Minuman Tenaga XS Cranberry-Grape Blast | Amway Malaysia

Minuman XS menggunakan adunan sukralosa, asesulfam kalium dan pati buah-buahan untuk memberikannya perisa yang hebat tanpa gula tambahan. Sukralosa diluluskan oleh agensi regulatori di lebih 50 negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand.

Nikotinamida (Vitamin B3), Asid Pantotenik (Vitamin B5), Vitamin B6 dan Vitamin B12 semuanya tergolong dalam kumpulan vitamin yang dikenali secara kolektif sebagai Vitamin B. Vitamin ini penting untuk penguraian karbohidrat di dalam tubuh bagi membekalkan tenaga.

Tidak. Vitamin B adalah sebahagian daripada kumpulan yang dinamakan vitamin “larut air”. Jumlah vitamin “larut air” yang berlebihan dikumuhkan menerusi air kencing.

Amway sentiasa mementingkan kesihatan dan keselamatan pelanggan kami. Kami mahu meyakinkan para ABO kami dan pelanggan mereka bahawa setiap bahan yang terkandung di dalam produk kami – termasuk kafeina – telah dipertimbangkan dengan teliti bagi memastikan ia memenuhi standard kami yang tinggi dari aspek keselamatan dan keberkesanannya. Semua bahan di dalam produk kami dianggap selamat untuk penggunaan yang dimaksudkan apabila digunakan mengikut arahan seperti yang ditetapkan oleh agensi kerajaan yang berkenaan, peraturan, dan tatacara, atau oleh kajian saintifik bebas dan sumber terbaik untuk para saintis kami jadikan sebagai rujukan. Produk pemakanan kami mematuhi semua undang-undang dan peraturan di negara di mana ia dipasarkan.

Minuman Tenaga XS tidak disyorkan jika anda sensitif terhadap kafeina atau doktor menasihati anda agar mengelakkan pengambilan kafeina. Jika anda mempunyai soalan tambahan, sila hubungi doktor anda.

Jika anda penghidap diabetes, anda hendaklah meminta nasihat penyedia penjagaan kesihatan anda sebelum mengambil suplemen dietari atau mana-mana Minuman Tenaga XS.

Minuman Tenaga XS tidak disyorkan untuk wanita hamil atau menyusui. Jika anda mempunyai soalan tambahan, sila hubungi doktor anda.

Minuman Tenaga XS tidak disyorkan untuk kanak-kanak. Jika anda mempunyai soalan tambahan, sila hubungi doktor anda.

Pendedahan kepada suhu melebihi 90F boleh menjejaskan mutu produk dan keutuhan bungkusan. Untuk menjamin kualiti terbaik, produk hendaklah disimpan di tempat yang dingin, di bawah 70F. Tidak perlu disejukkan, walaupun disarankan bila-bila masa yang mungkin untuk meminimumkan penyusutan perisa buah dan berubah rasa yang sering terjadi kepada makanan dan minuman lama-kelamaan.

XS Energy Drinks can be consumed both on an empty stomach or with food.

Minuman Tenaga XS tidak disyorkan untuk sesiapa yang mempunyai gangguan keresahan umum dan/atau sensitif terhadap kafeina.

Kami amat menggalakkan sesiapa sahaja yang sedang menjalani rawatan perubatan untuk berunding dengan penyedia penjagaan kesihatan mereka sebelum mengambil suplemen atau Minuman Tenaga XS. Anda mungkin mempunyai masalah kesihatan atau mengambil ubat yang akan berinteraksi dengan produk dan penyedia penjagaan kesihatan anda boleh membantu memastikan anda mengelakkan interaksi ubat dan keadaan-keadaan lain yang membuatkannya bertambah teruk.

Ubat-ubatan tertentu yang digunakan untuk demam selesema/flu, kesakitan, alahan/asma, penurunan berat badan, kemurungan, gangguan hiperaktif dan kurang perhatian (ADHD), serta ubat-ubatan yang mengandungi amfetamina boleh berinteraksi dengan kafeina di dalam Minuman Tenaga XS. Mengambil kafeina dengan ubat-ubatan ini boleh meningkatkan kesannya terhadap sistem saraf pusat dan boleh menyebabkan kerengsaan/ keresahan, masalah tidur, aritmia jantung, dan/atau serangan penyakit secara mengejut.

Kami amat menggalakkan sesiapa sahaja di bawah rawatan perubatan untuk berunding dengan penyedia penjagaan kesihatan mereka sebelum mengambil suplemen atau Minuman Tenaga XS. Anda mungkin mempunyai keadaan kesihatan atau mengambil ubat yang akan berinteraksi dengan produk dan penyedia penjagaan kesihatan anda boleh membantu memastikan anda mengelakkan interaksi ubat dan keadaan yang membuatkannya bertambah teruk.

Walaupun tahap kafeina yang terkandung di dalam Minuman Tenaga XS tidak dikaitkan dengan sebarang kesan buruk yang ketara, penggunaannya boleh menyebabkan kerengsaan/keresahan, ketidakselesaan gastrousus, dan/atau masalah tidur bagi mereka yang sensitif terhadap kafeina.

Apabila digunakan seperti yang diarahkan, Minuman Tenaga XS boleh diambil dengan suplemen Nutrilite&trade, yang tidak mengandungi kafeina mengikut arahan pada label, walaupun kafeina dapat menghalang penyerapan zat besi dalam sesetengah kes.

Sumber kafeina yang biasa termasuk:

Kopi 100-200 mg
Kopi Nyahkafein 5 mg
Koko Panas 8 mg
Teh 50 mg
Minuman Ringan &ndash, Tin 12 auns (360 ml) 45 mg (julat dari 23-71 mg)

Tahap nutrien tidak dijamin selepas melewati tarikh Baik Sebelum. Ciri-ciri sensori seperti rasa, bau dan pengkarbonatan juga tidak dijamin selepas melewati tarikh luputnya.

Minuman Tenaga XS mengandungi 50 mg kafeina setiap tin.

Populariti kafeina sedang meningkat dan atas sebab yang baik, ia berkesan! Kafeina boleh membantu kita berfikir dengan lebih jelas dan menumpukan perhatian dengan lebih baik.

Di Malaysia, di bawah kategori minuman berperisa berkarbonat, pihak berkuasa pengawalseliaan, Kementerian Kesihatan, menasihatkan bahawa had pengambilan kafeina sehingga 200 mg/liter adalah dibenarkan.

Pengambilan kafeina yang sederhana boleh menjadi sebahagian daripada gaya hidup sihat kebanyakan orang. Walau bagaimanapun, kafeina sahaja tidak dapat menampung disebabkan pilihan makanan yang teruk, kurang bersenam dan/atau tidak mendapat tidur yang mencukupi. Berhati-hatilah dengan jumlah kafeina yang anda ambil sehari.

Mengambil Minuman Tenaga XS sebagai sebahagian daripada gaya hidup normal tidak dijangka menyebabkan kehilangan bendalir melebihi jumlah yang ditelan. Walaupun mungkin terdapat kesan diuretik yang ringan, ia tidak akan meningkatkan risiko seseorang itu mengalami penyahhidratan.

Tidak. Walau bagaimanapun, individu yang mengambil jumlah kafeina yang tinggi secara konsisten mungkin tidak mengalami kesan yang sama seperti orang yang menggunakan kafeina yang lebih rendah secara harian atau seperti yang diperlukan.

Minuman Tenaga XS boleh dianggap vegetarian.

Tidak. Minuman Tenaga XS bukan organik.

Tidak, Minuman Tenaga XS bebas daripada pewarna tiruan dan menggunakan bahan-bahan semula jadi untuk mendapatkan warna yang cerah dan terang.

Walaupun Minuman Tenaga XS tidak dirumuskan dengan bahan-bahan yang mengandungi gluten, minuman ini tidak diperakui sebagai bebas gluten.

Minuman Tenaga XS menggunakan campuran sukralosa, asesulfam kalium dan buah-buahan untuk memberi minuman ini perisa yang hebat tanpa menambahkan gula atau kalori kosong.

Taurina di dalam Minuman Tenaga XS adalah daripada sumber sintetik.

Tidak. Setiap tin Minuman Tenaga XS mempunyai salutan pelindung yang memisahkan minuman daripada permukaan tin aluminium.


added to your ditto
1 item added to 3 DITTO lists
Create a new ditto schedule
Ditto name
order recipient
Search Contacts | (0)Total
Create a new ditto schedule
Go Back to Previous Screen
QUICKFIND:
NAME
TYPE
ID NUMBER
Andrew Allen
IBO
123124124124
Andrew Hackman
IBO
123124124124
Andrew Frisch
IBO
123124124124
SELECT CUSTOMERS/IBO:
NAME
TYPE
ID NUMBER
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
IBO
1231241241
RECIPIENT LIST: (5)Total
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Aaron Ackerman
Status Inventori
Status inventori mungkin berubah pada masa pembayaran disebabkan turun naik waktu nyata.