Nutrilite Botanical Beverage Mix Cherry with Licorice & Turmeric
Perangsang Tiga Kali Ganda untuk Saluran Udara yang Lebih Baik.
Timur bertemu Barat. Tradisional bertemu Moden.

Sistem imun adalah penjaga yang mencegah kuman, virus dan organisma berbahaya daripada memasuki dan membahayakan tubuh anda. Bagaimanakah anda melindungi keimunan anda? Dengan memastikan tubuh anda mengambil bahan-bahan yang mengandungi fungsi antikeradangan dan meningkatkan kesihatan pernafasan3.

Terdapat dalam pek batang mudah bawa. Perangsang pelengkap berperisa sitrus ini penuh dengan vitamin C (100mg) dan bahan-bahan herba seperti likuoris (300mg) dan kunyit (300mg). Tiada pewarna tiruan, pengawet dan perisa tiruan.
Perlindungan Antikeradangan
Likuoris mengandungi asid glisirizik yang digunakan secara meluas sebagai penawar herba Cina disebabkan sifat antikeradangannya yang juga menguatkan keimunan dan kesihatan pernafasan. Ia juga digunakan sebagai perisa dalam makanan dan minuman.1

Kunyit adalah rempah yang amat dikenali dalam masakan India dan Melayu. Ia juga penawar herba kerana mengandungi sifat antikeradangan dan antioksidan. Kunyit mengandungi kurkumin yang tidak mudah diserap oleh tubuh. Walau bagaimanapun, dengan menggunakan teknologi pemikrokapsulan, kadar penyerapannya boleh ditingkatkan untuk memaksimumkan manfaat kesihatan.2

Rujukan
Kekuatan Keimunan
Diperkaya dengan vitamin C daripada ceri aserola, ceri itu dipetik ketika masih hijau disebabkan kandungan vitamin C yang tinggi.4

Rujukan
Kesihatan Pernafasan
Perlindungan antikeradangan dan sistem imun yang kuat boleh dicapai jika wujudnya kesihatan pernafasan yang optimum juga.3

Disediakan dalam pek batang yang mudah dibawa. Perangsang pelengkap berperisa oren sitrus untuk minuman kegemaran anda. Tiada gula tambahan, pewarna tiruan atau pengawet.

Rujukan
Cara Mengguna:
Minum 1-2 paket sehari. Larutkan kandungan 1 pek batang di dalam 100-150ml air suam atau air sejuk. Kacau sebati dan minum.
Nasihat/Langkah Keselamatan
  • JAUHI DARIPADA KANAK-KANAK.
  • Ia tidak sesuai untuk bayi di bawah tiga tahun dan wanita hamil ataupun yang menyusui.
  • Produk ini mengandungi bahan herba tradisional yang mungkin tidak sesuai untuk mereka yang sensitif terhadap bahan-bahan ini.
  • Sila berwaspada bahawa produk ini juga mengandungi likuoris yang mengandungi asid glisirizik. Produk ini tidak disyorkan untuk mereka yang mengalami hipertensi dan hipokalemia.
  • Disebabkan produk ini mengandungi kunyit (secara semula jadi berwarna kuning), sila ambil perhatian bahawa minuman ini boleh mengotori pakaian atau barangan lain.
  • Hasilnya berbeza-beza bergantung kepada individu. Sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan atau mengalami sebarang tindak balas selepas meminumnya, sila dapatkan nasihat profesional/perubatan. Minum dengan berhati-hati.
  • Penyimpanan
    Sejukkan atau simpan di tempat sejuk dan kering di bawah 30°C. Sila minum dengan segera selepas setiap pek dibuka.
    PENGGUNA SASARAN
    Produk ini dikategorikan di bawah makanan dan umumnya boleh diambil dari usia 3 tahun ke atas.
    BILANGAN
    30 pek batang di dalam 1 kotak
    150g (5g x 30 Pek Batang)
    Bahan-bahan:
    Eritritol, Pekatan Jus Aserola, Serbuk Likuoris, Serbuk Kunyit, Maltodekstrin, Perisa Oren, Asid Sitrik, Stevia & Vitamin C.

    Mengandungi pengatur keasidan sebagai bahan penyesuai makanan dan bahan perisa yang dibenarkan.
    HEALTH NOTES:
    Tiada pewarna tiruan, pengawet dan perisa tiruan.

    Klik untuk membaca mengapa kami adalah jenama terkemuka:
    https://www.euromonitor.com/amway-claims