Pembersih Udara - Atmosphere SKY | Amway Malaysia

Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY ialah sistem penurasan udara yang canggih untuk kediaman anda. Ia adalah pelaburan dalam udara yang bersih untuk anda dan keluarga. Ia menawarkan reka bentuk yang menarik dan prestasi yang luar biasa. Ketersambungan terbina dalam membolehkan anda mengawal udara di dalam bilik walaupun ketika anda tiada di rumah. Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY berkesan menyingkirkan bahan cemar udara dalaman termasuk virus, alergen, kulapuk dan kulat. Allergy UK dan ECARF telah menganggap Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY sebagai sesuai untuk penghidap alergi dengan menganugerahkan Mohor Kelulusan dan Mohor Kualiti. Secara ringkasnya, Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY ialah penulen udara yang berkuasa.

Kajian menunjukkan udara dalaman boleh menjadi lima kali ganda lebih tercemar daripada udara di luar1. Tambahan pula, udara di luar akhirnya akan lenyap sementara udara dalaman akan kekal di dalam. Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY menyingkirkan partikel bawaan udara daripada udara yang melalui unit dan diperakui mengurangkan debunga, habuk dan asap sehingga 0.0024 mikron. Atmosphere SKY akan mencapai kadar penurasan partikel yang lebih baik daripada yang dinilai HEPA (seperti yang ditakrifkan oleh US Department of Energy)2 pada semua kelajuan.

1 EPA AS menyatakan, 'persekitaran dalaman kita adalah dua hingga lima kali lebih toksik daripada persekitaran luar kita', Mei 2016.

2 HEPA ialah akronim untuk 'penuras partikel udara keefisienan tinggi' (seperti yang ditakrifkan oleh United States Department of Energy). Penuras jenis ini boleh menyingkirkan sekurang-kurangnya 99.997% partikel bawaan udara berdiameter 0.3 mikron.

Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY menyedut udara dari bilik ke dalam sistem penurasan tiga peringkat – prapenuras, penuras HEPA atau partikel dan penuras bau atau karbon. Bersama-sama, penuras-penuras ini berkesan menyingkirkan bahan cemar daripada udara yang melalui unit. Dikuasakan oleh motor buatan Jerman, sistem penurasan tiga peringkat ini mempunyai penarafan Keefisienan Satu Laluan (SPE) sekurang-kurangnya 99.99% untuk partikel bersaiz 0.0024 mikron atau lebih besar pada semua kelajuan. Pada kelajuan 5, ia mempunyai Kadar Penghantaran Bersih Udara (CADR)1 tidak kurang daripada 300 kaki padu seminit – sangat sesuai untuk membersihkan udara di dalam bilik bersaiz sehingga 465 kaki persegi.


1 CADR ialah akronim untuk Kadar Penghantaran Udara Bersih – satu penarafan prestasi yang mengukur jumlah udara yang ditulenkan yang sistem rawatan udara boleh hantarkan dalam satu minit. CADR dianggap sebagai kaedah terbaik untuk menentukan prestasi pembersihan udara awal sistem rawatan udara mudah alih.

CADR1 Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY telah disahkan oleh U.S. Association of Home Appliance Manufacturers (AHAM) untuk pengurangan asap tembakau, habuk dan debunga bawaan udara pada jumlah aliran udara sebanyak 300 kaki padu seminit. Di samping itu, dakwaan penyingkiran alergen Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY telah dikaji semula oleh Allergy UK2, yang memberikan Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY Mohor Kelulusan manakala ECARF3 memberikannya Mohor Kualiti untuk Produk dan Perkhidmatan yang Mesra Alergi. Keefisienan tenaga yang tinggi dengan penggunaan tenaga yang rendah oleh Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY telah membolehkannya dianugerahkan pensijilan ENERGY STAR®4 U.S. Environmental Protection Agency untuk keefisienan tenaga.


1 CADR ialah akronim untuk Kadar Penghantaran Udara Bersih – satu penarafan prestasi yang mengukur jumlah udara yang ditulenkan yang sistem rawatan udara boleh hantarkan dalam satu minit. CADR dianggap sebagai kaedah terbaik untuk menentukan prestasi pembersihan udara awal sistem rawatan udara mudah alih.
2 https://www.allergyuk.org/
3 https://www.ecarf.org/en/
4 https://www.energystar.gov/

Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY mempunyai penarafan Keefisienan Satu Laluan (SPE) sekurang-kurangnya 99.99% untuk partikel bersaiz 0.0024 mikron atau lebih besar pada semua kelajuan. Pada kelajuan 5, ia mempunyai Kadar Penghantaran Bersih Udara (CADR) tidak kurang daripada 300 kaki padu seminit – sangat sesuai untuk membersihkan udara di dalam bilik bersaiz sehingga 465 kaki persegi. Atmosphere SKY akan mencapai kadar penurasan partikel yang lebih baik daripada yang dinilai HEPA pada semua kelajuan.

Aplikasi ini adalah cara terbaik untuk mengawal udara di dalam bilik apabila anda tiada di rumah. Dengan menggunakan aplikasi ini di peranti mudah alih anda dan teknologi Wi-Fi atau Bluetooth, anda boleh melaraskan tetapan, memesan penuras apabila diperlukan dan memantau kualiti udara di dalam bilik dengan mudah. Anda juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk membandingkan udara di dalam rumah anda dengan udara di luar.

Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY direka untuk bilik bersaiz sehingga 465 kaki persegi (43 meter persegi) dengan ketinggian siling sehingga 8 kaki (2.4 meter). Letakkan unit berhampiran dengan saluran keluar elektrik dan jauh daripada lubang pemanas dan penyejuk serta kawasan lalu-lalang. Untuk mengelakkan aliran udara tersekat, pastikan ruang di atas unit kosong dan jangan letakkan apa-apa di hadapan atau pada unit. Letakkan wayar jauh daripada laluan orang untuk mengelakkan bahaya tersandung. Jangan tutup atau sembunyikan wayar di bawah permaidani, ambal atau tikar. Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY™ memberikan prestasi yang lebih berkesan di dalam bilik yang pintu dan tingkapnya ditutup.

Udara memasuki melalui penutup hadapan unit. Prapenuras menyingkirkan partikel besar seperti lin dan bahan cemar daripada udara yang melalui unit. Penuras HEPA menyingkirkan alergen dan partikel-partikel lain sekecil 0.0024 mikron dengan berkesan. Penuras karbon menyerap gas-gas udara termasuk sebatian organik meruap dan mengurangkan bau isi rumah daripada aktiviti memasak, merokok, haiwan peliharaan dan sumber lain. Udara yang dituras kemudiannya dilepaskan ke atas melalui kekisi di bahagian belakang unit.

Satu mikron ialah satu per sejuta meter. Tanpa pembesaran, mata manusia yang terlatih boleh melihat bahan cemar yang saiznya kira-kira 50 mikron. Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY menyingkirkan partikel sekecil 0.0024 mikron – kira-kira 3,000 kali lebih kecil daripada sel darah merah. Kira-kira 45,000 kali lebih kecil daripada ketebalan mata wang kertas. Satu butir debunga ialah 30 mikron, keluaran sampingan hama habuk ialah 10 mikron, virus boleh menjadi sekecil 0.02 mikron. Saintis Amway mereka Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY untuk menyingkirkan lebih banyak partikel yang amat halus kerana bahan cemar ini cenderung untuk terapung lebih lama di udara yang kita hirup.

Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY direka untuk digunakan di dalam bilik bersaiz sehingga 465 kaki persegi (43 meter persegi) dengan ketinggian siling sehingga 8 kaki (2.4 meter). Ia bukan untuk digunakan di dalam bilik yang lebih besar atau dalam persekitaran industri, kilang, bar atau restoran. Penggunaan dalam persekitaran yang bukan seperti yang diyatakan akan dianggap sebagai penyalahgunaan produk dan boleh mengakibatkan penurunan prestasi dan jangka hayat penuras yang pendek serta membatalkan waranti produk.

  • Mod Malam - Paparan dimalapkan untuk digunakan pada waktu malam
  • Kelajuan Turbo - Kelajuan maksimum, digunakan apabila kualiti udara rendah atau untuk menyingkirkan bau daripada aktiviti memasak, merokok, haiwan peliharaan dan sumber lain
  • Kelajuan Auto - Kelajuan kipas berbeza-beza, berdasarkan kualiti udara

Prapenuras
Prapenuras terletak betul-betul di belakang penutup hadapan. Bergantung pada penggunaan, prapenuras perlu dibersihkan setiap 2 - 12 bulan. Monitor prapenuras pada panel kawalan hadapan akan berkelip untuk menunjukkan ia perlu dibersihkan atau status penggunaan boleh dilihat dalam aplikasi Atmosphere Connect. Gunakan vakum untuk membersihkan prapenuras. Biarkan prapenuras di tempatnya dengan unit terpasang dan vakum permukaannya untuk mengeluarkan semua bahan cemar yang lebih besar. Bersihkan prapenuras dengan kerap untuk membantu memanjangkan hayat penuras lain di dalam Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY.

Penuras HEPA
Penuras HEPA melekap pada prapenuras. Jangka hayat penuras HEPA adalah berdasarkan gabungan tiga keadaan operasi yang berbeza, jumlah jam beroperasi sehari, kelajuan operasi dan bacaan sensor habuk. Jangka hayat penuras HEPA adalah dari 3 bulan hingga 5 tahun bergantung pada keadaan-keadaan ini. Gantikan penuras HEPA dengan tetap untuk memastikan unit menyingkirkan alergen daripada udara bilik.

Penuras Bau/Karbon
Penuras bau/karbon terletak di belakang penuras HEPA. Penuras bau akan bertahan dari 4 hingga 12 bulan bergantung pada jumlah jam dan kelajuan unit digunakan.


NOTA: Untuk hasil yang terbaik, anda harus menggantikan penuras ini sekurang-kurangnya sekali setahun tanpa mengira kelajuan atau penggunaan.


added to your ditto
1 item added to 3 DITTO lists
Create a new ditto schedule
Ditto name
order recipient
Search Contacts | (0)Total
Create a new ditto schedule
Go Back to Previous Screen
QUICKFIND:
NAME
TYPE
ID NUMBER
Andrew Allen
IBO
123124124124
Andrew Hackman
IBO
123124124124
Andrew Frisch
IBO
123124124124
SELECT CUSTOMERS/IBO:
NAME
TYPE
ID NUMBER
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
RECIPIENT LIST: (5)Total
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Status Inventori
Status inventori mungkin berubah pada masa pembayaran disebabkan turun naik waktu nyata.