Anda Berniaga Untuk Diri Anda,
Tetapi Anda Tidak Berseorangan

Amway memperkasa setiap ABO untuk berkembang, tidak kira sebagai individu mahupun syarikat. Dari rangkaian sistem pementoran yang kukuh, hingga kursus latihan dan alat digital yang fleksibel, anda akan sentiasa mendapat sokongan yang betul untuk belajar, memperbaiki diri dan maju ke hadapan.

Harapan kami bagi setiap ABO adalah agar mereka dapat mencapai potensi sebenar mereka, bersama dengan Amway.



Manfaat Menjadi ABO

Perniagaan dengan Permulaan yang Berisiko Rendah, Berkos Rendah

Mulakan perniagaan Amway dengan hanya RM60/B$30. Mula menjana pendapatan sampingan daripada jualan pertama produk Amway anda. Dengan masa dan usaha, perniagaan Amway anda boleh berkembang menjadi sebuah perniagaan antarabangsa.

Perniagaan untuk Pelbagai Generasi

Perniagaan Amway anda boleh menampung anda sekeluarga, dan boleh diwariskan dari generasi ke generasi. Apabila anda sudah membina perniagaan Amway anda, waris anda boleh menyambung perniagaan ini serta pendapatannya daripada anda. Menjadi ABO bukan saja untuk hari ini, malah boleh menjadi rancangan masa depan untuk keluarga anda.

Potensi Pendapatan dan Ganjaran Tanpa Had

Kami ada lebih 450 produk berkualiti dan Program Insentif Pertumbuhan untuk membantu mengembangkan perniagaan anda. Dengan menjual produk, membina pasukan perniagaan yang mampan dan mencapai matlamat insentif pertumbuhan, ia akan membolehkan anda meraih pendapatan tanpa had.

Jaminan Kepuasan Amway dengan AMWAYPROMISE

Amway menawarkan jaminan pemulangan untuk kos permulaan dan Jaminan Kepuasan 100% 90 hari* untuk semua produk Amway. Bagi mereka yang baru memulakan perniagaan, Amway ialah perniagaan berisiko rendah dengan peluang yang berpotensi tinggi.

Kemasukan Mudah Bagi ABO Baru

Hanya beberapa klik sahaja untuk menjadi ABO! Selepas pendaftaran, kami ada mentor berpengalaman dan alat digital yang fleksibel untuk membantu anda mendapatkan semua maklumat yang anda perlukan untuk mula menjual dan meraih pendapatan.

Amway Menjadikannya 10x Lebih Mudah untuk ABO Baru Meraih Pendapatan

Dengan kos kemasukan berisiko rendah, anda boleh mula meraih pendapatan daripada jualan pertama anda dengan bimbingan daripada ABO atasan, latihan profesional dan juga sumber digital Amway.

Alat Digital yang Fleksibel dan Serta-merta

Sebagai ABO, anda akan sentiasa mendapat akses kepada alat digital Amway. Kami menyediakan sokongan perniagaan, ePembelajaran dan kemas kini kempen untuk membantu perniagaan anda, pada bila-bila masa di mana sahaja!

Rangkaian Sokongan, Latihan dan Pementoran yang Kukuh

ABO tidak bekerja bersendirian. Anda akan disokong oleh penaja dan pasukan perniagaan anda, yang akan bekerjasama untuk membantu anda merealisasikan potensi anda sepenuhnya. Komuniti Amway akan sentiasa bersedia untuk membantu anda.

Jadilah Pengasas untuk Masa Depan Anda

Mulakan perniagaan dan bina kehidupan yang anda mahu dengan pelbagai sumber dan sokongan daripada Amway. Sesiapa sahaja dari apa jua latar belakang boleh mencapai kebebasan dalam kewangan dan memiliki perniagaan yang berjaya.

Peluang untuk Pertumbuhan dan Kejayaan Perniagaan yang Mampan

Menjadi ABO adalah permulaan untuk rancangan yang lebih besar. Dengan segala sokongan dan bantuan yang sedia ada bersama dengan kehadiran Amway di lebih 100 negara, anda berpeluang untuk meningkatkan dan membina perniagaan antarabangsa untuk kejayaan jangka panjang. Tiada had untuk anda mencapai pelbagai potensi dalam perniagaan Amway.


Bagaimana ABO Boleh Memperoleh Pendapatan dan Ganjaran?

 

Mulakan Perniagaan Amway Anda Sekarang!

Jika anda berumur 18 tahun ke atas dan warganegara/pemastautin tetap (PR) Malaysia/Brunei, anda layak untuk memulakan perniagaan Amway anda sendiri.