ARTISTRY EXACT FIT Cushion Foundation All Day Cover EX SPF 50+PA+++ - Medium N25
Peroleh yang terbaik dari semua segi dengan EXACT FIT™ Cushion Foundation All Day Cover EX SPF 50+/PA+++ kerana ia menggabungkan kedua-dua penjagaan kulit dan alat solek untuk menyediakan sapuan tahan sepanjang hari dan mempunyai sifat antipenuaan.
BEDAK ASAS ANTIPENUAAN UNTUK KULIT YANG AWET MUDA
Dirumus dengan bahan antipenuaan utama ARTISTRY YOUTH XTEND™ ULTRA, EXACT FIT™ Cushion Foundation All Day Cover EX SPF 50+/PA+++ mengurangkan kedutan untuk penampilan kulit yang lebih muda di samping memberikan sapuan yang boleh dilapiskan dan penghidratan. Mikro peptida X6 membaiki kerosakan kulit yang ketara, terima kasih kepada sifatnya yang merangsang kolagen, manakala adunan penegangan menjelaskan lagi kontur wajah. Selain itu, Air Fjord Norway menyeduh kulit dengan lembapan, manakala Mutiara Tahiti dan Prisma Optik meniru penampilan kulit semula jadi. Akhir sekali, Teknologi Perlindungan Cahaya Biru (Lutein) melindungi kulit daripada sinar UV untuk mencegah penuaan dan pigmentasi selanjutnya.
KULIT YANG SEMPURNA DENGAN ARTISTRY EXACT FIT CUSHION FOUNDATION ALL DAY COVER EX SPF 50+PA+++
Miliki kulit wajah bersinar bak mutiara dan "penampilan seperti tanpa solekan" yang menjadi dambaan dengan EXACT FIT™ Cushion Foundation All Day Cover EX SPF 50+/PA+++ kerana ia menawarkan sapuan yang tahan sepanjang hari dengan kemasan separa pusam semula jadi di samping memastikan kulit anda kekal lembut, gebu dan terhidrat untuk keserian yang sihat itu. Span bioform barunya menampilkan adunan penegangan mikro untuk sapuan sempurna dan juga membantu mengkontur wajah menyerlahkan raut wajah anda yang terbaik.
CARA MENGGUNAKAN
Masukkan jari telunjuk, jari hantu dan jari manis anda di bawah reben aplikator paf bedak. Tekan paf bedak dengan lembut pada kusyen untuk mendapatkan sejumlah bedak asas yang sesuai. Untuk menyapu, tepuk paf dengan lembut pada kulit. Sapu sehingga mencapai tahap sapuan yang dikehendaki, lapisan demi lapisan.
NASIHAT/LANGKAH KESELAMATAN
  • Tutup segera setelah digunakan untuk mengekalkan keberkesanan bahan aktif.
  • Gunakan dalam masa 12 bulan selepas dibuka.
  • Hentikan penggunaan serta-merta jika mengalami tindak balas alahan.
  • PENYIMPANAN
    Tutup rapat selepas digunakan dan simpan dalam suhu bilik. Elakkan pendedahan langsung kepada cahaya dan haba.
    ISIPADU
    Set Lengkap + 1 Isian semula (12g x 2)

    WARNA, TEKSTUR DAN KEMASAN YANG MENAWAN

    Serlahkan lagi kecantikan anda dengan rangkaian koleksi mekap kami.