Direka bentuk untuk membantu anda berehat dan memulihkan badan anda kepada keadaan optimumnya, Kerusi Urut Gintell StarWay menampilkan teknologi urutan termaju dengan sentuhan lembut yang hampir menyerupai sentuhan manusia. Hanya duduk dan biarkan program automatiknya memicit-micit, mengetuk-ngetuk, menetak-netak dan melegakan semua kesakitan anda.
Beritahu Kerusi Urut Gintell StarWay apa yang anda inginkan – teknologi Kecerdasan Buatan (AI) termasuk kawalan suara membolehkannya mendengar (dan bercakap) untuk arahan urutan anda yang mudah.
Kerusi urut tidak perlu terlalu kaku. Kerusi Urut Gintell StarWay mempunyai 2 penggolek dengan bonjolan 12cm (tambahan 30%) untuk urutan lebih mendalam yang menumpukan pada leher, bahu dan pinggang bagi memberikan urutan bagaikan sentuhan manusia.
Tahukah anda bahawa 230° ialah sudut regangan badan yang optimum bagi melegakan sakit leher, bahu dan belakang? Sandaran 135cm XV-Track termaju dan program regangan keseluruhan badan dengan mudah meliputi punggung, pinggang, bahagian belakang bawah, bahagian belakang atas dan bahu bagi membantu anda melegakan tekanan otot dan menambah baik postur anda. Selain itu, ia menggalakkan peredaran darah yang baik dan mengurangkan tekanan mental. Pergerakan menghayun yang membahagiakan juga menenangkan seolah-olah dibuai tidur dalam pelukan ibu.
Jemu dengan program refleksologi kaki ketinggalan zaman yang tidak mengurut keseluruhan kaki anda? X-Fleksologi Kerusi Urut Gintell StarWay meliputi 100% tapak kaki bagi meningkatkan aliran darah dan oksigen ke semua organ sambil mengukuhkan sistem imun, pernafasan dan nyahtoksin.
Jika anda telah bekerja sepanjang hari menggunakan tangan, anda akan menyukai cara mampatan beg udara pada tangan dan tapak tangan yang menyasarkan titik akutekanan dengan berkesan. Gabungan sentuhan sebenar dan titik tinggi 3D memastikan urutan menjadi lancar dan amat memuaskan.
Akhir sekali, nikmati sentuhan terakhir kami
Sila simpan Resit Pesanan Penghantaran di tempat yang selamat untuk tujuan tuntutan waranti pengilangan. Resit Pesanan Penghantaran akan dikeluarkan kepada pelanggan apabila Gintell menghantar produk ke alamat anda. Jika Resit Pesanan Penghantaran tidak ditunjukkan, caj perkhidmatan selepas jualan akan dikenakan untuk alat ganti yang diperlukan dan perkhidmatan yang diberikan. Waranti Kerusi Urut Gintell StarWay hanya melindungi kerosakan pengilangan.