KERJAYA

KENAPA PILIH AMWAY?

Jadilah sebahagian daripada keluarga global yang hidup untuk berbakti, cintakan ilmu dan memimpin sepenuh hati – memperkasakan pekerja, ABO dan komuniti tempatan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat.

IKRAR KAMI

Kami adalah keluarga global yang memberi inspirasi kepada insan agar menyerlahkan diri yang terbaik. Dipacu oleh nilai dan warga kami, mengembangkan kerjaya anda di Amway akan memberi peluang pertumbuhan yang bermakna kepada anda. Ia turut menawarkan pelbagai faedah, program dan sumber yang kompetitif bagi menyokong semua aspek kehidupan anda yang berbeza.


JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA KELUARGA GLOBAL!


Di Amway, terdapat begitu ramai individu daripada pelbagai budaya dan negara yang berkongsi nilai yang diasaskan oleh Keluarga Pengasas yang telah menjadi tunjang, selain anda – golongan yang bukan sahaja mengambil berat tentang kerja mereka malah lebih mengambil berat tentang insan di sekeliling mereka – termasuk anda.


PERKERJAAN SERTA PERSEKITARAN YANG BAIK MENYERLAHKAN DIRI YANG TERBAIK


Di Amway, kami memperkasakan insan agar menyerlahkan diri yang terbaik dengan menyediakan persekitaran yang menyokong gaya hidup seimbang sambil mewujudkan peluang pembangunan dan pembelajaran bermakna. Ini bermaksud, sebagai sebahagian daripada keluarga global, kami sentiasa menyokong antara satu sama lain malah bersatu untuk meraikan kejayaan sebagai satu komuniti.


KEBAJIKAN ANDA ADALAH MATLAMAT KAMI


Keluarga yang baik mengambil berat antara satu sama lain. Itulah sebabnya pakej pampasan dan faedah kami mengambil kira semua aspek kehidupan anda yang berlainan dengan memberikan akses kepada pelbagai faedah, program dan sumber. Sama ada ia adalah kesihatan dan kesejahteraan anda, masa rehat atau faedah lain yang membawa keseimbangan dalam hidup anda, matlamat kami adalah untuk mengambil berat tentang setiap pekerja yang menyumbangkan keringat mereka.

KENALI KAMI

JOM DENGAR DARI PEKERJA KAMI