Nutrilite Iron Folic adalah suplemen pemakanan dalam bentuk tablet yang membekalkan sumber asid folik dan zat besi. Nutrien ini membantu menyokong pembentukan sel darah merah. Setiap tablet Nutrilite Iron Folic mengandungi 0.133 mg asid folik dan 10 mg ferus fumarat serta ferus glukonat, dua bentuk zat besi yang mudah diterima oleh badan.
MANFAAT NUTRILITE IRON FOLIC
Nutrilite Iron Folic membekalkan jumlah zat besi dan asid folik yang diperlukan tubuh anda setiap hari. Ia juga mengandungi Nutrilite Spinach Concentrate dan sebatian fitonutrien daripada tumbuhan untuk manfaat nutrisi tambahan.
Cara Mengguna
Ambil satu atau dua tablet dengan sajian.
Maksimum dua tablet sehari.
Nasihat/Langkah Keselamatan
Wanita hamil dan menyusui harus minta nasihat doktor sebelum mengguna.
Dos tinggi boleh menyebabkan rasa mual, muntah, sembelit atau cirit-birit.
Ikuti arahan penggunaan yang disyorkan.
Jauhkan daripada kanak-kanak.
Penyimpanan
Tutup penutup dengan ketat dan simpan dalam peti sejuk selepas dibuka.