Polisi Bahan Sokongan Perniagaan BSM
ATURAN & PERATURAN
Untuk kestabilan dan keuntungan jangka panjang perniagaan Amway anda, kami gembira mengumumkan bahawa berkuat kuasa 1 April 2003, Amway melaksanakan Polisi Bahan Sokongan Perniagaan (BSM). Kami menggesa semua Pemilik Perniagaan Amway (ABO) memahami dan mematuhi maksud yang tersurat dan tersirat dalam polisi selain g Peraturan Tatacara & Tingkah Laku Amway.
POLISI BAHAN SOKONGAN PERNIAGAAN (BSM)/ACARA
Polisi Asas
Asas perniagaan AMWAY dan ABOnya ialah untuk menjual produk dan perkhidmatan serta memberi peluang perniagaan yang sah. Dalam membina perniagaan ini, AMWAY menyedari bahawa Bahan Sokongan Perniagaan (BSM) dan Acara yang bertanggungjawab dan sesuai boleh membantu untuk memberi latihan dan motivasi yang bernilai. Walau bagaimanapun, BSM dan Acara, kecuali diurus dengan betul, boleh menjadi punca kontroversi dan mempunyai kesan negatif terhadap reputasi AMWAY sebagai warga korporat yang dihormati.
Perniagaan AMWAY di Malaysia adalah berlesen di bawah Akta Jualan Langsung 1993. AMWAY mesti mematuhi undang-undang serta syarat-syarat yang dinyatakan dalam Lesen Jualan Langsung kita. ABO diberi kebenaran oleh AMWAY untuk beroperasi di bawah payung Lesen Jualan Langsung yang dikeluarkan kepada AMWAY. Perniagaan ABO adalah sangat berkait dan berjalin dengan AMWAY Malaysia. Oleh itu, pembabitan dalam sebarang aktiviti yang tidak terkawal dan tidak dilaraskan oleh ABO mungkin menjejaskan dan boleh mendedahkan lesen AMWAY terhadap risiko. Sebarang bentuk ganjaran atau faedah yang dibuat untuk jualan dan promosi BSM/Acara ini boleh menjadikan Pihak Berkuasa menganggap bahawa penghasilan, penyebaran, jualan dan promosi BSM/Acara ini adalah suatu bentuk perniagaan jualan langsung yang tidak berlesen yang dikendalikan oleh individu, kumpulan ABO atau syarikat gabungan pihak ketiga. Ini adalah risiko yang serius kerana AMWAY mungkin dilihat sebagai terlibat secara langsung. AMWAY mungkin dilihat sebagai menggalakkan, membantu dan bersubahat dengan BSM sedemikian. Membantu dan bersubahat dengan pelanggaran peruntukan jenayah seperti yang terkandung dalam Akta Jualan Langsung 1993 adalah satu kesalahan jenayah. Selain kemungkinan terdedah kepada jenayah, lesen AMWAY dan juga reputasi baiknya yang dibina selama bertahun-tahun berada dalam risiko.
Berdasarkan perkara yang disebut di atas, maka polisi BSM/Acara adalah perlu untuk melindungi kestabilan AMWAY dan ABOnya dalam jangka masa panjang juga mengekal dan memelihara reputasi cemerlang AMWAY dan ABOnya sebagai pengendali perniagaan yang bertanggungjawab. Oleh yang demikian, BSM/Acara akan dibenarkan di bawah garis panduan AMWAY.
Definisi Bahan Sokongan Perniagaan (BSM)
Bagi tujuan Polisi ini, Bahan Sokongan Perniagaan (BSM) bermakna produk dan perkhidmatan yang bertujuan untuk menyokong dan membantu pemasaran dan penjualan produk dan perkhidmatan AMWAY serta Peluang Perniagaan AMWAY. Ia termasuk tetapi tidak terhad pada:
- Buku, majalah, katalog, surat khabar, surat berita atau sebarang bentuk bahan yang dicetak.
- Pita, CD, Wav, MP3 atau atau sebarang bahan berbentuk audio yang lain.
- Kaset video, VCD, DVD atau sebarang bahan berbentuk visual yang lain.
- Tapak web, laman web, borang Arahan Tersedia atau sebarang bahan multimedia yang lain.
Pernyataan Keperluan
Standard-standard umum yang berikut akan dikenakan:
| 1. | Semua penjualan dan pembelian BSM (termasuk tiket acara) mestilah hanya secara sukarela. Tiada tekanan atau paksaan jualan atau sebagainya yang mungkin diguna untuk memaksa atau meyakinkan ABO untuk membeli atau menjual BSM. Bagi mengelakkan sebarang keraguan, ABO tidak akan ditawarkan atau ABO tidak boleh dibebani atau dipaksa membeli BSM yang terdiri daripada yang mana boleh merangkumi tetapi tidak terhad pada satu siri BSM, perkhidmatan atau produk atau sebarang kombinasi iaitu mana-mana yang dibungkus, dimasukkan, digabungkan dengan atau ditambah oleh pihak ketiga ke dalam mana-mana BSM. ABO mungkin tidak ditawarkan BSM yang dibungkus bersama dengan produk dan/atau perkhidmatan. Mesti terdapat pernyataan bertulis yang diberi kepada setiap ABO yang dibuat dalam bentuk yang memuaskan pihak AMWAY, yang menunjukkan bahawa pembelian BSM adalah secara sukarela dan sekiranya atas sebarang alasan ABO tidak berpuas hati, beliau boleh menerima bayaran balik penuh. | ||||||||||||||
| 2. | Seseorang ABO tidak boleh diletakkan dalam kedudukan yang merugikan oleh mana-mana ABO atasan atau ABO bawahan akibat daripada tidak menjual dan/atau membeli BSM. | ||||||||||||||
| 3. | ABO tidak seharusnya menerima sebarang pampasan, insentif atau faedah untuk jualan BSM. | ||||||||||||||
| 4. | ABO boleh menjual BSM hanya pada harga kos dan harganya mestilah dinyatakan dengan jelas. Tidak seharusnya ada pengambilan untung daripada jualan mana-mana BSM. ABO sentiasa boleh memberi BSM secara percuma. Oleh itu harga BSM mestilah mematuhi ini tetapi tidak melebihi harga berikut yang dinyatakan di bawah: | ||||||||||||||
|
|||||||||||||||
| Perhatian: Polisi harga di atas adalah tertakluk pada semakan semula atau pindaan yang dianggap sesuai oleh AMWAY Malaysia. | |||||||||||||||
| 5. | Kandungan BSM mestilah benar dan adil serta tidak mengandungi sebarang dakwaan pendapatan, dakwaan produk atau unsur-unsur agama dan politik. Pihak Syarikat berhak menyemak semula sebarang BSM yang ditawarkan oleh ABO untuk jualan (atau percuma) bagi memastikan ia mematuhi Polisi ini. | ||||||||||||||
| 6. | ABO tidak boleh menerima sebarang faedah daripada pihak ketiga yang menghasilkan BSM/Acara. | ||||||||||||||
| 7. | Tiada tanda niaga AMWAY, nama dagang atau logo yang boleh diguna pada sebarang BSM, termasuk BSM pihak ketiga, tanpa kebenaran AMWAY secara bertulis sebelum itu. | ||||||||||||||
| 8. | ABO tidak boleh mempromosi atau menjual tiket acara/BSM yang ditawarkan oleh pihak ketiga yang gagal mematuhi Polisi ini dan Peraturan Tatacara & Tingkah Laku AMWAY. |
Acara, Rali dan Mesyuarat
Berhubung dengan acara, rali dan mesyuarat (‘acara’), selain standard-standard yang dinyatakan sebelum ini, standard-standard tambahan berikut dikenakan.
| 1. |
|
||||||
| 2. | Keuntungan tidak boleh dikutip daripada jualan tiket untuk acara-acara ini. | ||||||
| 3. | Selepas penutupan acara, satu ringkasan akaun yang mengesahkan tiada keuntungan yang dikutip mesti diserahkan kepada AMWAY apabila diminta. | ||||||
| 4. | Sekiranya AMWAY tidak boleh mengenal pasti ABO yang bertanggungjawab terhadap mesyuarat, semua Intan dalam Barisan Penajaan akan dipertanggungjawabkan. | ||||||
| 5. | Kos seperti bayaran bagi sehari dan perbelanjaan perjalanan yang dibayar kepada penceramah jemputan haruslah mematuhi garis panduan AMWAY yang telah diterbitkan. | ||||||
| 6. | Membekal tiket/pas ke acara yang dianjurkan oleh ABO kepada kumpulan Pemilikan ABO yang lain adalah dilarang sama sekali. Pemimpin harus memastikan promosi acara, jika ada, mestilah di kalangan organisasi mereka sendiri sahaja dan promosi acara kepada kumpulan lain adalah tidak dibenarkan kecuali dengan persetujuan bertulis daripada Intan atasan. | ||||||
| 7. | Persetujuan Intan atasan adalah diperlukan untuk mana-mana Platinum yang ingin mempromosikannya ke kumpulan lain. | ||||||
| 8. | Meminta atau memujuk mana-mana ABO dari kumpulan lain untuk mempromosikannya adalah tidak dibenarkan. | ||||||
| 9. | Identiti organisasi di Mesyuarat Tajaan AMWAY, penerbitan eNEWSGRAM dan AMAGRAM adalah tidak dibenarkan. |
Peraturan Penyampaian
Peraturan-peraturan yang Menentukan Kandungan Penyampaian di Mesyuarat yang Direka untuk Menyokong Perniagaan AMWAY.
Untuk melindungi reputasi ABO dan AMWAY juga untuk mengelakkan komen, kenyataan dan pernyataan yang tidak diingini dan tidak sesuai dibuat sewaktu penyampaian yang mana boleh menimbulkan isu, ketidakharmonian dan mendedahkan AMWAY kepada penelitian yang tidak perlu dan tidak wajar, Peraturan-peraturan Penyampaian yang berikut perlu dipatuhi di semua acara yang berkait dengan perniagaan AMWAY.
Kandungan penyampaian mestilah merangkumi atau menyokong promosi penjualan produk dan perkhidmatan AMWAY, dan mestilah hanya mematuhi yang berikut:
| 1. | ABO tidak harus: | ||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||
| 2. | Pandangan peribadi terhadap yang berikut adalah tidak sesuai: | ||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||
| 3. | Perbincangan dari peringkat perniagaan mestilah hanya berkait dengan etika dan sikap positif yang akan membantu dan menggalakkan produk, khidmat dan perniagaan ABO dan AMWAY. | ||||||||||||||||||||||||||
| 4. | Penyertaan dalam BSM/Acara mestilah sentiasa diletakkan sebagai aspek pilihan dalam menyokong pembinaan perniagaan AMWAY. | ||||||||||||||||||||||||||
| 5. | Penyertaan dalam BSM/Acara mestilah sentiasa diletakkan sebagai aspek pilihan dalam menyokong pembinaan perniagaan AMWAY. |
Akibat Ketidakpatuhan
| • | Jika seseorang ABO melanggar Polisi BSM/Acara, satu surat bertulis meminta ABO berhenti dalam suatu tempoh masa akan dikeluarkan. | ||||||||||
| • | Mereka yang gagal mematuhi atau sesiapa yang tidak mengendahkan langsung polisi tersebut seperti yang dibuktikan dengan pelanggaran yang berulang kali mungkin dikenakan satu atau lebih tindakan seperti berikut: | ||||||||||
|
Pindaan Polisi
Polisi ini akan disemak dan mungkin dipinda dari semasa ke semasa untuk sentiasa memastikan usaha-usaha terbaik AMWAY Malaysia agar tetap mematuhi Akta Jualan Langsung dan syarat-syarat yang dikenakan ke atas Pembaharuan Lesen kami dan untuk memenuhi keperluan AMWAY Malaysia dan organisasi ABOnya yang pelbagai dan berubah-ubah.
Polisi ini tidak menjejaskan dan tidak mengurangkan peruntukan-peruntukan lain atau Peraturan-peraturan yang terkandung dalam Peraturan Tatacara & Tingkah Laku AMWAY.
Keterangan tentang Bahan-bahan Sokongan Perniagaan (BSM) yang dijelaskan dalam Peraturan ini harus sama-sama diguna pakai dengan Peraturan sebelum ini.
