eSpring, Pendispens Air Panas Morphy Richards, Kartrij eSpring & Waranti Tambahan 2 Tahun
Dapatkan eSpring, Pendispens Air Panas Morphy Richard, Kartrij eSpring dan waranti tambahan 2 tahun bagi eSpring anda dengan Kediaman Sihat melalui Program Mudah Milik Amway. Nikmati ketenangan minda dengan perlindungan tambahan yang memastikan kualiti Kediaman Sihat yang mampan serta kefleksibelan untuk menukar pembelian anda kepada bayaran ansuran yang lebih berpatutan bagi tempoh 24 bulan.
TEKNOLOGI ESPRING YANG LUAR BIASA
Sistem Rawatan Air eSpring terdiri daripada komponen yang berbeza untuk memberikan prestasi yang luar biasa dan memberikan air bersih dan sihat:
• Memperbaiki rasa, bau dan kejernihan air anda
• Mengurangkan lebih daripada 140 bahan cemar yang berpotensi menjejaskan kesihatan dengan berkesan dan menghapuskan lebih daripada 99.99% bakteria dan virus penyebab penyakit bawaan air di dalam air minum dengan teknologi cahaya ultraungu
• Mengekalkan mineral bermanfaat seperti kalsium, magnesium dan fluorida
• Menampilkan sistem pemantauan dipatenkan yang memaklumkan anda hayat Kartrij yang tinggal dan status sistem semasa ia mengalir pada suhu paip, memastikan kos tenaga anda kekal rendah
• Menggunakan teknologi kuasa tanpa wayar – keselamatan adalah terjamin kerana air tidak pernah menyentuh mana-mana komponen elektrik
• Kartrij sistem ini mudah diganti, tanpa memerlukan alat khas kerana tiada wayar dalaman atau palam untuk dicabut dan disambung semula
• Katrij direka bentuk untuk bertahan 5,000 liter atau 1 tahun, yang mana-mana dahulu.
Pendispens Air Panas Morphy Richards
Tepat, serba guna dan mudah, Pendispens Air Panas Morphy Richards memberikan anda kawalan sepenuhnya ke atas keperluan memasak dan air minum anda:
• Tiga pilihan suhu – 85°C / 95°C / 100°C
• Tangki pelepas hadapan – penanggalan mudah untuk pengisian semula atau penggantian
• Pembaziran minimum – didihkan sebanyak mana air dari 150ML hingga 1.5L
• Mendispens secara automatik – sehingga 600ML air sekali gus dengan butang sekali tekan yang mudah
• Paparan digital – termasuk sensor terbina dalam bagi memastikan air yang mencukupi untuk tetapan pilihan anda
• Dulang titisan – boleh ditanggalkan untuk memudahkan pembersihan
• Sistem dandang yang unik – teknologi pemanasan canggih mencegah aliran balik dan mempercepatkan masa memasak
• Pendispens dwi cawan – jadi anda tidak minum berseorangan
Setiap set ETO mengandungi satu (1) Sistem Rawatan eSpring, satu (1) Pendispens Air Panas Redefine Morphy Richards, satu (1) Kartrij eSpring dan waranti tambahan 2 tahun.
Nasihat/Langkah Keselamatan
Bergantung kepada kualiti air di mana anda tinggal, satu prapenuras pilihan mungkin diperlukan; jika tidak, Prapenuras pembalut standard yang didatangkan dengan Kartrij eSpring biasanya sudah memadai.
Lampu UV di dalam Kartrij mengandungi merkuri. Sila lupuskannya mengikut undang-undang tempatan, negeri, atau persekutuan.
Sokongan Pelanggan
Perkhidmatan Di Rumah AMWAY
Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk menambah nilai kepada perkhidmatan sokongan pelanggan kami, AMWAY menawarkan Perkhidmatan Perkhidmatan Di Rumah untuk kawasan-kawasan berikut:
1) Kuala Lumpur dan Selangor
2) Pulau Pinang dan Seberang Perai
Sila hubungi kami bila-bila masa anda memerlukan servis dan pembaikan untuk produk di bawah:
Sistem Rawatan Air eSpring
Penulen Udara ATMOSPHERE
AMWAY akan menghantar juruteknik terlatih ke rumah anda dalam masa 48 jam selepas panggilan anda. Bayaran perkhidmatan RM60.00 seunit akan dikenakan untuk setiap lawatan (tidak termasuk alat ganti). Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan ini, sila hubungi Talian IHS kami di 03-7946 2800 / 04-3900 299 (Butterworth).
AIR DIMINERALKAN LAGI TULEN
Dapatkan air yang lebih bersih, lebih selamat dan lebih enak rasanya terus dari paip.