BERSEDIA UNTUK BERAKSI
XS Mixed Whey Protein with Chocolate Flavour
Protein Wei Campuran dengan Perasa Coklat XS membolehkan anda memulihkan tenaga selepas sesi senaman, membaiki dan membina otot. Ia kaya dan penuh rasa coklat dalam Protein Wei.
MENCAPAI KEHIDUPAN AKTIF YANG LEBIH BAIK DENGAN PROTEIN WEI CAMPURAN XS
Setiap hidangan (40g) Protein Wei Campuran XS dengan perasa coklat membekalkan tubuh anda dengan 30g protein. Protein Wei Campuran XS dirumus dengan teliti untuk memenuhi keperluan khusus gaya hidup aktif – ia membantu meningkatkan sintesis protein otot dan menggalakkan pertumbuhan otot tanpa lemak. Dengan protein Wei Campuran XS, setiap keperluan asid amino anda dipenuhi dalam setiap hidangan yang memuaskan.
ASID AMINO RANTAI BERCABANG
Asid Amino Rantai Bercabang dalam Protein Wei Campuran XS adalah sebahagian daripada asid amino perlu untuk manusia dan membantu otot pulih dengan cepat dengan menggalakkan sintesis dan perolehan protein. Ia juga menguatkan sistem imun dan menggalakkan sebatian di dalam tubuh yang melawan jangkitan dan penyakit.
SUMBER PROTEIN YANG SANGAT BAIK DARIPADA SERBUK BIJI CHIA
Protein Wei Campuran XS mengandungi biji chia, yang merupakan sumber protein yang sangat baik. Turut dihargai sebagai makanan unggul, biji 'chia' (perkataan Maya kuno untuk kekuatan!) adalah tinggi asid lemak omega-3, kalsium dan fosforus. Ia bukan sahaja memberikan anda tenaga untuk hari ini, ia juga membaiki dan mempersiapkan anda untuk hari esok.
SUMBER ANTIOKSIDAN YANG KAYA
Protein Wei Campuran XS mengandungi spirulina - sumber antioksidan yang kaya dan boleh melindungi anda daripada kerosakan oksidatif. Spirulina, yang dikelaskan sebagai makanan unggul kerana mengandungi karbohidrat dan rendah lemak, sering diambil oleh atlet untuk pulih daripada tekanan oksidatif selepas senaman yang menyumbang kepada kelesuan otot. Spirulina juga kaya dengan mineral diet seperti zat besi yang membantu mengangkut oksigen di dalam darah ke tisu manakala mangan mencegah otot tegang dan terseliuh serta kemungkinan keadaan radang tertentu.
Cara Mengguna
Tambah 2 skup mumbung (40g) ke dalam 200ml air sejuk (mengandungi 30g protein setiap hidangan). Kocak atau adun sehingga sebati. Boleh juga dicampur dengan susu jika suka. Dos harian yang disyorkan ialah satu hidangan.
Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Mengandungi susu dan soya.
  • Mengandungi penstabil sebagai bahan penyesuai makanan yang dibenarkan.
  • Penyimpanan
  • Simpan di tempat sejuk dan kering di bawah 24 darjah Celcius.
  • Pastikan bekas ditutup ketat.
  • Kandungan produk mungkin mendap semasa penghantaran.
  • Berat bersih dijamin.
  • LEBIH CEMERLANG, LEBIH PENGALAMAN

    Dapatkan rangsangan yang tepat untuk senaman dan pengembaraan hidup anda dengan nutrisi sukan dan suplemen XS termaju untuk memastikan anda terus bertenaga.