NOTIS PRIVASI AMWAY UNTUK PELANGGAN ISTIMEWA AMWAY (APC)

Notis Privasi ini menjelaskan cara Amway Malaysia Sdn. Bhd. (No. 28, Jalan 223, 46100 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia), dan Amway International Inc. (“AII”) (7575 Fulton Street East, Ada, Michigan 49355, Amerika Syarikat) (bersama, “Amway atau “kami” atau “kita”) menggunakan data peribadi yang dikumpul atau diterima daripada para Pemilik Perniagaan Amway (“APC” atau “anda”). Notis ini menjelaskan cara kami mengumpul atau menerima data peribadi anda, jenis data peribadi yang kami proses, cara kami menggunakan, berkongsi dan melindungi data ini, tempoh kami menyimpan data ini, hak anda berhubung pemprosesan data peribadi anda dan cara anda boleh menghubungi kami mengenai amalan privasi kami. Kami bertindak sebagai pengawal bersama berhubung data peribadi anda.


Cara Kami Mengumpul dan Menerima Data Peribadi daripada Anda

Apabila kami meminta anda memberikan kepada kami data peribadi anda, kami akan menyatakan sama ada penyediaan data peribadi itu adalah syarat statutori atau kontraktual atau syarat yang diperlukan untuk mengikat dan/atau memudahkan sesebuah kontrak, serta sama ada anda bertanggungjawab menyediakan data peribadi dan kemungkinan akibat kegagalan menyediakan data peribadi itu.

Amway mengumpul dan menerima data peribadi daripada APC dalam pelbagai cara, seperti:

Pendaftaran. Amway mengumpul data peribadi anda melalui borang pendaftaran yang anda telah lengkapkan dan hantar kepada kami dalam bentuk kertas atau secara elektronik melalui laman web Amway (“Laman Web”) untuk menjadi APC.

Log masuk sebagai APC. Kami mengumpul data peribadi anda yang anda berikan kepada kami apabila menggunakan Laman Web jika anda telah log masuk ke Laman Web sebagai APC. Sebagai contoh, kami mengumpul data peribadi anda semasa anda membeli produk atau perkhidmatan.

Menghubungi Kami. Apabila anda menghubungi kami melalui pelbagai saluran komunikasi yang disediakan di halaman web “Hubungi Kami” Laman Web, kami mengumpul data peribadi dan maklumat lain yang anda sediakan. Contoh data peribadi berkenaan termasuk alamat e-mel, nombor telefon atau borang dalam talian Amway.


Jenis Data Peribadi yang Kami Proses

Kami memproses data peribadi berikut yang berkaitan dengan anda jika anda mendaftar sebagai APC secara langsung dengan Amway:

Maklumat perhubungan (mis., nama, alamat surat-menyurat atau e-mel, pengendali media sosial, nombor faks dan telefon);
Tarikh lahir;
Maklumat log masuk termasuk nama pengguna, ID Amway dan kata laluan; dan
Maklumat pembayaran (mis., nombor akaun bank, kad debit atau kredit, pembekal perkhidmatan pembayaran);
Pilihan produk, tabiat pembelian, sejarah pembelian dan tingkah laku berbelanja; dan
Pilihan komunikasi.


Selain itu, kami mengumpul butiran kenalan anda seperti nama, alamat e-mel, alamat, nombor telefon, dan/atau nombor faks anda apabila anda berkomunikasi dengan kami melalui pelbagai saluran komunikasi. Anda juga boleh secara sukarela menyediakan data peribadi lain berhubung pertanyaan atau ulasan anda. Walau bagaimanapun, kami menggalakkan anda agar tidak menyediakan data peribadi berkaitan anda selain yang diperlukan supaya kami dapat memberikan respons yang sesuai dengan pertanyaan dan ulasan anda.

Kami boleh memproses data peribadi lain dalam keadaan luar biasa sahaja. Jika kami perlu memproses jenis data peribadi yang lain mengenai anda, kami akan memastikan anda dimaklumkan berhubung pemprosesan data peribadi berkenaan dan mempunyai asas undang-undang yang sah untuk berbuat demikain (mis., kebenaran anda).


Cara Kami Menggunakan Data Peribadi yang Kami Kumpul

Kami hanya memproses data peribadi anda setakat yang diperlukan:

(i)

Untuk pelaksanaan perjanjian dengan kami atau untuk mengambil langkah-langkah atas permintaan anda sebelum mengikat perjanjian dengan kami, termasuk untuk:

Mengurus hubungan anda dengan kami sebagai APC dari awal pendaftaran dan sepanjang masa anda sebagai APC;
Mencipta dan mengurus akaun dalam talian anda
Menangani ulasan atau pertanyaan anda;
Memproses pesanan produk atau perkhidmatan anda;
Memenuhi kewajipan kami untuk menyediakan sokongan kepada anda;
Berkomunikasi dengan anda;
Berhubung dengan ABO jika anda memilih untuk berhubung dengan ABO (termasuk memberikan nama, alamat, nombot telefon atau alamat e-mel, pembelian, dan sejarah pembelian anda kepada ABO anda);
Melaksanakan aktiviti perakaunan, pengauditan, bil dan kutipan; dan
Menguatkuasakan terma dan syarat kontraktual.


(ii)

Untuk mematuhi tanggungjawab undang-undang kami, termasuk untuk:

Mematuhi undang-undang yang menghendaki kami menyimpan rekod; dan
Mematuhi mana-mana undang-undang lain yang terpakai kepada kami.


(iii)

Untuk tujuan kepentingan sah kami, termasuk untuk:

Mengendali, menilai dan menambah baik produk, perniagaan dan perkhidmatan kami, termasuk dengan:
- Menjejaki dan menganalisis penggunaan produk, bahan, dan/atau perkhidmatan oleh anda;
- Menyahkenal pasti data peribadi anda untuk melaksanakan analisis ke atas maklumat yang tidak mengenali anda; dan
- Membangunkan produk dan perkhidmatan baru;
Mengesan, mendokumen dan menilai penyertaan dalam latihan, mesyuarat dan acara Amway;
Mencegah dan melindungi anda, kami dan orang lain daripada penipuan, urus niaga tanpa kebenaran, tuntutan dan tanggungan lain;
Memastikan pematuhan dasar syarikat dan standard industri; dan
Memproses data peribadi untuk tujuaan pentadbiran dalaman.


Apabila kami memproses data peribadi anda untuk tujuan ini, kami telah telah mengimbangi dengan teliti kepentingan organisasi kami terhadap hak perlindungan data anda. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi kami di PrivacyOffice@amway.com


Cara Kami Berkongsi Data Peribadi

Amway tidak menjual, menyewa atau mendagangkan data peribadi anda. Kami berkongsi data anda sesama kami sebagai pengawal bersama dan dengan:

Entiti berkaitan yang mengendalikan perniagaan jualan langsung di seluruh dunia di bawah nama syarikat Amway, kepada sesesiapa yang semunasabahnya perlu atau dikehendaki agar Amway mendedahkan data peribadi;
ABO anda (Jika anda memilih untuk berhubung dengan ABO), untuk mengikuti komunikasi berhubung produk, perkhidmatan dan pesanan berkaitan perniagaan Amway
Pembekal penyelesaian infrastruktur atau platform atau perisian sebagai perkhidmatan, perkhidmatan pembangunan perisian, perkhidmatan penyelenggaraan sistem maklumat atau perkhidmatan pemasaran;
Pembekal logistik;
Pembekal perkhidmatan urus niaga kewangan; dan
Pihak berkuasa kerajaan atau pihak ketiga lain, jika dikehendaki atau sebaliknya dibenarkan oleh undang-undang atau secara munasabah perlu untuk melindungi hak, kepentingan undang-undang, harta atau keselamatan anda, orang lain atau kami sendiri.


Pemindahan Data Antarabangsa

Kami memindahkan data peribadi yang kami kumpul mengenai anda kepada entiti dalam organisasi Amway serta pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang memproses data peribadi bagi pihak kami. Sesetengah syarikat dan pembekal perkhidmatan berkenaan berada di negara selain daripada negara yang data berkenaan pada asalnya dikumpul. Undang-undang di negara berkenaan mungkin tidak mempunyai tahap perlindungan data yang sama dengan negara di mana anda mula-mula memberikan data itu. Apabila kami memindahkan data peribadi anda ke negara lain, kami akan melindungi data berkenaan sebagaimana dijelaskan dalam Notis Privasi ini dan berdasarkan undang-undang yang terpakai

Untuk data peribadi yang berasal daripada EEA yang dipindahkan ke negara yang tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Eropah kerana memberikan tahap perlindungan data yang mencukupi, kami telah menyediakan perlindungan kontrak (berdasarkan Klausa Kontraktual Standard Suruhanjaya Eropah untuk pemindahan data di luar EEA) atau bergantung pada mekanisme perundangan yang setara bagi memastikan data peribadi anda kekal dilindungi. Untuk maklumat lanjut berhubung perlindungan yang telah kami sediakan untuk melindungi data peribadi anda semasa dipindahkan ke luar EEA (termasuk cara untuk mendapatkan salinan atau merujuk perlindungan ini), sila hubungi kami di PrivacyOffice@amway.com


Cara Kami Melindungi Data Peribadi

Kami menyelenggara perlindungan keselamatan teknikal dan organisasi bersesuaian yang direka bentuk untuk melindungi data peribadi yang kami proses daripada kemusnahan, kehilangan, pindaan, akses, pendedahan atau penggunaan yang tidak disengajakan, menyalahi undang-undang atau tidak dibenarkan.


Tempoh Kami Menyimpan Data Peribadi

Kami menyimpan data peribadi selama mana difikirkan perlu untuk memenuhi tujuan kami mengumpul data (lihat atas di bawah “Cara Kami Menggunakan Data Peribadi yang Kami Kumpul”), kecuali jika dikehendaki atau sebaliknya dibenarkan oleh undang-undang. Sila hubungi kami menggunakan butiran perhubungan kami yang disediakan di bawah jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung amalan penyimpanan data kami.


Kemas kini Dasar Privasi Ini

Amway boleh mengemas kini Notis Privasi dari semasa ke semasa. Kami akan memaklumkan anda sebarang pindaan penting kepada Notis Privasi ini di laman web Amway yang berkenaan, dalam penerbitan rasmi Amway, atau melalui saluran komunikasi lain yang bersesuaian. Semua perubahan akan berkuat kuasa mulai tarikh penerbitan, melainkan sebaliknya disediakan dalam pemberitahuan.


Hak Anda

Tertakluk kepada peruntukan perundangan yang relevan, anda mempunyai hak perlindungan data berikut:

Hak untuk mengakse
Anda berhak untuk memperoleh pengesahan sama ada data peribadi anda diproses atau tidak dan dalam hal ini, akses kepada data peribadi tersebut. Anda juga berhak untuk meminta kami sesalinan data peribadi anda.

Hak untuk pembetulan
Anda berhak untuk meminta kami membetulkan data peribadi anda yang anda fikir tidak tepat. Anda juga berhak untuk meminta kami melengkapkan data yang anda fikir tidak lengkap. Hak ini sentiasa terpakai.

Hak untuk memadam
Ini juga dikenali sebagai ‘hak untuk dilupakan’ dan dalam erti kata mudah, membolehkan anda meminta pemadaman atau pengalihan keluar data anda jika tiada alasan yang mendesak bagi kami terus menggunakan data tersebut. Ini bukanlah satu hak umum untuk pemadaman; terdapat pengecualian, mis. jika kami mempunyai tanggungjawab undang-undang untuk menyimpan data anda.

Hak untuk mengehadkan pemprosesan
Anda berhak untuk meminta kami mengehadkan pemprosesan data peribadi anda dalam keadaan tertentu.

Hak untuk kemudahalihan data
Hak ini hanya terpakai kepada data peribadi yang anda telah berikan kepada kami. Anda berhak untuk meminta agar kami memindahkan data yang anda berikan kepada kami kepada organisasi lain atau memberikan data itu kepada anda.

Hak untuk menarik balik kebenaran
Jika anda telah memberikan kebenaran kepada kami untuk memproses data peribadi anda, anda berhak untuk menarik balik kebenaran anda pada bila-bila masa. Ini tidak akan mempengaruhi kesahihan pemprosesan tersebut yang telah dilaksanakan berdasarkan persetujuan anda sebelum penarikan balik.

Hak untuk membantah
Apabila kami memproses data peribadi anda untuk tujuan melaksanakan kepentingan kami yang sah, anda berhak untuk membantah pemprosesan sedemikian pada bila-bila masa. Jika anda membantah, kami akan menghentikan pemprosesan melainkan kami mempunyai alasan yang kukuh dan sah untuk terus menggunakan data anda.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai mana-mana hak ini, sila hubungi kami di PrivacyOffice@amway.com

Hak untuk membuat aduan
Jika anda mempunyai masalah mengenai cara kami mengendalikan atau memproses data peribadi anda, sila hubungi Pejabat Privasi (butiran perhubungan di bawah) yang akan menyiasat perkara ini dan melaporkan kembali kepada anda. Jika anda masih tidak berpuas hati dengan maklum balas kami, bergantung pada undang-undang di negara yang anda tinggal atau bekerja, anda mungkin berhak untuk mengadu kepada pengawal selia perlindungan data.


Cara untuk Menghubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Notis Privasi ini, jika anda ingin mengemas kini maklumat yang kami ada mengenai anda, atau jika anda ingin melaksanakan hak perlindungan data anda, anda boleh hubungi syarikat gabungan tempatan anda melalui melalui e-mel ke mysales@amway.com atau melalui surat ke:

Amway Malaysia Sdn Bhd
Attn: Business Conduct & Rules Department
28, Jalan 223,
46100 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.


atau anda boleh menghubungi Evy Loh di privacyoffice@amway.com