Kopi Titisan Vergold
(Dipanggang Sederhana & Gelap)
Mencari-cari kopi dengan rasa yang keras agar anda berasa cergas? Pek ini mengandungi dua varian kopi titisan yang menarik iaitu Kenya AA yang dipanggang sederhana (10 paket) dan Colombia yang dipanggang gelap (10 paket).

Dibuat dengan 100% serbuk kopi dan tidak ditambah krimer, gula mahupun perisa, kopi titisan ini membolehkan anda menikmati rasa kopi asli pada tahapnya yang terbaik. Bertenanglah dengan kopi yang dipanggang sederhana yang sangat seimbang dengan kemanisan dan keasidan semula jadinya atau dapatkan kopi yang dipanggang gelap yang serta-merta membangkitkan anda dengan rasa koko yang dipanggang gelap serta not Americano yang pekat likat lagi kaya.
CARA MENGGUNA
1. Gantungkan tab sisi beg titisan pada bibir cawan.
2. Tambahkan 50ml air panas (90°C). Tunggu 30 saat. Perlahan-lahan tuangkan lagi 120ml-150ml air panas (bahagikan kepada 2-3 tuangan, berhenti seketika pada setiap tuangan).
3. Alih keluar bag titisan dan kopi anda sedia untuk diminum.
Berat
• 10 paket x 11g (Dipanggang Sederhana)
• 10 paket x 10.5g (Dipanggang Gelap)
PENYIMPANAN
Simpan di tempat yang sejuk dan kering. Elakkan daripada terkena cahaya matahari.
BAHAN-BAHAN
100% Serbuk kopi

MEMUDAHKAN HIDUP ANDA

Pilihan pelbagai produk yang meningkatkan kehidupan dan membawakan kesenangan ke dalam rumah anda.