SANGAT MESRA ALAM UNTUK PEMBERSIHAN YANG LEBIH SELAMAT
PURSUE Pencuci Disinfektan Satu Langkah
Pencuci Disinfektan Satu Langkah PURSUE adalah penyahjangkit permukaan yang efisien, yang direka untuk menjadikan pengalaman pembersihan anda lebih mudah dan lebih menyeronokkan. Penyahjangkit ini membersih, menyahjangkit, menyahbau dan mensteril mana-mana permukaan keras hanya dalam satu langkah. Dengan campuran yang unik dan teknologinya, penyahjangkitan ini memberikan anda sanitisasi yang berkesan tanpa perlu memberus, membasuh atau mengelap selepas aplikasi. Selain itu, Pencuci Disinfektan Satu Langkah PURSUE juga melindungi daripada kuman di rumah dan bakteria penyebab bau, dan mengawal kulat dan kulapuk di bilik mandi.
MEMBERSIH, MENYAHJANGKIT, MENYAHBAU DALAM SATU LANGKAH
Pencuci Disinfektan Satu Langkah PURSUE membersih dan menyahjangkit berbagai permukaan keras di seluruh rumah anda dan memberikan anda sanitasi satu langkah tanpa perlu membilas atau mengelap. Pencuci Disinfektan Satu Langkah PURSUE yang tidak meninggalkan sisa atau kesan ini selamat untuk anda dan keluarga.
DISINFEKTAN PELBAGAI GUNA - MENCEGAH KULAPUK DAN KULAT
Pencuci Disinfektan Satu Langkah PURSUE ialah penyahjangkit pelbagai guna - bertindak sebagai penyakjangkitan, pembersih, pensanitasi, racun fungus, racun kulat, virusid dan penyahbau untuk kegunaan rumah, hospital, institusi dan industri. Anda boleh membersih dan mensteril permukaan keras dengan cepat hanya dengan satu langkah, senang dan mudah.
Cara Mengguna
  • Dos yang disyorkan: 1-2 auns setiap satu gelen air. Tuangkan larutan pada permukaan yang tidak berliang dan keras.
  • Litupi seluruh permukaan dengan kain, mop, span, penyembur, atau dengan perendaman. Permukaan yang dirawat mesti kekal basah selama sepuluh minit, kemudian dilap kering dengan kain, span atau mop. Biarkan permukaan dikeringudarakan untuk beberapa minit lagi.
  • Bagi kawasan yang sangat kotor, pembersihan awal adalah disyorkan.
  • Nasihat/Langkah Keselamatan
  • Produk ini menghakis, kendalikan dengan baik.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Tutup penutup dengan ketat selepas digunakan.
    Tarikh Pengeluaran/Luput
    Jangka hayat produk ini adalah tiga tahun dari tarikh pengeluaran. Tarikh pengeluaran dicetak pada bungkusan produk.
    Kandungan
    1L
    Bahan-bahan
    Octyl Decyl Dimethyl Ammonium Chloride, Dioctyl Dimethyl Ammonium Chloride, Didecyl Dimethyl Ammonium Chloride, Alkyl Dimethyl Benzyl Ammonium Chloride.
    Penafian/Nasihat Undang-undang
  • Produk ini tidak bertujuan untuk pencegahan dan rawatan penyakit.
  • Produk ini telah diimport mengikut peraturan tempatan.
  • KEHIDUPAN YANG SIHAT BERMULA DENGAN KEDIAMAN YANG BERSIH

    Amway Home memberikan cara pembersihan yang lebih sihat dan lebih selamat dengan produk mesra alam dan mesra bio. Pastikan rumah anda bersih dan selamat dengan penyelesaian pembersihan pekat yang diperbuat daripada bahan semula jadi, selamat dan berkesan ini.