Hak Harta Intelek - IP
Polisi ini diterbitkan oleh Amway Malaysia Sdn Bhd dan lesennya adalah di bawah Hak Cipta 2001 Amway.
Amway memiliki dan menguruskan hak-hak harta intelek Amway dan lain-lain harta intelek yang berkaitan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, NUTRILITE, eSpring, ATMOSPHERE, ARTISTRY, SATINIQUE, BODY SERIES, GLISTER, COLOUR CREATION, ALLANO, SUDZY, TROPICAL HERBS, BEE TREASURES, DISH DROPS, iCOOK, dan QUEEN.
1. | Ringkasan | ||||||||||||||
|
|||||||||||||||
2. | Perubahan | ||||||||||||||
Syarikat boleh membuat perubahan kepada Seksyen ini dari semasa ke semasa. Sila ikuti maklumat terkini untuk memastikan anda mematuhi Polisi kami. | |||||||||||||||
3. | Pelanggaran Harta Intelek | ||||||||||||||
Amway menghormati harta intelek orang lain dan kami meminta ABO kami untuk melakukan perkara yang sama, menurut Undang-undang Tanda Dagangan dan Peraturan Tatacara & Tingkah Laku Amway. |
Perkara Utama tentang Penggunaan Harta Intelek Pihak Ketiga oleh ABO
- ABO tidak seharusnya menggunakan tanda dagangan, hak cipta, atau harta intelek Amway atau syarikat gabungan Amway yang lain tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Amway.
- ABO perlu memahami kepentingan kebenaran yang betul dan penggunaan harta intelek pihak ketiga.
- ABO hendaklah mematuhi Peraturan Tatacara & Tingkah Laku Amway berkaitan dengan penggunaan harta intelek pihak ketiga, sebagai sebahagian daripada pematuhan semua undang-undang dan peraturan tempatan.
- ABO tidak seharusnya merekodkan (audio atau video) mesyuarat atau majlis Amway tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Amway.
- Tanpa lesen yang betul, ABO tidak seharusnya menggunakan tanda dagangan, hak cipta atau harta intelek pihak ketiga yang lain berhubung dengan perniagaan Amway mereka.
- Tanpa lesen yang betul, video tidak boleh dimuat naik ke internet atau diedarkan melalui e-mel.
Jika anda percaya bahawa harta intelek Amway telah dilanggar, sila tulis kepada kami di mysales@amway.com dengan tajuk subjek, "Pelanggaran Harta Intelek [Nombor Pemilikan ABO Anda]". Sila berikan dalam e-mel, maklumat pelanggaran itu seperti pautan ke butiran pelanggaran, butiran pelanggar, dan gambar pelanggaran itu supaya Amway boleh membuat susulan mengenai perkara itu.