MENYUBURKAN, MELINDUNGI DAN MENYEGARKAN KULIT ANDA DENGAN SELAMAT
Pek Mini Kulit Lembap Bak Embun G&H
Belailah badan anda dengan botani G&H yang menyubur dan menyegarkan untuk mendapatkan kelembutan yang sihat dan pasti menawan, kesemuanya dalam pek mini yang menarik ini.
SANGAT MEMBELAI WALAUPUN BERSAIZ MINI!
Mandian G&H NOURISH+ (60ml)
Formula G&H NOURISH+ mengandungi bahan-bahan botani yang diperoleh secara semula jadi seperti Madu Bunga Oren, Mentega Shea dan Minyak Biji Labu yang melembapkan kulit secara intensif. Kompleks antirengsa yang dipatenkan membantu melegakan kulit kering dan menjadikan kulit anda terasa bersih, terhidrat dan disuburkan.

Krim Badan G&H REFRESH+ (60ml)
Menyegarkan kulit anda dengan formula sangat ringan yang menjadikan kulitterasa lembap sehingga 24 jam selepas setiap penggunaan. Formula G&H REFRESH+ terdiri daripada bahan-bahan botani yang diperoleh secara semula jadi seperti ekstrak Aloe, Biji Anggur dan Teh Hijau yang kaya dengan antioksidan yang melembapkan dan melindungi kulit.

Gel Mandian G&H REFRESH+ (60ml)
Formula GH REFRESH+ yang sangat lembut, tanpa sulfat dan tanpa sabun ini terdiri daripada campuran ekstrak Aloe, Biji Anggur dan Teh Hijau untuk menghidrat dan melindungi jauh ke dalam kulit. Kompleks antirengsa yang dipatenkan menenangkan kulit dan menjadikan kulit terasa bersih, terhidrat dan segar.

KULIT SIHAT, NYAMAN DAN LEMBUT

Dirumus dengan gabungan eksklusif bahan-bahan botani semula jadi, ia sesuai untuk semua jenis kulit dan peringkat umur, pilihan tepat untuk seisi keluarga.