Pengilat Tayar Pantas
AMWAY Tyre Shine membantu tayar anda agar sentiasa kelihatan berkilat seperti baru dan memberikan lapisan pelindung yang menangkis kotoran jalan. Muncung berkipasnya yang tidak menitik dan injap khas 180 º membantu anda menggunakannya di tempat-tempat yang sukar dicapai dan mengurangkan pembaziran yang tidak perlu. AMWAY Tyre Shine juga berfungsi sebagai semburan pelincir untuk menghentikan bunyi berkeriut, mengurangkan geseran dan hakisan. Cubalah pada permukaan vinil, getah dan plastik yang lain untuk mengembalikan kilauannya!
MEMASTIKAN TAYAR ANDA BERKILAT LEBIH LAMA
AMWAY Tyre Shine didatangkan dengan formula berkualiti tinggi, sangat serba boleh dan pelbagai guna yang memastikan tayar anda sentiasa berkilat untuk tempoh yang lebih lama. Di samping didatangkan dengan muncung kipas yang unik dan injap khas 180º, AMWAY Tyre Shine juga berfungsi sebagai pencegah kakisan dan karat.
MEMASTIKAN TAYAR SENTIASA KELIHATAN BERKILAT DAN BARU
AMWAY Tyre Shine memastikan tayar sentiasa kelihatan berkilat dan baru. Membenarkan kawalan yang lebih baik dan aplikasi yang lebih sekata yang mengurangkan pembaziran produk. Selain itu, AMWAY Tyre Shine boleh digunakan pada bahagian logam agar kelihatan seperti baru dengan menggunakannya sebagai pengilat tayar atau semburan pelincir.
Cara Mengguna
1. Pastikan permukaan bersih dan kering. 2. Pegang tin sejauh 25cm dan sembur sekata pada bahagian tepi tayar. 3. Lap sebarang lebihan dari rim tayar.
Nasihat/Langkah Berjaga-jaga
  • Elakkan dari terkena mata.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Ketatkan penutup selepas guna.
    Tarikh Pengeluaran/Luput
    Jangka hayat produk ini adalah tiga tahun dari tarikh pengeluaran. Tarikh pengeluaran tertera pada bungkusan produk.
    Berat
    350g
    Penafian/Nasihat Undang-undang
  • Produk ini tidak bertujuan untuk pencegahan dan rawatan penyakit.
  • Produk ini telah diimport mengikut peraturan tempatan.
  • KEHIDUPAN YANG SIHAT BERMULA DENGAN KEDIAMAN YANG BERSIH

    Amway Home memberikan cara pembersihan yang lebih sihat dan lebih selamat dengan produk mesra alam dan mesra bio. Pastikan rumah anda bersih dan selamat dengan penyelesaian pembersihan pekat yang diperbuat daripada bahan semula jadi, selamat dan berkesan ini.