANAN
Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik.
Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.

KANDUNGAN
16g

BAHAN-BAHAN

PENYERLAH (Highlight)

MIKA, SILIKA, KAPRILIK/KAPRIK TRIGLISERIDA, DIMETHICONE, SYNTHETIC FLUORPHLOGOPITE, METHICONE, TITANIUM DIOKSIDA (CI 77891), LAUROYL LYSINE, GLYCERYL CAPRYLATE, OKSIDA FERUM (CI 77491), OKSIDA FERUM (CI 77499), ALUMINUM HIDROKSIDA, BUTILENA GLIKOL, MINYAK BIJI LIMNANTHES ALBA (MEADOWFOAM), MINYAK BIJI RICINUS COMMUNIS (CASTOR), MINYAK BIJI HELIANTHUS ANNUUS (BUNGA MATAHARI), RED 30 (CI 73360), EKSTRAK BUAH MALPIGHIA EMARGINATA (ASEROLA), EKSTRAK BUAH PUNICA GRANATUM, BUNGA CALENDULA OFFICINALIS, SORBITAN OLIVAT, FENOKSIETANOL, NATRIUM HIALURONAT, ASID KAPROIK

CERAH KE SEDERHANA (Light to Medium)

MIKA, SILIKA, KAPRILIK/KAPRIK TRIGLISERIDA, DIMETHICONE, METHICONE, LAUROYL LYSINE, GLYCERYL CAPRYLATE, OKSIDA FERUM (CI 77492, CI 77499, CI 77491), BUTILENA GLIKOL, MINYAK BIJI LIMNANTHES ALBA (MEADOWFOAM), MINYAK BIJI RICINUS COMMUNIS (CASTOR), MINYAK BIJI HELIANTHUS ANNUUS (BUNGA MATAHARI), EKSTRAK BUAH MALPIGHIA EMARGINATA (ASEROLA), EKSTRAK BUAH PUNICA GRANATUM, BUNGA CALENDULA OFFICINALIS, SORBITAN OLIVAT, FENOKSIETANOL, NATRIUM HIALURONAT, ASID KAPROIK

SEDERHANA KE GELAP (Medium to Deep)

MIKA, SILIKA, DIMETHICONE, OKSIDA FERUM (CI 77491, 77492, 77499), KAPRILIK/KAPRIK TRIGLISERIDA, LAUROYL LYSINE, GLYCERYL CAPRYLATE, BUTILENA GLIKOL, MINYAK BIJI LIMNANTHES ALBA (MEADOWFOAM), MINYAK BIJI RICINUS COMMUNIS (CASTOR), MINYAK BIJI HELIANTHUS ANNUUS BUNGA MATAHARI), EKSTRAK BUAH MALPIGHIA EMARGINATA (ASEROLA), EKSTRAK BUAH PUNICA GRANATUM, BUNGA CALENDULA OFFICINALIS, SORBITAN OLIVAT, FENOKSIETANOL, NATRIUM HIALURONAT, ASID KAPROIK