SANGAT MESRA ALAM UNTUK PEMBERSIHAN YANG LEBIH SELAMAT
Pensanitasi Tangan & Botol Kembara Pursue
Pastikan tangan anda bebas kuman ke mana jua anda pergi dengan botol bersaiz kembara yang mudah ini!
Bawa Si Kecil yang Perkasa Ini!
Pensanitasi Tangan Pursue mempunyai sifat antibakteria dan mudah digunakan. Ujian saintifik telah membuktikan bahawa ia menghapuskan bakteria yang terdapat pada permukaan kulit. Dengan kapasiti 50ml, Botol Kembara Pensanitasi Tangan Pursue adalah saiz yang tepat sekali untuk dimasukkan ke dalam beg tangan, beg galas atau poket anda untuk memastikan tangan anda sentiasa selamat daripada kuman, virus dan bakteria berbahaya.
Isi dan Bawa Pergi!
Isi dan isikan semula botol kembara anda dengan mudah! Muncung atas Pensanitasi Tangan Pursue memberikan anda pengalaman yang tidak mengotorkan ketika mengisi botol kembara anda. Hanya isi dan bawa pergi!
CARA MENGGUNAKAN
  • Sebagai pensanitasi tangan antikbakteria.
  • Sapukan lebih kurang 2ml ke tangan anda, gosokkan pada kulit selama 1 minit hingga kering. Tidak perlu dibilas. Penggunaan berulang boleh meninggalkan sisa melekit. Bilas dengan air jika perlu.
  • PENGGUNA DISASARKAN
    Sesuai untuk semua usia dan gaya hidup.
    NASIHAT/LANGKAH BERJAGA-JAGA
    Mudah terbakar, jauhkan dari api terbuka. Untuk kegunaan luaran sahaja. Jangan minum. Elakkan daripada terkena mata. Jika terkena, bilas dengan air yang banyak. Sentiasa tutup semula selepas digunakan untuk mengelakkan penyejatan. Mereka yang alah kepada alkohol hendaklah menggunakannya dengan berhati-hati.
    PENYIMPANAN
    Simpan di bawah 50°C.
    Pembungkusan
    Pensanitasi Tangan Pursue
  • Kapasiti: 500ml/botol
  • Kuantiti: 1 unit
  • Berat: 0.5kg
  • Dimensi: 21cm (T) x 8cm (P) x 3.5cm (L)

  • Botol Kembara Pensanitasi Pursue (Pek Kembar)
  • Kapasiti: 50ml/botol;
  • Kuantiti: 2 unit/set;
  • Berat: 0.22kg
  • Dimensi: 9.17cm (T) x 7.6cm (P) x 3.02cm (L)
  • BAHAN-BAHAN
    Bahan utama: Etanol, 64.0% - 68.0% (W/W) Bahan-bahan: ALKOHOL, AIR, GLISERIN, AKRILAT/C10-30 POLIMER SILANG ALKIL AKRILAT, HARUMAN, PROPILENA GLIKOL, TRIETANOLAMINA, DEKSPANTENOL, EKSTRAK DAUN ALOE, MALTODEKSTRIN, KALIUM SORBAT, NATRIUM BENZOAT.

    KEHIDUPAN YANG SIHAT BERMULA DENGAN KEDIAMAN YANG BERSIH

    Amway Home memberikan cara pembersihan yang lebih sihat dan lebih selamat dengan produk mesra alam dan mesra bio. Pastikan rumah anda bersih dan selamat dengan penyelesaian pembersihan pekat yang diperbuat daripada bahan semula jadi, selamat dan berkesan ini.