AMWAY Pencuci Kereta
AMWAY Car Wash menanggalkan kotoran dari badan mana-mana kenderaan. Kuat namun lembut, ia tidak akan merosakkan atau menanggalkan kilatan atau lilin pelindung kereta anda. AMWAY Car Wash adalah pekat, mudah dan menjimatkan - anda hanya memerlukan 5ml dalam empat liter air untuk pembersihan yang berkesan untuk menanggalkan lapisan gris dan kotoran. Ahli ekologi boleh berasa lega menggunakan produk ini kerana ia bebas fosfat dan diperbuat daripada surfaktan terbiodegradasi. Menjimatkan, mesra alam dan berkesan,AMWAY Car Wash adalah pencuci kereta yang mesti ada untuk kenderaan yang bersih dan diselenggarakan dengan baik.
PEMBERSIHAN LEBIH EFEKTIF UNTUK KERETA BERSIH & DISELENGGARA DENGAN BAIK
Diperbuat daripada surfaktan teriodegradasi dan bebas fosfat, AMWAY Car Wash memastikan kereta anda bersih dan bebas gris dan kotoran di samping memelihara alam sekitar.
PEMBERSIHAN YANG MENJIMATKAN & MESRA ALAM
AMWAY Car Wash sememangnya serba boleh ke atas mana-mana kenderaan seperti kereta, motosikal, bot, kenderaan rekreasi dan karavan, tanpa merosakkan kemasan atau permukaan kereta anda. Sebagai pencuci yang sangat menjimatkan dan mesra alam, 5ml AMWAY Car Wash dalam empat liter air memberikan sehingga 200 cucian dengan. AMWAY Car Wash juga sesuai untuk mencuci bumbung vinil, tayar, penutup roda, krom, dan trim getah.
Cara Mengguna
  • Campurkan 5ml (1/4 penutup penuh) Pencuci Kereta AMWAY ke dalam baldi berisi 4 liter air. Gunakan air lembut jika ada.
  • Dengan menggunakan span atau kain, cuci kereta dengan teliti.
  • Bilas dengan air bersih dan keringkan dengan tuala yang bersih atau kulit chamois.
  • Nasihat/Langkah Berjaga-jaga
  • Pencuci Kereta AMWAY bukan untuk kegunaan bahagian dalam kereta.
  • Mengandungi Natrium Perkarbonat.
  • Jauhkan daripada kanak-kanak.
  • Penyimpanan
    Ketatkan penutup selepas guna.
    Tarikh Pengeluaran/Luput
    Jangka hayat produk ini adalah tiga tahun dari tarikh pengeluaran. Tarikh pengeluaran tertera pada bungkusan produk.
    Kandungan
    1L
    Bahan-bahan
    Sodium Lauryl Eter Sulfat, Coconut Diethanolamide.
    Penafian/Nasihat Undang-undang
  • Produk ini tidak bertujuan untuk pencegahan dan rawatan penyakit.
  • Produk ini telah diimport mengikut peraturan tempatan.
  • KEHIDUPAN YANG SIHAT BERMULA DENGAN KEDIAMAN YANG BERSIH

    Amway Home memberikan cara pembersihan yang lebih sihat dan lebih selamat dengan produk mesra alam dan mesra bio. Pastikan rumah anda bersih dan selamat dengan penyelesaian pembersihan pekat yang diperbuat daripada bahan semula jadi, selamat dan berkesan ini.