Lembaga Pengarah

Abd Malik Bin A Rahman

Pengerusi dan Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif

Abd Malik bin A Rahman (Encik Abd Malik), warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Holdings Berhad pada 1 Januari 2019. Beliau merupakan Pengerusi dan Pengarah Kanan Bebas AMHB.

Beliau merupakan ahli Akauntan Bertauliah Institut Akauntan Malaysia (“MIA”), Felo Persatuan Akauntan Bertauliah (UK) (“ACCA”), dan ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (“MICPA”). Encik Abd Malik juga merupakan ahli Institut Pengurusan Malaysia (“MIM”) dan Felo Institut Pengarah Korporat Malaysia (“ICDM”).

Sepanjang kerjayanya, Encik Abd Malik memegang jawatan pengurusan kanan di beberapa syarikat dalam pelbagai industri termasuk segmen Minyak & Gas, Pembuatan, Barang Pengguna Laris, Pemasaran Berbilang Aras dan Logistik Pelabuhan.

Beliau pernah menjadi Pengerusi Affin Hwang Investment Bank Berhad, dan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bebas Affin Bank Berhad, Affin Hwang Asset Management Berhad, Boustead Heavy Industries Corporation Berhad, Innity Corporation Berhad dan Lee Swee Kiat Group Berhad.

Encik Abd Malik kini merupakan Pengarah Bebas Mah Sing Group Berhad, AYS Ventures Berhad dan CYL Corporation Berhad.

Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh lima tahun yang lalu, mahupun mempunyai sekatan awam atau penalti yang dikenakan ke atasnya oleh badan kawal selia yang berkaitan sepanjang tahun kewangan tersebut.

Michael Jonathan Duong

Michael Jonathan Duong (Encik Mike Duong), warganegara Amerika telah dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Holdings Berhad pada 1 Januari 2017. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Sdn. Bhd. ("AMSB") dan Amway (B) Sdn. Bhd. ("ABSB") pada 1 Januari 2017. Pada 1 Mei 2018, beliau mengambil alih jawatan sebagai Pengarah Urusan AMHB, AMSB, ABSB dan Amway (Singapore) Pte. Ltd. (“Amway Singapore”). Pada 1 April 2023, beliau melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Urusan Amway Singapore dan mengambil peranan baharu sebagai Pengarah Urusan Amway Indonesia. Kemudian, pada 1 Januari 2024, beliau kembali mengambil peranan sebagai Pengarah Urusan Amway Singapore.

Beliau memulakan kerjaya dengan Amway sebagai Pengarah Audit Dalaman, Amway Business Services Asia Pacific dan Pengarah Strategi & Perancangan Asia Pasifik pada 2008 hingga 2015. Sebelum menjadi kakitangan Amway, Encik Mike Duong bekerja dengan Boeing dari 1997 hingga 2008. Jawatan terakhir beliau di Boeing ialah Pengurus Kanan Perkhidmatan Kewangan Global.

Beliau adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Sains – Kejuruteraan Mekanikal daripada Boston University College of Engineering, Boston, MA.

Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh lima tahun yang lalu, mahupun mempunyai sekatan awam atau penalti yang dikenakan ke atasnya oleh badan kawal selia yang berkaitan sepanjang tahun kewangan tersebut.

Low Han Kee

Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Low Han Kee (Encik Low), warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Holdings Berhad ("AMHB") dan Amway (Malaysia) Sdn. Bhd. ("AMSB") masing-masing pada 6 Jun 1996 dan 16 Oktober 1995. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Audit.

Beliau menyertai AMSB pada 1990 sebagai Pengurus Bahagian Jabatan Kewangan & Pentadbiran dan dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Besar pada 1993 sebelum dinaikkan pangkat pula sebagai Pengarah Urusan pada 1998, jawatan yang beliau lepaskan apabila beliau bersara pada 31 Januari 2016. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengarah Urusan AMHB dari 1998 hingga persaraan beliau pada 31 Januari 2016. Beliau juga merupakan Pengarah Amway (B) Sdn. Bhd.

Beliau layak sebagai Akauntan Awam Bertauliah pada 1984 ketika berkhidmat di Ernst & Whinney (kini dikenali sebagai Ernst & Young), sebuah firma perakaunan antarabangsa. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang kewangan lebih daripada 30 tahun, pernah memegang jawatan kanan dalam bidang kewangan di syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”), termasuk Mulpha International Trading Corporation Berhad, sebuah kumpulan yang terlibat dalam perdagangan, pembinaan dan kejuruteraan, di mana jawatan terakhir yang beliau sandang ialah Ketua Akauntan Kumpulan dari 1985 hingga 1990 sebelum melepaskannya untuk menyertai AMSB.

Pada masa ini, beliau adalah ahli Lembaga Pengarah Leong Hup International Berhad.

Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh lima tahun yang lalu, mahupun mempunyai sekatan awam atau penalti yang dikenakan ke atasnya oleh badan kawal selia yang berkaitan sepanjang tahun kewangan tersebut.

Scott Russell Balfour

Dato’ Abdullah Thalith Bin Md Thani

Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh lima tahun yang lalu, mahupun mempunyai sekatan awam atau penalti yang dikenakan ke atasnya oleh badan kawal selia yang berkaitan sepanjang tahun kewangan tersebut.

Datin Seri Azreen Binti Abu Noh

Datin Seri Azreen Binti Abu Noh (Datin Seri Azreen), warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Holdings Berhad (“AMHB”) pada 26 Februari 2019. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Pencalonan dan Jawatankuasa Imbuhan.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan telah diterima masuk sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya pada 1996. Pendedahannya dalam bidang undang-undang termasuk litigasi dan timbang tara, terutamanya dalam bidang korporat, komersial dan pemindahhakan.

Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Deluxe Merchant Sdn Bhd. dan menimba pengalaman keusahawanan yang luas dalam perniagaan makanan dan minuman. Di samping itu, Datin Seri Azreen merupakan penyokong kuat usaha pemerkasaan kanak-kanak yang mengalami ketakupayaan pembelajaran termasuk disleksia. Pada 2017, Datin Azreen telah dianugerahkan Anugerah "Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia" oleh NiagaTimes atas sumbangannya yang sangat besar dalam sektor makanan dan minuman.

Pada September 2020, Datin Seri Azreen mencetuskan konsep dan menubuhkan DMmart C-Store di Melaka yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Melaka sebagai salah satu daripada 12 tarikan pelancong domestik baharu yang berpotensi di negeri tersebut.

Datin Seri Azreen kini merupakan ahli Lembaga Pengarah Ta Win Holdings Berhad dan Asia Poly Holdings Berhad.

Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh lima tahun yang lalu, mahupun mempunyai sekatan awam atau penalti yang dikenakan ke atasnya oleh badan kawal selia yang berkaitan sepanjang tahun kewangan tersebut.

Ho Kim Poi

Ho Kim Poi (Cik Ho), warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Holdings Berhad pada 15 Mac 2023. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Audit dan ahli Jawatankuasa Imbuhan.

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains daripada Fakulti Sains Matematik di University of Adelaide, Australia dan kemudiannya Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan daripada University of Lincoln, United Kingdom. Beliau ialah ahli Institut Akauntan Malaysia (“MIA”) dan CPA Australia (“ASCPA”). Cik Ho juga merupakan ahli Institut Pengarah Korporat Malaysia (“ICDM”).

Cik Ho mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang kewangan dan sumber manusia. Beliau memulakan kerjayanya di KPMG Malaysia sebagai perunding cukai. Beliau kemudiannya memegang peranan pengurusan kanan syarikat dalam industri pembuatan dan farmaseutikal. Selepas itu, beliau menyertai syarikat jualan langsung multinasional dan memegang beberapa jawatan pengurusan kanan termasuk Ketua Pegawai Kewangan, Ketua Pegawai Kewangan Serantau dan Pengarah Perancangan Strategik.

Cik Ho kini merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Mah Sing Group Berhad dan Senheng New Retail Berhad.

Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh lima tahun yang lalu, mahupun mempunyai sekatan awam atau penalti yang dikenakan ke atasnya oleh badan kawal selia yang berkaitan sepanjang tahun kewangan tersebut.

Board Of Directors

NORHANIFAH BINTI A.JALIL

Norhanifah Binti A.Jalil (Pn. Norhanifah), warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Holdings Berhad pada 1 Januari 2024.

Beliau mempunyai pengalaman hampir tiga dekad dalam sektor perbankan, kewangan, pengangkutan tenaga dan telekomunikasi.

Pn. Norhanifah telah menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya dalam penyeliaan kredit di Asia Commercial Finance dan kemudiannya berkembang untuk memegang peranan pengurusan proses dan projek dalam industri perbankan. Beliau kemudian berpindah ke bidang Modal Insan pada tahun 2000 dan menerajui Pembangunan Organisasi Kumpulan di AmBank Group sehingga tahun 2011.

Sejak tahun 2012, Pn. Norhanifah telah memegang jawatan pengurusan atasan utama di beberapa syarikat termasuk sebagai Pengarah Modal Insan & Komunikasi di Danajamin Nasional Berhad, Ketua Strategi & Prestasi Modal Insan Kumpulan di Maybank, Ketua Bakat di Maxis, dan Ketua Pembangunan Sumber Manusia di MISC Berhad. Pada Januari 2021, beliau mengambil peranan sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia di Permodalan Nasional Berhad.

Pn. Norhanifah tidak memegang sebarang jawatan pengarah di syarikat awam lain dan penerbit tersenarai.

Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh lima tahun yang lalu, mahupun mempunyai sekatan awam atau penalti yang dikenakan ke atasnya oleh badan kawal selia yang berkaitan sepanjang tahun kewangan tersebut.

Norhanifah Binti A.Jalil