Amway Malaysia

Amway Malaysia

Amway Malaysia berdiri megah dalam kumpulan Amway di seluruh dunia sebagai salah satu daripada 10 syarikat gabungannya yang berprestasi terbaik, disokong oleh penunjuk yang mengagumkan seperti pusing ganti jualan, keuntungan dan pasukan yang kuat terdiri daripada Pemilik Perniagaan Amway (ABO) dan Pelanggan Istimewa Amway (APC). Sejak penubuhannya 47 tahun lalu, syarikat ini telah berkembang untuk menyokong perniagaan ABO dan memenuhi keperluan APCnya dengan rangkaian Kedai Runcit Amway yang luas di seluruh Malaysia dan Brunei, serta tiga hab gudang serantau.

Amway Malaysia ialah syarikat jualan langsung terkemuka di Malaysia yang dilesenkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (MDTCA) dan merupakan salah satu ahli pengasas Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM). Ditubuhkan pada 1976 dan tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia sejak 1996, Amway Malaysia beroperasi dengan Tenaga Kerja Teras ABO & APC seramai 454,000 (setakat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022).

Dengan visi “Membantu insan menjalani kehidupan yang lebih baik, lebih sihat”, syarikat ini menawarkan rangkaian produk berkualiti tinggi yang luas dan dibezakan secara bermakna di bawah lima barisan produk terasnya: Pemakanan & Kesejahteraan (vitamin, mineral dan suplemen diet Nutrilite), Kecantikan (penjagaan kulit dan kosmetik warna ARTISTRY), Dandanan Diri (penjagaan mulut GLISTER, penjagaan badan BODY SERIES dan penjagaan rambut SATINIQUE), Penjagaan Barangan Di Rumah (produk pembersih isi rumah L.O.C, penjagaan kain cucian SA8) dan Alatan Berteknologi Di Rumah (Sistem Rawatan Air eSpring, Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY & MINI). Selain itu, Katalog Personal Shoppers pula menawarkan produk pengguna disumberkan secara tempatan yang menyokong kehidupan yang sihat untuk seisi keluarga.

Tahun demi tahun, jenama dan produk Amway telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri melalui berbilang pencapaian dan anugerah yang dimenanginya di peringkat tempatan mahupun di seluruh dunia:

*Nutrilite ialah jenama vitamin dan suplemen diet No. 1 di dunia dari segi jualan.
*Nutrilite ialah satu-satunya jenama vitamin dan suplemen diet global yang menanam, menuai dan memproses tumbuhan di ladangnya sendiri yang disahkan organik.
*Nutrilite ialah jenama suplemen protein No. 1 di dunia dari segi jualan.
*Nutrilite Double X ialah multivitamin multimineral nombor satu dari segi jualan dengan fitonutrien daripada lima kumpulan warna fitonutrien.
*Nutrilite ialah jenama suplemen omega No. 1 di dunia dari segi jualan.
*ARTISTRY ialah satu-satunya jenama kecantikan yang disokong oleh Nutrilite, jenama vitamin dan suplemen diet berasaskan tumbuhan nombor 1 di dunia dari segi jualan.
*GLISTER ialah satu-satunya jenama penjagaan mulut yang disokong oleh Nutrilite, jenama vitamin dan suplemen diet berasaskan tumbuhan nombor 1 di dunia dari segi jualan.


Sumber: GlobalData, http://gdretail.net/amway-claims/

Nutrilite: Anugerah Emas Jenama Dipercayai Reader’s Digest 2023 dalam Kategori Vitamin/Suplemen Kesihatan (Malaysia)

Sistem Rawatan Air eSpring

Anugerah Kepimpinan Strategi Bersaingan Rawatan Air Di Rumah Asia-Pasifik Frost & Sullivan 2023 (13 tahun berturut-turut)
Anugerah Emas Jenama Dipercayai Reader’s Digest 2023 bagi Kategori Penulen Air (Malaysia)
Amway Malaysia