Penuras Air Luar
External Water Filter membantu menapis mendapan dan kotoran yang tidak diingini dari air yang masuk, memastikan bahawa air yang didispens sesuai untuk kegunaan seisi rumah seperti mencuci pakaian dan lantai. External Water Filter mempunyai penapis Titik Masuk Utama (POE) yang membantu menyingkirkan mendapan dan partikel lain di seluruh lima lapisan medium: pasir kasar, sederhana dan halus, garnet dan zeolit. Bekasnya diperbuat daripada Polimer Diperkuat Kaca Gentian (FRP) untuk memastikan kekuatan dan ketahanan.
PELBAGAI MEDIUM PENAPISAN UNTUK SEMUA SAIZ MENDAPAN
External Water Filter menggunakan pelbagai medium untuk penapisan, termasuk pasir kasar, sederhana dan halus, garnet dan zeolit untuk menyingkirkan mendapan yang tidak diingini dengan berkesan. Penapis Titik Masuk Utama (POE) menyingkirkan mendapan dan partikel lain sehingga 10 mikron untuk kegunaan domestik atau di kediaman. Bekasnya diperbuat daripada Polimer Diperkuat Kaca Gentian (FRP) untuk memastikan kekuatan dan ketahanan. Injap stereng manual pula untuk fungsi basuh balik dan tolok tekanan.
MUDAH DIGUNAKAN DENGAN KOS PENYELENGGARAAN YANG RENDAH
Penuras Air Luar mempunyai kapasiti 39 liter dan mudah digunakan dengan kos penyelenggaraan yang rendah. Ia disertakan dengan waranti terhadap kerosakan pengilangan seperti di bawah:

  • Tangki – Waranti 10 tahun
  • Injap stereng manual & tolok tekanan – waranti 2 tahun
  • Perpaipan – Waranti 3 bulan

  • Tiada waranti ke atas Alat Ganti Media Penuras.
    Cara Mengguna
    Penyelenggaraan/basuh balik mingguan adalah disyorkan untuk Penuras Air Luar.
    Nasihat/Langkah Berjaga-jaga
  • Penyelenggaraan mingguan adalah disyorkan.
  • Pastikan basuh balik dilakukan dengan tetap mengikut arahan yang diberikan iaitu pada selang setiap 7-10 hari. Ini adalah untuk mengelakkan bahan-bahan dan mendapan yang terperangkap jauh di dasarnya daripada terkumpul dan untuk memanjangkan jangka hayat medium penuras.
  • Elakkan mengetuk bekas.
  • Pastikan meter tekanan atas bekas dan injap ditutup dengan penutup yang disediakan.
  • Produk ini hanya sesuai untuk kegunaan di kediaman.
  • Produk ini tidak menapis klorin.
  • Kapasiti
    39L
    Saiz/Dimensi
    9" (D) x 40" (T)
    PENGHANTARAN/PEMASANGAN
    Sila hubungi nombor bebas tol 1-300-88-8328
    Perkhidmatan pemasangan dan penghantaran tidak tersedia untuk poskod/kawasan ini:

    Kawasan   Poskod
    Sabah Semporna 91300 – 91309
      Kota Marudu 89100, 89107, 89108, 89109
      Kundasang 89300, 89308
      Beaufort 89800, 89807, 89808, 89809
      Beluran 90100, 90107, 90109
      Kudat 89050, 89057, 89058, 89059
      Kapit 96800, 96807, 96809
         
    Sarawak Batu Niah 98200
      Long Lama 98300
      Lawas 98850, 98857, 98859
      Simunjan 94800, 94807, 94809
         
    Kedah Langkawi 07000, 07007, 07009
    Pahang Cameron Highlands 39000
    Selangor Pulau Ketam 42940

    Pakej Pemasangan Standard termasuk: Paip PVC Kelas 7 (20 kaki) & Hos lut sinar (2m)

    Masa Tunggu Penghantaran
    Berkuat kuasa 1 Jan 2025, Amway akan melaksanakan masa tunggu penghantaran selama 60 hari yang ketat kepada semua produk yang dihantar secara langsung oleh Dreamland, Gintell, atau Pentair, serta sebarang produk VDS pada masa hadapan yang tidak disenaraikan secara khusus.

    Maklumat Penghantaran Penting:
    Pelanggan yang membeli produk-produk ini mesti mengatur penghantaran dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembelian. Sebarang pesanan yang tidak dihantar akan dibatalkan secara automatik oleh Amway selepas 60 hari. Penalti pembatalan sebanyak 50% daripada harga AP produk akan dikenakan dan baki 50% akan dibayar balik kepada pelanggan.

    Proses Peringatan:

    Peringatan pertama akan dihantar jika penghantaran tidak diatur dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembelian.
    Peringatan terakhir akan dikeluarkan sebelum tarikh akhir 60 hari, selepas itu pesanan akan dibatalkan secara automatik.


    Untuk butiran lanjut, klik di sini: https://bit.ly/49CjfYM
    Negara Asal
    Penuras Air Luar dipasang di Malaysia yang mana bahagian-bahagiannya adalah dari negara-negara yang berbeza: 1) Bekas dihasilkan di India. 2) Pasir silika kasar, sederhana dan halus adalah dari Malaysia. 3) Zeolit plus diimport dari Australia. 4) Garnet diimport dari Amerika Syarikat.

    MEMUDAHKAN HIDUP ANDA

    Pilihan pelbagai produk yang meningkatkan kehidupan dan membawakan kesenangan ke dalam rumah anda.