Racun Serangga Target CK

Racun serangga aerosol yang dirumus dengan piretroid sintetik. Cepat bertindak dan terbukti berkesan untuk membunuh serangga merayap seperti semut dan lipas. Ia meninggalkan satu lapisan nipis pada permukaan yang disembur dan membunuh serangga yang merayap di kawasan tersebut. Kekal berkesan sehingga satu bulan pada permukaan yang telah disembur. Tidak meninggalkan bau yang kurang menyenangkan.

Cara Mengguna
  • Sembur di sepanjang sudut dan tepi lantai dan dinding (tempat serangga merayap)
  • Sembur di celah-celah tempat di mana lipas, semut dan sebagainya cenderung bersembunyi.
  • Sembur di sekitar kawasan longkang untuk mengelakkan serangga merayap masuk ke dalam rumah.
Nasihat/Langkah Berjaga-jaga
  • Elakkan daripada terkena kulit dan mata.
  • Elakkan daripada menyedut wap semburan racun. 
  • Jauhkan dari sumber api atau haba. 
  • Jangan sembur pada manusia, makanan, alatan dapur dan bahan plastik.
Penyimpanan
Jangan dedahkan pada suhu melebihi 50°C (122°F), seperti di dalam kereta, berdekatan dapur gas atau api.
Kandungan
650ml
Pihak Berkuasa Regulatori yang Berkenaan dan Butiran untuk Dihubungi
Pusat Racun Negara
1800-88-8099 (Waktu Pejabat)
012-4309499 (Selepas Waktu Pejabat)
Negara Asal
Malaysia

MEMUDAHKAN HIDUP ANDA

Pilihan pelbagai produk yang meningkatkan kehidupan dan membawakan kesenangan ke dalam rumah anda.