Philips Premium Digital Airfryer HD9741
Sentiasa berada di barisan depan dalam cara memasak serba boleh, Philips Airfryer bukan sahaja untuk membuat makanan bergoreng; anda juga boleh membakar, memanggang malah menggril daging, ikan dan sayur-sayuran. Kini, Philips telah menjadikan perkakas kegemaran anda lebih hebat dengan Premium Digital Airfryer. Dinaik taraf dengan paparan digital dan 4 menu pratetap, anda boleh memasak dengan pantas dan mudah kentang jejari beku, daging, ikan and paha ayam dengan satu sentuhan butang.

Untuk hidangan dengan masa memasak yang berbeza-beza, Dail Kawalan Pantas membolehkan anda menetapkan suhu serendah 40°C sehingga 200°C serta masa memasak sehingga 60 minit. Selain itu, Fungsi Kekal Hangat mengekalkan haba sehingga 30 minit.
Teknologi Maju
Inginkan hidangan yang lebih sihat dengan lemak berlebihan yang disingkirkan? Philips Premium Airfryer adalah satu-satunya Airfryer yang dilengkapi dengan Teknologi Penyingkiran Lemak yang mengasingkan dan mengumpul lemak berlebihan. Selain itu, teknologi Rapid Air menghasilkan aliran udara 7x lebih pantas untuk hasil yang garing lagi lazat*. Nikmati makanan enak yang garing di luar dan lembut di dalam dengan rasa maksimum dan lemak minimum.

*Teknologi Rapid Air meningkatkan kelajuan aliran udara di dalam bakul sebanyak 7 kali, berbanding dengan kelajuan aliran udara di dalam Philips Viva Airfryer dengan bahagian dasar yang rata.
Pantas & Mudah
Lapar? 1.5x lebih pantas daripada ketuhar, Airfryer boleh digunakan dengan serta-merta dan tidak memerlukan masa yang lama untuk menunggu minyak panas. Dan jika anda tidak suka kerja membersih, anda pasti menyukai bakul dan lacinya yang tidak melekat dan boleh tanggal untuk pembersihan yang pantas dan mudah.
Resipi yang Memberi Inspirasi
Tidak tahu di mana hendak bermula? Muat turun aplikasi NutriU untuk idea yang menarik lagi lazat dan arahan yang mudah diikuti daripada chef profesional.
NASIHAT/LANGKAH BERJAGA-JAGA
Peralatan ini hanya untuk KEGUNAAN DI RUMAH sahaja.
MAKLUMAT WARANTI
Waranti produk 2 tahun terhadap kerosakan pengilangan.
Warna
Merah Jambu Laici
Kapasiti Bakul
0.8kg
Dimensi
26.6 (L) x 29.2 (T) x 36.5 (P) cm
Berat
5.4kg
Kuasa
1500W
Voltan
220V

MEMUDAHKAN HIDUP ANDA

Pilihan pelbagai produk yang meningkatkan kehidupan dan membawakan kesenangan ke dalam rumah anda.