Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa
Dengan Noxxa Electric Multifunction Pressure Cooker anda boleh memasak sajian berkhasiat dalam masa yang singkat dengan menggunakan fungsi tekanan. Selain fungsi memasak dengan tekanan, anda boleh memasak perlahan, mengukus, menumis dan memastikan makanan kekal hangat/memanaskan semula makanan anda.
PERIUK NASI PELBAGAI FUNGSI SEMUA DALAM SATU
Noxxa Electric Multifunction Pressure Cooker didatangkan dengan periuk dalaman tidak melekat berkapasiti 8L boleh ditanggalkan yang dilapisi dengan salutan DUPONT Teflon Platinum bergred makanan yang digunakan di peringkat antarabangsa untuk semua peralatan memasak tidak melekat yang berkualiti tinggi. Ia mempunyai fungsi-fungsi lain termasuklah: (1) Lampu penunjuk LED dengan 2 tetingkap paparan; (2) 10 fungsi memasak (Sup/Air Rebusan, Daging/Stew, Kek/Bakar, Tekanan Rendah, Goreng Kilas, Nasi, Aneka Biji-bijian, Bubur, Kukus, Masak Perlahan) dengan 3 masa pratetap dan/atau tetapan suhu yang boleh disesuaikan (Less, Normal, More) untuk setiap fungsi; (3) Mula memasak secara automatik 4 saat selepas memilih fungsi; (4) Fungsi Memori Pemasa Pintar – Menyimpan dan mengingati masa dan/atau suhu yang ditetapkan.
CIRI-CIRI LAIN
Noxxa Electric Multifunction Pressure Cooker mempunyai banyak ciri-ciri hebat lain termasuklah: (1) Melihat tekanan memasak dalaman dengan penunjuk LED untuk fungsi memasak dengan tekanan; (2) Fungsi Hangat yang boleh disesuaikan – Memastikan makanan kekal hangat sehingga 12 jam dan pilihan untuk mengekalkan kehangatan secara automatik atau membatalkan fungsi Hangat selepas proses memasak tamat; (3) Pilihan suhu – mengawal suhu memasak untuk fungsi Goreng Kilas dan Masak Perlahan; (4) Pemasa tunda untuk menunda proses memasak sehingga 24 jam; (5) Penyediaan makanan berkhasiat yang dibuat sendiri dengan pantas.
Pelanggan Sasaran
Mereka yang suka memasak dan ingin menyediakan makanan berkhasiat yang dimasak di rumah untuk keluarga mereka.
Nasihat/Langkah Berjaga-jaga
  • Bukan untuk digunakan oleh kanak-kanak tanpa pengawasan.
  • Pasangkan plag ke sumber kuasa langsung. Jangan gunakan kord penyambung.
  • Penyimpanan
    Simpan di tempat yang kering.
    Saiz/Dimensi
    Dimensi: 36 x 32 x 36 cm
    Berat
    6.03kg
    Kapasiti
    8L
    Penggunaan Tenaga
    1300W
    Maklumat Waranti
    Waranti 1 tahun terhadap kerosakan pengilangan. (Sila ambil perhatian bahawa peralatan ini hanya untuk KEGUNAAN DI RUMAH sahaja.)
    Pensijilan
    Suruhanjaya Tenaga and SIRIM
    Negara Asal
    China

    MEMUDAHKAN HIDUP ANDA

    Pilihan pelbagai produk yang meningkatkan kehidupan dan membawakan kesenangan ke dalam rumah anda.