ARTISTRY Phyto UV Protect
SPF50+ PA++++

Adakah Kulit Anda Dilindungi Daripada Pencemaran Zaman Moden?

Dalam dunia moden hari ini, terdapat lebih daripada sekadar sinar UV yang berbahaya dari matahari. Kulit kita juga memerlukan tabir suria yang menawarkan perlindungan daripada bahan cemar alam sekitar, debu, radikal bebas dan cahaya yang dipancarkan dari peranti elektronik yang berbahaya (juga dikenali sebagai cahaya biru). Adakah anda menggunakan tabir suria yang betul?

Fungsi

Perlindungan daripada radikal bebas

Teknologi Pembebasan Masanya menggalakkan pembebasan perlahan Ekstrak Black Currant Nutri-Cert yang menghalang kerosakan akibat radikal bebas dalam kulit dan menawarkan perlindungan sehingga 8 jam.

Mempertahankan daripada pencemaran alam sekitar

Teknologi Perlindungan Botaninya menggunakan sifat-sifat antiradang dan menenangkan Ekstrak Kekwa Organik, dan 6 Ekstrak Tumbuhan Siberia untuk melindungi kulit daripada bahan cemar alam sekitar.

Perlindungan daripada cahaya biru yang berbahaya

Mengandungi lutein dan Teknologi Perlindungan Cahaya Biru untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas yang disebabkan oleh cahaya yang dipancarkan dari peranti elektronik (juga dikenali sebagai cahaya biru).

Kesan menyejukkan & cepat diserap

Memberikan kulit sensasi yang menyejukkan bak air dan kesan yang melegakan. Formulanya yang tidak melekit begitu cepat diserap oleh kulit untuk meninggalkan kemasan lut sinar.

CARA MENGGUNA

Sapu sebagai langkah terakhir dalam rejimen penjagaan kulit anda setiap pagi. Ratakan ke seluruh muka dan leher dengan hujung jari anda. Elakkan kawasan mata.

jenis kulit

Sesuai untuk semua jenis kulit.

NASIHAT/LANGKAH KESELAMATAN
  • Jangan gunakan produk di luar tujuan yang dimaksudkan.
  • Elakkan terkena mata.
  • Hentikan penggunaan serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika kerengsaan kulit berlaku.
  • Jangan sapu pada kulit yang merekah.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Jangan berada terlalu lama di bawah sinaran matahari walaupun menggunakan produk tabir suria.
    Guidelines for Control of Cosmetic Products in Malaysia-1st Revision Annex I, part 15- July 2017 2
  • Sapu semula dengan kerap untuk mengekalkan perlindungan terutamanya selepas berpeluh, berenang atau mengelap dengan tuala.
  • Penggunaan tabir suria ialah satu cara untuk mengurangkan bahaya akibat terdedah kepada cahaya matahari.
  • Terlalu terdedah kepada matahari merupakan ancaman kesihatan yang serius.
PENYIMPANAN

Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.

isipadu 

50ml