Pembersih Vakum Tanpa Kord Philips SpeedPro Max Aqua FC6903
Selesaikan kerja harian anda dengan lebih pantas* menggunakan Pembersih Vakum Tanpa Kord Philips SpeedPro Max Aqua FC6903! Pembersihan tanpa kord 3 dalam 1 – sistem vakum, mop dan pegang – menjadikannya mudah untuk membersihkan semua lantai keras dan permaidani dari satu bilik ke bilik yang lain menggunakan satu perkakas sahaja.

*Diuji terhadap 10 unit pembersih vakum tanpa kord paling laris > 300E di Jerman 2017, menggunakan ujian pembersihan kotoran kasar lantai keras yang dibangunkan oleh Philips berdasarkan piawaian antarabangsa IEC60312-1. Jan 2018.
Bersedia untuk membersihkan rumah dengan lebih berkesan?
Teknologi PowerCyclone 8 – teknologi tanpa beg yang paling berkuasa setakat ini dengan motor digital PowerBlade dan sistem penurasan tiga kali ganda – memastikan aliran udara tinggi yang lebih lama. Selain itu, bateri Li-Ion 25V memberikan masa jalan mod Eco sehingga 75 minit dengan pengecasan 5 jam.
Reka Bentuk yang Fleksibel untuk Pembersihan yang Optimum
Dengan kapasiti 0.6L, bekas habuk terletak di bahagian atas, jadi anda boleh membersihkan dengan mudah pada sudut yang lebih rendah. Mudah dikendalikan, malah ia boleh mendatar sepenuhnya di atas lantai untuk membersihkan di bawah perabot yang rendah.

Philips SpeedPro Max Aqua dilengkapi dengan muncung penyedut 360° yang memerangkap habuk dan kotoran lebih pantas dari semua sisi. Muncung ini juga mempunyai lampu LED untuk mendedahkan kotoran, habuk, bulu, rambut dan cebisan atau serdak tersembunyi.
Sistem Vakum & Mop yang Unik
Sistem vakum dan mop yang benar-benar maju ini mengawal pelepasan air untuk mengekalkan kebasahan optimum bagi semua lantai keras sepanjang pembersihan. Dan dengan kapasiti tangki air bersih 0.28L (maksimum) untuk liputan permukaan 60m² setiap tangki, ia adalah peranti mesra alam yang membantu anda menjimatkan air.

Selain penuras yang boleh dibasuh, ia juga dilengkapi dengan pad mikrogentian yang boleh diguna semula. Ia boleh dibasuh menggunakan tangan atau mesin basuh untuk menjadikan kos pembersihan rumah lebih murah dan mesra alam sekitar. Anda pasti tidak mahu lagi mengelap lantai dengan cara yang lama.
Aksesori Mudah Digunakan
Didatangkan dengan:
Muncung penyedut 360°  |  Vakum dan Mop  |  Penyesuai kuasa AC
Pad mikrogentian  |  Berus bersepadu
Nasihat/Langkah Berjaga-jaga
  •  Plag terus ke sumber kuasa. Jangan gunakan kabel sambungan.
  •  Produk ini tidak bertujuan untuk digunakan oleh kanak-kanak tanpa pengawasan.
  •  Peralatan ini hanya untuk KEGUNAAN DI RUMAH sahaja.
Maklumat Produk
  •  Dimensi: 79.2 x 38.4 x 16.5 cm
  •  Berat: 2.7kg
  •  Jenis bateri: Li-Ion
  •  Voltan bateri: 25V
  •  Masa pengecasan: 5 jam (cas penuh)
  •  Masa jalan:
    - 75 minit (Mod Eco)
    - 35 minit (Mod Normal)
    - 25 minit (Mod Turbo)
  •  Kapasiti habuk: 0.6L
  •  Kapasiti tangki air bersih: 0.28L (maks)
Maklumat Waranti
Waranti DUA (2) tahun terhadap kerosakan pengilangan.

Tambahan waranti MOTOR SAHAJA TIGA (3) tahun apabila anda mendaftar dengan www.philips.com.my dalam tempoh 3 bulan selepas pembelian.

MEMUDAHKAN HIDUP ANDA

Pilihan pelbagai produk yang meningkatkan kehidupan dan membawakan kesenangan ke dalam rumah anda.