Nutrilite Cal Mag D Plus
Kal Mag D Plus Nutrilite™ membantu anda mendapatkan dos kalsium harian anda dalam satu tablet yang mengandungi lebih vitamin D berbanding tiga cawan susu yang diperkuat. Tablet ini juga mengandungi sumber botani pekat kalsium dan magnesium yang dikeringkan daripada rumpai laut terkalsifikasi yang dituai dari dasar laut fjord Iceland. Kedua-dua mineral ini adalah penting kepada sel-sel anda, dan keseimbangan yang betul di antara keduanya meningkatkan kesihatan keseluruhan. Kal Mag D Plus Nutrilite™ ialah sumber kalsium & magnesium terbaik anda. Kalsium, komponen penting bagi mana-mana diet yang sihat, memainkan peranan penting dalam membina tulang yang lebih kuat dan lebih padu di awal usia, manakala menambah kekuatannya di lewat usia. Magnesium oksida ialah salah satu daripada makanan tambahan magnesium paling umum disebabkan kandungan magnesiumnya yang tinggi bagi setiap berat. Mula tingkatkan kesihatan keseluruhan anda hari ini!
DOS KALSIUM ANDA
Kal Mag D Plus Nutrilite™ mengandungi sumber kalsium, magnesium dan mineral surih dari laut yang kaya dan semula jadi, ditambah dengan vitamin D, nutrien semula jadi yang diperoleh daripada lanolin (lilin bulu bebiri). Dengan bahan yang dituai dari lantai laut Iceland, Kal Mag D Plus Nutrilite™ benar-benar lestari dan memenuhi standard NutriCert kami. Ia tidak mengandungi pewarna, perisa atau pengawet tiruan untuk memastikan diet anda sentiasa semula jadi dan seorganik yang mungkin.
MANFAATKAN KUASA KAL MAG D PLUS NUTRILITE™
Kal Mag D Plus Nutrilite™ adalah tinggi vitamin D, kalsium, ketumpatan magnesium dan komposisi profesional. Ia juga merupakan makanan tambahan tanpa laktosa, gantian sesuai kepada produk tenusu sambil mencapai dos kalsium harian anda. Selain itu, Kal Mag D Plus Nutrilite™ disahkan Kosher dan Halal.
TULANG YANG LEBIH KUAT DAN SIHAT
Jika tubuh anda tidak memperoleh kalsium yang cukup, ia akan mencurinya dari tulang anda. Dengan formula yang disemak semula dan tambahan vitamin D, Kal Mag D Plus Nutrilite™ yang baru memberikan nutrien dan mineral yang optimum untuk tulang yang lebih kuat dan sihat, di samping memasukkan kalsium mudah diserap namun sukar didapati dengan mudah. Tambahan pula, ia mengandungi rumpai laut yang disumberkan secara semula jadi, suatu sumber botani kalsium dan magnesium pekat dari alam. Dengan mengambil tiga tablet Kal Mag D Plus Nutrilite™ yang disyorkan setiap hari, tubuh anda boleh mendapat lebih kalsium berbanding 2.2 cawan yogurt, lebih banyak magnesium berbanding 3 cawan nasi dan lebih vitamin D berbanding 3.3 cawan susu yang diperkuat. Mula membina tulang yang lebih kuat dengan Nutrilite™, jenama vitamin dan makanan tambahan No. 1 terlaris di dunia.* *Sumber: Euromonitor International Limited
Cara Mengguna
Ambil satu tablet tiga kali sehari, dengan sajian.
Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Wanita hamil dan menyusui, atau sesiapa dengan penyakit, harus minta nasihat doktor sebelum mengguna.
  • Produk harus dijauhkan dari capaian kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup penutup dengan ketat dan simpan di tempat sejuk dan kering di bawah 30°C, jauh dari cahaya dan lembapan.
    Tarikh Pengeluaran/Luput
    Tarikh luput dicetak pada bungkusan produk.
    Bilangan
    180 tablet x2
    Bahan-bahan
    Kalsium karbonat, mikrokristalin selulos, magnesium oksida, rumpai laut (terkapur, terbit dari litotamnium koraliode/litotamnium kalkareum), maltodekstrin, gam selulos, hidroksipropil metilselulos, magnesium stearate, silikon dioksida, gliserin, lilin karnauba, kolekalsiferol (vitamin D3).
    Catatan Kesihatan
    Tiada pewarna tiruan, perisa atau pengawet yang ditambah.

    Tulen. Selamat. Berkesan. Nutrilite ialah jenama vitamin & suplemen diet No. 1 dari segi jualan di dunia yang menanam, memetik dan memproses tumbuhan di ladang kami sendiri yang disahkan organik untuk keperluan kesihatan anda.