{{ product.aboPriceValue | formattedPrice }} Harga ABO/APC
Harga Runcit: {{ product.retailPrice | formattedPrice }}GAMBARAN KESELURUHAN PRODUK
Acara & Promosi
Soalan Lazim
Produk G&H menggunakan bahan-bahan terbitan sayuran yang diinspirasikan daripada alam semula jadi bila-bila mungkin, termasuk adunan botani unik di dalam setiap koleksi. Gliserin yang digunakan di dalam produk G&H adalah terbitan tumbuhan.
Ya. Kami menggunakan berbilang teknologi yang eksklusif, termasuk pengawal bau dalam koleksi G&H Protect+™, dan terdapat dua paten Amway yang dikaitkan dengan produk G&H, serta satu lagi sedang menunggu kelulusan.
- Paten
Produk G&H memanfaatkan paten kelembutan dan dua paten pelembapan (satu paten menunggu kelulusan). - Haruman
Madu Bunga Oren dan semua haruman G&H adalah eksklusif untuk koleksi kami.
Tidak, koleksi G&H pada masa ini tidak mengandungi sebarang produk dengan pelindung matahari. Jika anda mencari pelindung matahari untuk wajah, tanyakan tentang koleksi penjagaan kulit ARTISTRY, yang mengandungi beberapa pilihan.
Ujian klinikal telah dilakukan untuk menyokong dakwaan keselamatan bagi semua produk.
Ya. Terutamanya, pembersih cecair kami adalah bebas sulfat. Meskipun banyak produk yang sama di pasaran mengandungi kimia ini, pembersih G&H telah dirumus untuk menyingkirkan sulfat di samping mengekalkan keberkesanan.
Tidak. Semua produk G&H diharumkan sedikit haruman dengan haruman eksklusif kami, yang direka untuk menarik minat lelaki dan wanita.
Tidak ada bahan haiwan di dalam mana-mana produk G&H. Walau bagaimanapun, Madu Bunga Oren di dalam koleksi G&H Nourish+™ datang dari lebah, dan kerana itu dianggap terbitan haiwan. Setahu kami, tidak ada lebah yang dibahayakan.
Tidak ada produk G&H yang diuji ke atas haiwan.
Tidak ada bahan terbitan gandum yang sengaja dimasukkan ke dalam produk G&H. Walau bagaimanapun, Madu Bunga Oren di dalam koleksi G&H Nourish+™ adalah bahan yang diinspirasikan daripada alam semula jadi yang mungkin mengandungi kesan-kesan gluten jika lebah mengunjungi ladang gandum.
Hayat simpan produk yang belum dibuka adalah tiga tahun. Sebaik sahaja produk dibuka, ia mempunyai hayat simpan 12 bulan.
Sebelum menggunakannya, produk G&H harus disimpan di tempat yang sejuk dan kering serta jauh dari terik matahari. Semua produk telah dibangunkan supaya stabil di bawah keadaan normal. Walau bagaimanapun, panas atau sejuk melampau boleh menyebabkan ketidakstabilan (warna atau haruman berubah, pemisahan bahan, dll.) dan haruslah dielakkan.
Untuk hasil terbaik, kami syorkan anda bersihkan kulit sebelum menggunakan pelembap badan. Losyen Badan dan Krim Tangan boleh disapu seberapa kerap yang diperlukan.
Walaupun pembersih badan adalah lembut dan bebas sulfat, kami syorkan pembersih muka ARTISTRY untuk digunakan pada muka. Sabun Kecantikan G&H Nourish+ juga sesuai untuk muka. Kami syorkan produk penjagaan rambut Satinique untuk rambut yang menawan dari dalam ke luar.
Tidak, pembersih G&H dirumus untuk mempunyai pH kurang daripada 7, dan oleh itu tidak mempunyai kesan ketara ke atas pH kulit.
Ya. Formula pembersih, losyen, sabun tangan dan deodoran G&H (kecuali sabun) telah dirumus supaya berasid sedikit, sama seperti kulit. Angka pH mengukur betapa berasid atau beralkali sesuatu itu, pH 7 ke atas (skala hingga 14) adalah berakali atau asas, manakala pH di bawah 7 adalah berasid. pH kulit adalah sekitar 5.5, menjadikannya sedikit berasid. (Untuk mengekalkan keberkesanan, sabun ketul kami mempunyai pH yang tinggi sedikit, lebih hampir dengan 9 atau 10.)
Semua produk G&H telah dirumus untuk semua usia kecuali bayi di bawah 6 bulan (selain daripada Deodoran & Antipeluh Berbuli yang disyorkan untuk remaja).
Produk G&H sesuai untuk semua jenis kulit. Walau bagaimanapun, koleksi G&H Nourish+ adalah sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sangat kering.
Produk G&H tidak diuji secara khusus ke atas kulit sensitif. Tanpa mengetahui kesensitifan khusus seseorang, kami tidak boleh membuat sebarang kenyataan. Koleksi G&H Refresh+ mendakwa bahawa ia melegakan dan menyamankan kulit yang terengsa dan koleksi G&H Nourish+ pula bagus untuk kulit yang terlampau kering.
Paraben digunakan dengan selamat di dalam formula G&H. Semua paraben yang digunakan di dalam formula kami diluluskan oleh FDA dan untuk kegunaan antarabangsa, termasuk Eropah. Bukan semua paraben diciptakan sama dan G&H menggunakan kualiti yang diluluskan di peringkat global pada peratusan paling rendah yang dibenarkan untuk melindungi dan mengekalkan losyen kami agar selamat daripada pencemaran yang mungkin berlaku.
Rasa berdenyut, sedikit menyengat atau kemerahan yang ringan tidak dilaporkan semasa kajian keselamatan kami. Jika anda mengalami sensasi atau sebarang tindak balas luar biasa akibat penggunaan produk G&H, kami sarankan anda berhenti menggunakannya untuk satu tempoh yang ketara (satu hingga empat minggu). Jika perlu, cuba lagi di bawah keadaan yang berlainan (musim baru, gunakan dengan pembersih tubuh yang lain, dll.) tetapi jika anda mengalami tindak balas itu lagi, mungkin anda sensitif kepada satu bahan di dalam formulanya dan kami galakkan anda mencari alternatif yang selesa. Jika anda mengalami tindak balas kulit, sila hubungi pasukan Khidmat Pelanggan tempatan anda.
Umumnya, kami tidak syorkan mana-mana produk penjagaan kulit digunakan selepas selaran matahari yang “teruk”. Produk G&H hendaklah digunakan selepas keradangan berkaitan selaran matahari itu sudah susut.
Bahan-bahan di dalam produk G&H telah ditunjukkan selamat untuk kegunaan semua wanita. Kajian keselamatan ke atas formula penjagaan badan tidak dijalankan ke atas wanita hamil. Sama ada hendak menggunakan produk ini atau tidak haruslah dibincangkan oleh wanita berkenaan dengan doktornya.
Semua produk G&H diuji oleh pakar dermatologi dan dari segi alahan.
-
Jennifer Jones'First DITTO(20)
Created for Jennifer Jones -
Second DITTO List Name(54)
Created for Jennifer Jones -
My Other DITTO List Has a Long Name(999)
Created for Jennifer Jones