MENYUBURKAN, MELINDUNGI DAN MENYEGARKAN KULIT ANDA DENGAN SELAMAT
Deodoran & Semburan Antipeluh G&H PROTECT+
Deodoran & Semburan Antipeluh G&H PROTECT+ memberikan perlindungan daripada bau dan peluh hingga 48 jam serta lembut pada kulit.
Ciri-ciri

Formula yang diinspirasikan daripada alam semula jadi di dalam Deodoran & Semburan Antipeluh G&H PROTECT+ mengandungi campuran Ekstrak Teh Putih, Ekstrak Bilberi, Mineral Asli, Vitamin C dan Lichen Plus yang eksklusif membantu mengawal peluh dan menghalang pembentukan bau.

Ekstrak Teh Putih dikenali dengan sifat pelindungnya, kerana ia dipetik pada awal musim bunga ketika tunas putihnya masih muda.

Ekstrak Biberi mengandungi sebatian yang baik untuk anda yang dipanggil antosianin, yang telah lama digunakan kerana khasiatnya yang bermanfaat.

Mineral Asli telah digunakan untuk rawatan mandian selama ribuan tahun. Vitamin C membantu memerangi risiko kerosakan sel yang menyebabkan penuaan dan penggelapan kulit.

Ekstrak Lichen Plus membantu mengurangkan pengumpulan bakteria, yang menyebabkan bau badan.

Diuji oleh pakar dermatologi, produk ini juga sesuai untuk kulit sensitif.

Manfaat

Direka untuk digunakan oleh lelaki dan wanita, Deodoran & Semburan Antipeluh G&H PROTECT+ begitu jernih dan cepat kering, jadi ia tidak meninggalkan kesan putih pada kulit atau pakaian. Ia ringan dan lembut namun berkesan, dirumus untuk membantu mengurangkan kerengsaan yang boleh menyebabkan perubahan warna pada kulit. 

Dengan perlindungan daripada peluh dan bau sehingga 48 jam serta haruman yang menyegarkan, Deodoran & Semburan Antipeluh G&H PROTECT+ memberikan keyakinan sepanjang hari.

KOLEKSI PENJAGAAN BADAN G&H
Penjagaan badan G&H ditawarkan dalam tiga koleksi pelengkap: Nourish+, Refresh+ dan Protect+. Setiap satu menampilkan adunan eksklusif bahan botani. NOURISH+ Rumusan memperkaya untuk membantu menyuburkan, menenangkan dan mengekalkan kulit yang tampak sihat. REFRESH+ Rumusan seimbang untuk membantu menyegarkan dan menghidratkan di samping melegakan kulit. PROTECT+ Rumusan tanpa risau untuk membantu melindungi daripada bau, kotoran dan kebasahan.
Cara Mengguna
  • Tanggalkan penutup.
  • Sembur di bahagian ketiak selepas membersihkan.
Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Jangan guna produk selain daripada maksud kegunaannya.
  • Elakkan sentuhan langsung dengan mata.
  • Berhenti guna dengan serta-merta dan berjumpa doktor jika berlaku kerengsaan kulit.
  • Jangan letak pada kulit yang luka.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
Penyimpanan
Tutup dengan baik selepas guna dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.
Berat
200ml

KULIT SIHAT, NYAMAN DAN LEMBUT

Dirumus dengan gabungan eksklusif bahan-bahan botani semula jadi, ia sesuai untuk semua jenis kulit dan peringkat umur, pilihan tepat untuk seisi keluarga.