Philips Airfryer – Desert Green
Philips Airfryer menawarkan cara paling sihat untuk menggoreng makanan kegemaran anda dengan sedikit atau tanpa minyak. Penggoreng udara kompak yang serba boleh, pantas dan kompak ini membantu menyingkirkan lemak daripada makanan. Boleh memuatkan 0.8kg kentang jejari dan sesuai untuk menggoreng, membakar, menggril dan memanggang makanan.
MENJADI LEBIH MUDAH & LEBIH SIHAT
Philips Airfryer merupakan penggoreng udara terbaik di pasaran dengan fungsi luar biasanya termasuklah: (1) Teknologi Penyingkiran Lemak - Makan sajian yang lebih sihat dengan lemak berlebihan disingkirkan daripada makanan. Philips Airfryer adalah satu-satunya Airfryer dengan Teknologi Penyingkiran Lemak yang mengasingkan dan mengumpul lemak berlebihan. Nikmati makanan lazat yang garing di luar, lembut di dalam dengan rasa yang maksimum dan lemak yang minimum. Teknologi Rapid Air - Teknologi ini menghasilkan aliran udara 7x lebih pantas untuk hasil yang garing lagi lazat*. Nikmati snek dan sajian yang lebih sihat dan lazat yang garing sempurna namun lembut di dalam. *Teknologi Rapid Air meningkatkan kelajuan aliran udara di dalam bakul sebanyak 7 kali ganda, berbanding dengan kelajuan aliran udara di dalam Philips Viva Airfryer dengan dasar yang rata; (2) Direka untuk menyingkirkan lebih banyak lemak daripada makanan dan memerangkapnya di dalam pengurang lemak agar mudah dibuang; (3) Menggoreng dengan sedikit atau tanpa minyak - Udara panas digunakan untuk menggoreng hingga 90% kurang lemak. Paha ayam dipanggang hingga garing dan lembut namun menyingkirkan lemak; (4) Memasak Serba Boleh – Bukan sahaja menggoreng, ia juga boleh, menggril, membakar kek dan memanggang sajian kegemaran anda; (5) Saiz kompak, kapasiti besar – menjimatkan ruang di kaunter dapur untuk kegunaan harian; (6) Pemegang Universal EasyClick – memudahkan anda menukar bakul ke dulang gril; (7) Aksesori Dulang Gril – sesuai untuk menggril ikan, daging dan sayur-sayuran; (8) Pemanasan segera – Boleh terus digunakan; (9) Bakul QuickClean – Bakul jaring boleh tanggal dengan pemegang; (10) Kawalan Suhu & Pemasa – Serba boleh untuk pelbagai bahan.
CIRI-CIRI LAIN

Spesifikasi lain termasuklah: (1) Kapasiti bakul: 0.8kg (2) Kuasa: 1500W (3) Dimensi: 266mm (P) x 292mm (L) x 276mm (T) (4) Berat: 5.3kg (5) Warna: Desert Green

 

Pelanggan Sasaran
Semua usia

MEMUDAHKAN HIDUP ANDA

Pilihan pelbagai produk yang meningkatkan kehidupan dan membawakan kesenangan ke dalam rumah anda.