Minuman Protein Soya Nutrilite - Beri Campuran | Amway Malaysia

Tidak. Malah, ia akan membantu anda jika anda sedang berdiet. Asid amino dalam protein dapat menstabilkan paras gula darah anda. Ini penting kerana serbuk itu menghalang anda daripada mengidamkan makanan bila paras gula darah turun. Jika diet anda telalu tinggi kandungan karbohidrat, paras gula darah naik turun. Mulanya anda bertenaga dan rasa kenyang, kemudian menjadi lapar pula. Tambahan lagi, jika anda sedang berdiet, satu hidangan Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite (Perisa Beri Campuran) memberikan anda hanya 95 kalori, yang mana lebih baik berbanding mendapatkan protein dari sajian berat, yang mana mungkin mengandungi beratus-ratus kalori.

Protein agak stabil walaupun dengan kehadiran haba. Kita memasak telur dan daging, yang juga makanan tinggi protein dan tidak ada nilai pemakanan yang hilang. Memasak protein dengan makanan lain juga tidak akan mengakibatkan kehilangan nilai pemakanannya.

Ya, semuanya bergantung pada berapa banyak protein yang anda mahu dalam diet anda. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa kesihatan sangat mengesyorkan pengurangan lemak, yang bererti mengurangkan makanan protein yang juga mengandungi banyak lemak, contoh, daging dan telur. Nutrilite Protein Drink Mix adalah satu cara untuk mendapatkan protein berkualiti tinggi dengan lemak minimum dan tanpa kolesterol.

Bayi harus berumur sekurang-kurangnya satu tahun sebelum boleh mengambil Nutrilite Protein Powder. Bagi kanak-kanak, sebaik-baiknya dihadkan Nutrilite Protein Powder kepada satu hidangan sehari. Bayi tidak memerlukan protein tambahan ketika disusui kerana dia mendapat banyak protein dari susu ibu. Jika seorang anak mendapat terlalu banyak protein pada awal usia, kemungkin berlaku lebih bebanan pada ginjal dan menyebabkan penyahhidratan. Jika kanak-kanak sihat berusia setahun ke atas mengambil sekurang-kurangnya tiga sajian sehari yang mengandungi daging, ikan, ayam itik, telur atau produk tenusu, protein tambahan adalah tidak perlu. Tetapi jika seseorang anak kurang atau tidak mengambil produk haiwan, satu hidangan Protein Powder adalah disyorkan.

Tiada kesan sampingan yang diketahui dengan pengambilan produk ini. Ketidakselesaan usus mungkin berlaku kepada orang yang tidak mudah mencerna produk protein. Walaupun jarang, tindak balas alahan juga salah satu kemungkinan.

Produk ini boleh diambil dengan suplemen dietari yang lain selagi penggunaan yang disyorkan bagi setiap produk dipatuhi dengan teliti.

Walaupun produk ini tidak diuji untuk sebarang tindak balas dengan ubat preskripsi, kemungkinan terdapatnya tindak balas dengan asingan protein tidak boleh diketepikan. Sila hubungi doktor untuk nasihat lanjut.

Tidak. Ciri-ciri deria seperti perisa, bau, dan tekstur tidak dijamin selepas tarikh luput.

Gout disebabkan oleh terlalu banyak timbunan asid urik dalam tubuh. Asid urik datang dari penguraian bahan dinamakan purina, yang terdapat dalam tisu tubuh. Semua sumber protein dietari mengandungi sejumlah purina. Makanan tinggi purina termasuk daging, ikan, makanan laut, ayam itik, paru, ginjal, hati, otak, dan sayur-sayuran seperti asparagus, kubis bunga, cendawan, bayam dan kekacang kering (lentil dan pis).

Walaupun Nutrilite Protein Powder rendah paras purina (satu hidangan Nutrilite All Plant Protein Powder mengandungi kurang daripada 15 mg purina. Satu hidangan Nutrilite Mixed Berries/Chocolate/Green Tea mengandungi kurang daripada 20 mg purina), adalah dinasihat bagi sesiapa yang ada gout supaya mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil produk ini.

Apakah yang menyebabkan Gout?
Biasanya, asid urik di dalam tubuh larut dalam darah. Ia lalu menerusi ginjal dan keluar dari tubuh melalui air kencing. Tetapi asid urik boleh bertimbun di dalam darah bila:

  • Tubuh meningkatkan jumlah asid urik yang dihasilkannya.
  • Ginjal tidak menyingkirkan asid urik yang cukup.
  • Seseorang yang makan terlalu banyak makanan tinggi purina.
    Paras asid urik yang tinggi di dalam darah menyebabkan hiperurisemia. Kebanyakan orang yang mengalami hiperurisemia mungkin tidak akan mendapat gout. Tetapi jika kristal asid urik berlebihan terbentuk di dalam tubuh, gout boleh berlaku.

    Apakah yang boleh dilakukan oleh pengidap gout supaya kekal sihat?
    Sesetengah perkara yang anda boleh lakukan untuk kekal sihat ialah:
  • Ambil ubat yang doktor beri seperti diarahkan.
  • Beritahu doktor semua ubat dan vitamin yang anda ambil.
  • Rancang lawatan susulan dengan doktor anda.
  • Kekalkan diet sihat dan seimbang. Elak makanan tinggi purina dan minum banyak air.
  • Kerap bersenam dan kekalkan berat badan yang sihat.

Garis panduan terapeutik bagi mereka dengan masalah ginjal biasanya termasuk pembatasan protein. Walau bagaimanapun, bagi orang yang sihat, tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan protein yang tinggi boleh menjejaskan ginjal.

Untuk orang yang sihat, kajian saintifik kolektif menunjukkan paras dietari protein soya tidak secara nyata menjejaskan paras hormon lelaki. Soya mengandungi isoflavon yang merupakan “fitoestrogen” dan mempunyai beberapa persamaan dengan estrogen tetapi ia bertindak secara berbeza berbanding hormon estrogen di dalam tubuh. Tidak ada kajian ke atas manusia pada masa ini yang menunjukkan bahawa pengambilan soya boleh mengubah paras testosteron, bilangan atau kualiti sperma mahupun anatomi zakar lelaki. Pengambilan 40-70 mg/hari isoflavon soya dalam 2-4 hidangan makanan berasaskan soya tidak didapati boleh menjejaskan paras testosteron atau estrogen lelaki dan wanita.

Asingan protein soya adalah 90% protein, pekatan protein soya adalah 70% protein, dan tepung soya adalah 50% protein.

Ia bergantung pada jenis produk. Jika anda makan kacang soya atau pengganti protein soya bertekstur yang mengandungi gula soya, anda mungkin akan perasan kesannya sama seperti makan kacang yang lain. Walau bagaimanapun, kebanyakan asingan protein soya secara dasarnya adalah protein, dengan gula yang sangat sedikit, oleh itu ia tidak harus menyebabkan masalah sedemikian.

Pilihan untuk menggunakan bahan-bahan yang dikekalkan identitinya (IP) di mana yang mungkin. Ini bererti bahan-bahan tersebut diperoleh daripada sumber bukan GMO dan langkah ketat dikenakan untuk menghalang pencemaran GMO dalam semua peringkat proses.

Realitinya tidak mungkin Nutrilite atau mana-mana pembekal boleh menjamin soya 100% bebas GMO atau sebarang bahan lain disebabkan faktor-faktor seperti pendebungaan silang, pencemaran silang oleh haiwan liar, sisa dari peralatan pemprosesan dan kendalian atau dari kenderaan pengangkutan tercemar dengan bahan GMO. Untuk memerangi isu-isu ini, pendirian proaktif dalam menjamin kualiti bahan-bahan diutamakan menerusi program NUTRICERT yang mana termasuk meminimumkan perubahan genetik menerusi keperluan zon penampan dan amalan perladangan lestari lain yang secara khusus mengekalkan integriti bahan genetik asal dalam tumbuhan kami.

Nutrilite Protein Powder membekalkan protein berkualiti tinggi, yang bererti ia mengandungi jumlah kesemua asid amino yang mencukupi dalam bentuk yang tubuh anda boleh gunakan dengan protein dietari yang lain untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikan tisu.

Semua produk Nutrilite Protein Powder membekalkan 8 g -10 g protein berkualiti tinggi. Walaupun ada perbezaan dalam asid amino individu, kualiti keseluruhan asid amino adalah serupa. Terdapat beberapa sebab perbezaan ini.

  • Jumlah asid amino individu mungkin berbeza disebabkan (1) sumber protein berbeza dan/atau (2) jumlah protein yang dibekalkan oleh produk adalah berbeza sedikit.
  • Jumlah asid amino individu juga berbeza dari ujian ke ujian. Malah, bilangannya boleh berbeza sehingga 30%. Ini disebabkan perbezaan semula jadi di dalam produk itu sendiri dan juga perbezaan analitik yang dikaitkan dengan kaedah ujian.
  • Disebabkan perbezaan ini, profil asid amino individu untuk produk protein yang diberi adalah hanya sebagai panduan dan bukan benar-benar 100% angka yang tepat.

Kualiti deria produk ini boleh terjejas dengan keadaan persekitaran seperti pendedahan kepada haba, udara, dan lembapan. Pendedahan kepada keadaan ini tidak dijangka menjejaskan kandungan nutrien. Walau bagaimanapun, adalah disyorkan produk ini disimpan di tempat yang sejuk dan kering untuk memaksimumkan kualiti produk.

Semua produk Nutrilite, yang dikelaskan sebagai makanan kesihatan dan dijual di Malaysia, adalah didaftar dengan Jabatan Kawalan Dadah dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan membawa nombor kelulusan KKM pada labelnya (contoh, MAL12345678).

Yakinlah bahawa AMWAY komited dalam mematuhi keperluan yang ditetapkan dan menghormati isu-isu keagamaan semua negara di mana kami memasarkan produk, terutamanya keperluan unik komuniti Muslim.

Kami memberi anda jaminan kami bahawa produk yang pada masa ini didapati melalui AMWAY (Malaysia) Sdn Bhd tidak mengandungi bahan-bahan yang berasal daripada sumber yang tidak Halal atau terbitannya.

Kami berbesar hati menyatakan bahawa produk-produk dengan nama jenama Nutrilite dalam rangkaian Pemakanan & Kesejahteraan yang dijual oleh AMWAY (Malaysia) Sdn Bhd adalah disahkan Halal oleh Majlis Makanan dan Pemakanan Islam Amerika (IFANCA). Pengilang kontrak AMWAY untuk produk-produk gel lembut Nutrilite, RP Scherer, juga mempunyai sijil Halal dari IFANCA.

Tambahan lagi, gelatin lembu yang diguna dalam produk gel lembut kami juga adalah disahkan Halal.

Ya, boleh.

Produk Nutrilite adalah satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang menanam, memetik dan memproses tumbuhan di ladang mereka sendiri yang disahkan organik. Dakwaan ini disahkan berdasarkan kajiselidik oleh Euromonitor International. Teknik perladangan organik adalah disahkan oleh badan-badan bebas seperti yang ditunjukkan di bawah:

Ladang Brazil
Pensijilan oleh IBD (Instituto Biodinamico), Brazil
Disahkan organik dan mematuhi standard IBD yang bersamaan dengan standard ECC2092/91 dan IFOAM .

Ladang El-Petacal, Mexico
Pensijilan oleh Oregon Tilth Certified Organic (OTCO), Kelas O (Ditanam Secara Organik).

Trout Lake, Missouri
Pensijilan oleh Jabatan Pertanian Washington - menurut Program Organik Nasional Tajuk 7CFR Bahagian 205.

Sembelit boleh berlaku disebabkan kurang serat atau kekurangan pengambilan air. Adalah penting untuk makan sekurang-kurang empat hingga lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap harian untuk memastikan pengambilan serat yang mencukupi. Anda boleh ambil Nutrilite Concentrated Fruits and Vegetables atau Nutri Fibre Blend, yang mengandungi kedua-dua serat larut dan tidak larut untuk menambah diet anda.

5 bintang
0
4 bintang
0
3 bintang
0
2 bintang
0
1 bintang
0
    {{ review.headline }}

    oleh {{ review.alias }} pada
    oleh Tanpa Nama pada
     {{ review.date | formatDate('MM/DD/YYYY') }}

    {{ review.comment }}

    Tulis Ulasan

    Ulasan Anda

    {{product.name}}

    Penarafan Keseluruhan
    {{ review.message.rating.message }}
    Ulas Tajuk Utama
    {{ review.message.headline.message }}
    Komen
    {{ review.message.comment.message }}
    Terima kasih!

    Terima kasih atas Ulasan anda.

    WE ALSO SUGGEST

    added to your ditto
    1 item added to 3 DITTO lists
    Create a new ditto schedule
    Ditto name
    order recipient
    Search Contacts | (0)Total
    Create a new ditto schedule
    Go Back to Previous Screen
    QUICKFIND:
    NAME
    TYPE
    ID NUMBER
    Andrew Allen
    IBO
    123124124124
    Andrew Hackman
    IBO
    123124124124
    Andrew Frisch
    IBO
    123124124124
    SELECT CUSTOMERS/IBO:
    NAME
    TYPE
    ID NUMBER
    IBO
    1231241241
    IBO
    1231241241
    IBO
    1231241241
    IBO
    1231241241
    IBO
    1231241241
    IBO
    1231241241
    IBO
    1231241241
    RECIPIENT LIST: (5)Total
    Aaron Ackerman
    Aaron Ackerman
    Aaron Ackerman
    Aaron Ackerman
    Aaron Ackerman
    Aaron Ackerman
    Status Inventori
    Status inventori mungkin berubah pada masa pembayaran disebabkan turun naik waktu nyata.