HASIL PROFESIONAL DI RUMAH
ARTISTRY Collagen Plumping Set

Manfaatkan kuasa kolagen yang menggebukan dan alami kulit yang anjal lagi menawan dalam masa 2 minggu sahaja dengan ARTISTRY Collagen Plumping Set!

  • ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE Collagen+HA Capsule 97 (14 kapsul) (tamat tempoh pada Mei 2022) 
  • ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE 14 Night Reset Program (14 bebuli) 
  • ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE Boosting Infusion Mini (30ml) 
Kulit lebih anjal, lebih licin, gebu dengan ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE Collagen+HA Capsule 97.

Alami kuasa kolagen yang menggebukan dan menghidratkan dalam kapsul yang mudah digunakan. ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE Collagen+HA Capsule 97 ialah kapsul kolagen 97% sangat pekat dengan Asid Hialuronik yang mengurangkan penampilan kedutan dan meningkatkan kepadatan kulit sehingga 115% untuk keanjalan dan penghidratan kulit yang lebih baik.

Gunakannya bersama-sama ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE 14 Night Reset Program.

*Dalam ujian klinikal

Membaiki kerosakan kulit dengan ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE 14 Night Reset Program

Nikmati manfaat rawatan laser estetik* dengan selesa di kediaman anda tanpa masa henti. Rumusan ini membaiki sel kulit yang rosak dan mencegah penuaan selanjutnya agar kulit lebih terhidrat, lebih licin dan lebih cerah.

Menampilkan Teknologi Deep Night Action Ultra, dengan tiga Liposom berkuasa dan minyak biji Chia yang disumberkan oleh Nutrilite yang menyuburkan dan mempertingkatkan pertahanan kulit daripada penuaan kulit pada masa hadapan sebanyak 217%.** Sebatian Phyto-3 Cica dengan bahan penjana botani melancarkan semula dan mempercepatkan kuasa sel semula jadi kulit untuk pemulihan yang lebih pantas termasuk peningkatan 150% dalam pembaikan sel terhadap kerosakan sedia ada/lampau. *** 

*Hasil tidak setara dengan prosedur pembedahan/kosmetik.
* Ujian in vitro Liposom Pengaktif lwn. garis dasar.
*** Ujian in vitro Sebatian Phyto-3 ke atas sel kulit yang dirawat lwn. sel kulit yang tidak dirawat, manfaat kulit jauh ke dalam epidermis.

TRANSFORMASIKAN DALAM 2 MINGGU

Malam 1 - Penghidratan
Malam 4 - Tona Sekata
Malam 7 - Kelicinan
Malam 10 - Kepejalan
Malam 14 - Kedutan Berkurang

ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE Boosting Infusion (30ml)

Persiapkan kulit anda dengan ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE Boosting Infusion – rawatan “prapekatan” pengoksigenan pintar di rumah. Ia merangsang penghantaran Collagen+HA Capsule 97 dan serum pekatan 14-Night Reset sehingga 4 kali ganda*. 

*Ujian in-vitro

CARA MENGGUNAKAN
  1. Selepas membersihkan dan menyegarkan, dispenskan ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE Boosting Infusion ke atas tapak tangan anda atau kapas kesat. Tekapkan pada kulit dalam gerakan menaik secara perlahan-lahan. 
  2. Buka Collagen + HA Capsule 97. 
  3. Picit kesemua serum daripada bebuli INTENSIVE SKINCARE 14 Night Reset Program ke dalam kapsul. 
  4. Campurkan sehingga sebati. 
  5. Sapukan campuran itu pada muka dengan jari anda sama ada secara berlapis-lapis atau kesemuanya sekali gus. 
  6. Ulangi langkah di atas setiap malam selama 14 malam. 
  7. Sapukan pelembap jika mahu.
NASIHAT/LANGKAH BERJAGA-JAGA
  • Guna sebaik sahaja dibuka untuk mengekalkan keberkesanan bahan aktif. Buang selepas guna. 
  • Semua kapsul dan bebuli mesti digunakan sebaik sahaja dibuka dan tidak boleh disimpan untuk penggunaan berulang. 
  • Elakkan daripada terkena mata. 
  • Hentikan penggunaan dengan serta-merta dan jumpa doktor jika berlaku sebarang kerengsaan kulit. 
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
PENYIMPANAN
Tutup dengan ketat selepas digunakan dan simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan haba.

PENYELESAIAN PROFESIONAL. HASIL PROFESIONAL.

Alami manfaat yang standing dengan prosedur dan rawatan profesional naum selamat dan selesa digunakan di rumah anda sendiri.