{{ product.aboPriceValue | formattedPrice }} Harga ABO/APC
Harga Runcit: {{ product.retailPrice | formattedPrice }}GAMBARAN KESELURUHAN PRODUK
Soalan Lazim
Pewarna rambut seperti juga mekap, mesti sesuai dengan wajah anda. Jika anda mempunyai kulit pucat atau berwarna putih kuning - sebarang warna rambut akan kelihatan cantik. Jika anda mempunyai kulit jenis kemerah-merahan - pilih warna ash untuk meneutralkan warna. Jika anda mempunyai wajah yang kelihatan pucat kuning, pilih warna merah gelap atau burgundy.
Pencucian yang kerap, mengeriting, meniup kering dan pendedahan terhadap matahari, pencemaran, air garam dan klorin akan mempercepatkan proses pelunturan. Oleh itu, penting untuk menggunakan sistem penjagaan rambut yang sesuai dengan rambut yang dirawat menggunakan bahan kimia. Sistem Penjagaan Rambut SATINIQUE telah dirumuskan sedemikian.
Tidak, jika ia telahpun dicampur. Sebaik sahaja peroksida dan warna dicampurkan atau sebaik sahaja tiub dibuka, ia hanya aktif selama 20-50 minit. Lama-kelamaan pengoksidaan akan mengurangkan kepekatan pewarna.
Ia bergantung kepada jenis produk pewarna rambut. Bagi Pewarna Rambut Kekal COLOUR CREATION, biasanya ia mengambil masa 4 ke 6 minggu untuk akar rambut tumbuh semula sebelum penyapuan semula diperlukan. Namun, kadang-kadang warnanya mungkin perlu diulangkan semula sebelum tempoh yang ditetapkan. Jika produk digunakan lebih kerap daripada sekali sebulan, kemungkinanan warna akan jadi tidak sekata.
Rumusan baru ini dirumus dengan bahan-bahan berkualiti dan semula jadi diperolehi daripada ekstrak Aloe Vera, Protein Gandum, Pro-vitamin B 5 (Panthenol), ekstrak buah, perapi yang menyuburkan dan perlindungan UU yang mewarnakan rambut anda tanpa merosakkan tekstur semulajadi rambut. Ia menawarkan perlindungan yang lebih baik untuk memulihkan kehilangan lembapan yang penting, menjadikan rambut gelap, berkilat dan berkilauan.
Ekstrak Aloe Vera – Bahan semula jadi tulen yang memberikan sifat pelembapan yang hebat, menjadikan rambut anda lembut dan halus.
Protein Gandum – Meresapi helaian rambut untuk membina semula dan menguatkan rambut yang rosak. Meningkatkan fleksibiliti dan keanjalan rambut.
Pro-vitamin B5 (Panthenol) – Bahan terbitan perapi daripada kumpulan Vitamin B kompleks yang diserap dengan cepat oleh rambut, memberikan kawalan lembapan dan menambah kilatan. Juga merapi dan membaiki rambut yang rosak, menjadikan rambut lebih sihat dan lebih tebal yang juga mudah diurus.
Adalah penting untuk anda menjalankan ujian ini: Campurkan satu penutup Cecair COLOUR CREATION dengan satu penutup penuh Pengaktif dalam mangkuk plastik (jangan guna mangkuk atau sudu logam). Kemudian sapu beberapa titik campuran di belakang telinga anda. Biarkan ia kering. Jangan bilas selama 48 jam. Jika terdapat sebarang kerengsaan, kemerahan, kesakitan atau rasa terbakar, jangan guna pewarna rambut ini.
Ia tidak disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun kerana mereka masih berada dalam peringkat tumbesaran.
Bahan-bahan dalam COLOUR CREATION diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan dan tidak mengandungi sebarang produk haiwan dan gelatin.
COLOUR CREATION memendapkan pigmen-pigmen warna ke dalam korteks folikel rambut. Ini bermakna warna diperangkap dalam struktur gentian dalam korteks dan bukan permukaan helaian rambut. Oleh itu, rambut masih telap air.
-
Jennifer Jones'First DITTO(20)
Created for Jennifer Jones -
Second DITTO List Name(54)
Created for Jennifer Jones -
My Other DITTO List Has a Long Name(999)
Created for Jennifer Jones