Kuasa Protein
Bila-bila Masa, Di Mana Jua
Pek Batang Minuman Protein Soya Nutrilite
Pemakanan Berasaskan Tumbuhan Untuk Gaya Hidup Aktif

Minuman Protein Soya Nutrilite ialah sumber protein yang lazat dan 100% berasaskan tumbuhan, sesuai untuk dimasukkan ke dalam diet seimbang. Mudah dan senang dibawa, ia sememangnya ideal untuk gaya hidup yang sibuk – bagus untuk dibawa semasa dalam perjalanan atau dinikmati pada bila-bila masa, di mana jua.
Manfaat Utama
Menampilkan gabungan tiga bahan unik – protein gandum, soya dan kacang pis.
Benar-benar bebas daripada kolesterol.
Menawarkan Skor Asid Amino yang Diperbetulkan dalam Kebolehcernaan Protein (PDCAAS) sebanyak 1 bagi memastikan protein berkualiti tinggi dan asid amino mudah dihadam.
Setiap hidangan membekalkan 8g protein termasuk sembilan asid amino perlu yang penting untuk badan anda.
Manfaat Pek Batang Minuman Protein Soya

Tidak kira ke mana sahaja destinasi pengembaraan anda, Pek Batang Minuman Protein Soya Nutrilite dapat meningkatkan jisim otot dengan protein berkualiti tinggi serta asid amino perlu yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anda. Sangat mudah digunakan, serbuk protein ini boleh dicampur dengan makanan atau minuman lain ketika anda sibuk. Ia juga membantu untuk mengurangkan rasa lapar selepas pengambilannya.
Mengapa Protein Sangat Penting?
Mengekalkan kulit, rambut dan kuku yang sihat
Membina blok untuk tisu badan
Mengekalkan pertumbuhan tisu
Mensintesiskan kolagen
Sumber tenaga
MAKLUMAT LANJUT
CARA MENGGUNAKAN
  • Larutkan 1 batang protein soya (10g) dalam 225ml air. Juga boleh ditambah ke dalam susu, jus buah-buahan/sayur-sayuran atau sebarang minuman kegemaran anda sekali atau beberapa kali sehari.
  • Kocak kuat-kuat dalam bekas bertutup atau kacau dengan cepat selama 45 saat.
  • Gunakan pengisar untuk mengadun Minuman Protein Soya Nutrilite bersama buah-buahan segar atau sejuk beku bagi menghasilkan hidangan yang lazat.
  • Taburkan Minuman Protein Soya Nutrilite ke atas sup, salad atau bijirin anda, atau tambahkan ke dalam mana-mana resipi kegemaran anda.
NASIHAT/LANGKAH KESELAMATAN
  • Hadkan pengambilan purina, termasuk Minuman Protein Soya Nutrilite sekiranya anda menghidap gout.
  • Minuman Protein Soya Nutrilite tidak disarankan untuk bayi di bawah umur 1 tahun. Protein yang berlebihan boleh membebankan buah pinggang, sekali gus menyebabkan penyahhidratan.
PENYIMPANAN
Simpan di bawah 30°C. Lindungi daripada cahaya dan lembapan.
BERAT BERSIH
180g (10g x 18 pek batang)
BAHAN
Asingan Protein Soya (80.6%), protein gandum (10%), protein kacang pis (7.5%), pengemulsi (lesitin), agen antigumpal (silikon dioksida)
CATATAN KESIHATAN
Tiada pewarna, perisa atau pengawet tiruan ditambah.
PENAFIAN
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Hasilnya mungkin berbeza bergantung kepada pengambilan, senaman dan pemakanan individu.
DIBUAT OLEH
Amway (China) Co Ltd
District 1, Beiwei Industrial District, Guangzhou Economic & Technological District, Guangdong Province, 510630, P.R. China