Supercharge Essential Oil Blend
Tanamera Logo

Campuran Minyak Pati Supercharge

Tekanan boleh menjejaskan kesihatan anda namun menjaga diri anda dengan baik boleh menjadikannya lebih mudah! Segarkan minda anda dengan meresapkan Campuran Minyak Pati Supercharge Tanamera di tempat kerja mahupun di rumah.

Minyak pati Serai, Eucalyptus, Oren, Lemon dan Buah Pala bergabung untuk haruman yang menceriakan dan mencergaskan. Campuran Minyak Pati Supercharge Tanamera dengan 5 bahan tersebut dapat memberikan tenaga kepada anda, meningkatkan mood dan menceriakan hari anda.

Campuran Minyak Pati Supercharge Tanamera dirumus di United Kingdom menggunakan 100% minyak pati tulen.

Lemongrass
Minyak Pati Serai
Terkenal kerana haruman herba lemon yang dapat menaikkan semangat, ia mengatasi rasa gementar dan menghilangkan keletihan mental. Ia juga merupakan penghalau serangga semula jadi dan menyahbau bau yang kurang menyenangkan.
Eucalyptus Leaves
Minyak Pati Eucalyptus
Baunya yang dingin lagi menyegarkan menggalakkan pernafasan yang lancar serta mewujudkan suasana tenang.
Orange
Minyak Pati Oren
Ceria dan menaikkan semangat namun pada masa yang sama santai, kesannya yang menenangkan membantu mengurangkan kadar denyutan nadi. Ia juga dapat mewujudkan persekitaran yang mesra lagi menyenangkan.
Lemons
Minyak Pati Lemon
Harumannya yang menaikkan semangat mewujudkan suasana santai bagi meningkatkan mood. Haruman segar penuh semangat ini juga dapat meneutralkan bau.
Nutmeg
Minyak Pati Buah Pala
Terkenal kerana sifatnya yang menghangatkan, ia mempunyai aroma manis berempah yang menggalakkan tahap kepekaan dan tenaga.
Profil aromatik:
Aroma sitrus yang memberikan tenaga
Aroma Diffuser Product

Promosi Campuran Minyak Pati Tanamera

BELI MANA-MANA 3 Campuran Minyak Pati Tanamera PWP Peresap Aroma Tanamera (Tanpa Air) pada harga RM160 | B$57.50 (bernilai RM220 | B$79).

MAKLUMAT LANJUT

CARA PENGGUNAAN
Untuk Peresap Tanpa Air:

Tanggalkan penutup botol. Masukkan botol ke dalam Peresap Aroma Tanamera.

Untuk Peresap Berasaskan Air:

Tambahkan 5 hingga 8 titis campuran minyak pati ke dalam 300ml air dalam peresap berasaskan air.


NASIHAT / LANGKAH BERJAGA-JAGA
Awas
  • Untuk kegunaan luaran sahaja.
  • Mungkin merengsakan kulit.
  • Jangan gunakan pada kulit sebelum terdedah kepada matahari.
  • Cairkan dengan minyak asas untuk penggunaan terus.

  • RAMUAN
    Minyak pati serai, minyak pati eucalyptus, minyak pati oren, minyak pati lemon dan minyak pati buah pala

Tanamera Essential Oils & Diffuser Tanamera Essential Oils & Diffuser Tanamera Essential Oils & Diffuser