Refresh Essential Oil Blend
Tanamera Logo

Campuran Minyak Pati Refresh

Terlalu tertekan di tempat kerja dan tidak dapat memberikan tumpuan? Hanya resapkan Campuran Minyak Pati Refresh Tanamera dan anda pasti kagum bagaimana minyak pati ini dapat meningkatkan daya perhatian dan kejelasan.

Minyak pati Bergamot, Limau Gedang dan Spearmint bergabung untuk menggalakkan kepekaan. Campuran Minyak Pati Refresh Tanamera dengan 3 bahan tersebut juga boleh memberikan kesan secara positif ke atas kesejahteraan emosi dan produktiviti lalu membantu menjadikan tugasan harian lebih lancar.

Campuran Minyak Pati Refresh Tanamera dirumus di United Kingdom menggunakan 100% minyak pati tulen.

Lemons
Minyak Pati Bergamot
Terkenal kerana dapat menyokong keupayaan kognitif seperti tumpuan. Ia juga digunakan untuk menggalakkan optimisme dan mengurangkan keresahan.
Grapefruit
Minyak Pati Limau Gedang
Perangsang tumpuan dan mood, ia melapangkan minda daripada perkara negatif dan meleraikan kekusutan fikiran yang mungkin membuntukan.
Spearmint
Minyak Pati Spearmint
Harumannya yang manis dan menyegarkan, mempunyai kesan yang mengimbangkan dan menaikkan semangat, bermanfaat untuk meningkatkan tumpuan, sikap positif dan optimisme serta menyahbau bau yang tidak menyenangkan.
Profil Aromatik:
Aroma pudina yang dingin
Aroma Diffuser Product

Promosi Campuran Minyak Pati Tanamera

BELI MANA-MANA 3 Campuran Minyak Pati Tanamera PWP Peresap Aroma Tanamera (Tanpa Air) pada harga RM160 | B$57.50 (bernilai RM220 | B$79).

MAKLUMAT LANJUT

CARA PENGGUNAAN
Untuk Peresap Tanpa Air:

Tanggalkan penutup botol. Masukkan botol ke dalam Peresap Aroma Tanamera.

Untuk Peresap Berasaskan Air:

Tambahkan 5 hingga 8 titis campuran minyak pati ke dalam 300ml air dalam peresap berasaskan air.


NASIHAT / LANGKAH BERJAGA-JAGA
Awas:
  • Untuk kegunaan luaran sahaja.
  • Mungkin merengsakan kulit.
  • Jangan gunakan pada kulit sebelum terdedah kepada matahari.
  • Cairkan dengan minyak asas untuk penggunaan terus.

RAMUAN
Minyak pati bergamot, minyak pati limau gedang, minyak pati spearmint.

Tanamera Essential Oils & Diffuser Tanamera Essential Oils & Diffuser Tanamera Essential Oils & Diffuser