Gerakkan tetikus ke atas untuk mengezum dekat

ARTISTRY SUPREME LX Krim Mata Penjanaan Semula (15ml)

Krim Mata Penjanaan Semula SUPREME LX ialah krim emolien kaya yang menawarkan faedah antipenuaan komprehensif 360 darjah untuk seluruh kawasan mata. Perolehi penampilan lebih muda dan mata yang lebih berseri dengan Krim Mata Penjanaan Semula SUPREME LX.

Harga runcit
RM 511.60
 

Item #: 118185

Paling laris

Produk SUPREME LX telah diuji secara klinikal dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Produk SUPREME LX hendaklah digunakan dua kali sehari, pagi dan petang sebagai fasa MENYUBUR dalam regimen penjagaan kulit ARTISTRY SIGNATURE anda iaitu PREP, INFUSE dan NOURISH.

Jangka hayat produk yang belum dibuka ialah tiga tahun. Apabila produk dibuka, ia mempunyai jangka hayat 12 bulan.

Dengan pematuhan arahan penggunaan dengan betul (dua kali sehari, pagi dan petang), Krim Penjanaan Semula SUPREME LX akan tahan selama 7 - 8 minggu. Krim Mata Penjanaan Semula SUPREME X akan tahan antara 8 - 12 minggu.

Kulit di sekeliling mata adalah sangat berbeza daripada kulit muka lain - ia 7 - 10 kali lebih nipis dan lebih sensitif. Tambahan pula, ia menua lebih cepat daripada mana-mana kawasan lain muka anda, oleh itu penjagaan khas diperlukan.

Sejumlah 5 paten telah difailkan; 2 untuk penggunaan Cardiolipin/L-Carnosine, 1 untuk Ekstrak daun Bayam, 1 untuk kaedah digunakan dalam menentukan dakwaan "bertindak 15 tahun lebih muda" dan 1 untuk ekstrak Oat yang meningkatkan kadar pembaharuan sel. Selain itu, terdapat 11 paten masih menunggu; 4 untuk pembungkusan inovatif, 1 paten tambahan masih menunggu untuk Ekstrak Daun Bayam dan 6 untuk Komposisi dan Kaedah bagi Penyediaan Ampaian Liposom Unilamellar Stabil.

Kesemua produk penjagaan kulit ARTISTRY kami serasi dengan Koleksi SUPREME LX termasuk Mekap SIGNATURE dan produk asas ARTISTRY.

Seperti semua penjagaan kulit ARTISTRY, produk SUPREME LX direka agar dapat digabungkan ke dalam regimen penjagaan kulit ARTISTRY anda iaitu PREP, INFUSE dan NOURISH. Jika anda mempunyai kebimbangan lain mengenai penjagaan kulit, anda boleh merangsang faedahnya dengan hanya mengubah regimen anda dengan menambah produk ARTISTRY yang dikenal pasti.

Koleksi penjagaan kulit YOUTH XTEND menggiatkan semula masa depan kulit dengan memperkuatkan dan melanjutkan jangka hayat sel kulit. Penjanaan semula (dalam nama produk) dan mempermudakan, kedua-duanya merujuk kepada faedah produk SUPREME LX iaitu tenaga diperbaharui daripada memperluaskan keupayaan semula jadi kulit untuk memberikanya tenaga semula. Dengan produk SUPREME LX, kulit bertindak sehingga 15 tahun lebih muda.

Produk SUPREME LX adalah rumusan penjagaan kulit ARTISTRY termaju dari segi teknologi dan berkesan untuk mencapai penampilan kulit yang lebih muda. Produk terakhir mengandungi teknologi terbaik yang wujud untuk mengurangkan semua tanda penuaan utama yang jelas.

Campuran ujian klinikal, pengguna dan in vitro telah dijalankan untuk menyokong tuntutan keselamatan dan keberkesanan. Hasil telah ditunjukkan daripada 25 kajian dengan lebih 850 penilaian dalam memastikan keselamatan, prestasi dan kepuasan pengguna. Semua hasil telah difailkan dalam arkib Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan.

Kami menentang ujian haiwan dan produk kami tidak diuji ke atas haiwan kecuali dikendaki oleh peraturan kerajaan. Kami menyokong dengan aktif usaha untuk mencipta dan menggunakan alternatif bagi ujian haiwan yang dikehendaki. Kami menjalankan ujian klinikal dan pengguna dengan sukarelawan manusia.

Krim Penjanaan Semula SUPREME LX mengandungi Asetilglukosamina (bahan yang membantu pembaharuan sel) daripada cengkerang krustasean dan hanya terdapat dalam krim muka, manakala kolestrol daripada lanolin biri-biri terdapat dalam krim muka dan krim mata. ARTISTRY memilih dengan teliti bahan yang digunakan dalam produk kosmetiknya dengan mengambil kira kedua-dua keselamatan dan keberkesanan bahan. Banyak bahan yang diperolehi daripada haiwan mempunyai penggunaan tahan lama dalam industri kosmetik dan terkandung dalam sesetengah produk kosmetik keluaran ARTISTRY; walau bagaimanapun kami secara berterusan cuba mengurangkan penggunaannya apabila terdapat alternatif selamat dan berkesan. Bahan ini disemak dengan teliti oleh saintis kami dan mematuhi keperluan undang-undang negara ia dipasarkan. Pertimbangan khusus juga diberikan berhubung penggunaan bahan terbitan haiwan dalam sesetengah pasaran disebabkan agama tempatan adat dan amalan.

Kami tidak mempunyai program khas untuk gluten tetapi kami mempunyai program saringan umum untuk bahan mentah daripada bahan berasaskan makanan yang diketahui sebagai alergen. Kami menyaring semua bahan mentah untuk kehadiran protein bagi mengesahkan bahawa produk mengandungi bahan yang tidak akan merangsang tindak balas alahan kepada pengguna yang alah kepada bahan makanan berkenaan. Gluten adalah protein dan boleh dikesan dalam saringan cerakin.

Bioritma ialah perubahan fizikal, mental dan tabiat yang mengikut kitaran 24-jam, bergerak balas terutamanya kepada cahaya dan kegelapan. (Bioritma juga dirujuk sebagai Ritma Sirkadian). Kajian bioritma dan cara badan kita bertindak balas secara semula jadi kepadanya digelar Kronobiologi.

Saintis ARTISTRY telah membangunkan rumusan eksklusif ini dengan memanfaatkan penemuan bahan baru dan pemahaman teknologi generasi akan datang.

SATU: Ekstrak Sel Tunjang Gardenia Grandiflora
Sel tunjang adalah punca tenaga tumbuhan; ia diperbaharui dengan sendiri dan tidak pernah melalui proses penuaan. Gardenia Grandiflora dipilih kerana kemujaraban dan ketulenannya, mempunyai tenaga yang cukup untuk subur di sesetengah iklim paling teruk di planet dan sel tunjangnya didapati memiliki kuasa penjanaan semula luar biasa.

Menyelaras Semula Fungsi Semula Jadi Kulit: Fungsi kulit berada dalam keadaan terbaik apabila bioritma semula jadinya seimbang. Pada siang hari, kulit bertindak balas kepada tekanan alam sekitar dan melindunginya. Pada malam hari kulit memperbaiki kerosakan dan menambah balik lembapan bersama-sama fungsi lain. Kulit menjadi tidak selaras akibat banyak sebab yang berbeza seperti kurang tidur, kerosakan UV, kesakitan, penuaan kronologi, pengembaraan, tekanan dll. Ia berfungsi dengan kurang berkesan dan menyebabkan tanda penuaan jelas.

Ekstrak Sel Tunjang Gardenia Grandiflora membantu "melaras semula" dan menyeleraskan semula bioritma semula jadi, bagi membantu mencegah tanda penuaan yang jelas.

DUA: Kompleks CellEffect24
Teknologi multifasa yang membantu menambah balik, memberi tenaga dan melindungi kulit dengan membantu memperbaharui dan memperluaskan keupayaan kulit untuk memberi tenaga yang lebih baik dari sebelum ini. Kompleks CellEffect24 diperkaya dengan Emas 24 Karat. Juga dikenali sebagai "Emas Tulen", ia mengeluarkan pembauran cahaya optik, memberikan kesan fokus yang lembut pada kulit. Kedutan dan ketidaksempurnaan dibaurkan dengan serta-merta, mempertingkatkan kulit agar kelihatan lebih muda.

Memberikan semula Tenaga Kulit: Kulit memerlukan tenaga untuk memberi kuasa kepada kesemua fungsinya; tahap tenaga ini secara semula jadi berkurangan bila kita berusia, mendorong kepada tanda penuaan yang jelas. Komplek CellEffect24 mempunyai kesan mendalam kepada tahap tenaga semula jadi kulit anda dengan membantu menggandakan keupayaan semula jadi kulit untuk memberikannya tenaga.

Saintis ARTISTRY mendapati bahawa terdapat hubung kait antara cara kulit bertindak dan umur kronologi. Mereka membangunkan kaedah pengukuran yang tepat untuk menilai cara kulit bertindak dan dengan bantuan peralatan Makmal Pengimejan Termaju kami, menjalankan kajian klinikal untuk menunjukkan kesan Krim Penjanaan Semula SUPREME LX dan Krim Mata Penjanaan Semula SUPREME LX pada kulit. Kajian tersebut menggunakan sekumpulan orang berumur antara 45 - 60 tahun. Selepas 6 minggu penggunaan produk itu, kaedah pengukuran tersebut mengesahkan purata peningkatan bagaimana kulit bertindak sehingga 15 tahun lebih muda bagi mereka yang menggunakan produk SUPREME LX .

Kompleks CellEffect24 membantu menggandakan keupayaan semula jadi kulit untuk memberikannya tenaga dan mengandungi beberapa bahan baru: Emas 24 Karat, Rhodiola dan Ceri Aserola Hijau, selain Cardiolipin, dan Ekstrak Daun Bayam dan L-Carnosine yang merupakan sebahagian daripada Teknologi CellEffect.

Cardiolipin, ekstrak daun Bayam dan L-Carnosine telah dipatenkan.

Ekstrak Sel Tunjang Gardenia Grandiflora dituai dengan teknologi High Tech Nature (HTN) iaitu satu proses eksklusif. Ia merupakan cara eko-lestari untuk mengekstrak bahan khusus yang terlibat dalam tindak balas pertahanan tumbuhan terhadap alam sekitar dan tekanan biologi tanpa membahayakan tumbuhan itu.

Proses penuaian menghasilkan ekstrak botani yang lebih seragam kerana tiada variasi alam sekitar dalam cuaca, cahaya matahari, tanah atau air. Dengan proses mampan ini, penuaian ekstrak Sel Tunjang Gardenia Grandiflora memastikan kedua-dua ketekalan dan kestabilan yang mengeluarkan tahap ketulenan yang lebih tinggi sehingga 1,000 kali pekatan molekul aktif.

Produk SUPREME LX menggunakan Emas 24 Karat yang tulen dan cecair semula jadi dalam rumusan. Selain menjadi sebahagian daripada Kompleks CellEffect24, di samping optik lain, ia memberikan fokus yang lembut, pembauran nipis dan membantu memperbaiki penampilan kedutan.

Cardiolipin ialah lipid unik dan berharga, sama seperti yang ditemui dalam kulit secara semula jadi. Bahan tersebut diperolehi melalui proses biokejuruteraan yang bermula dengan minyak kacang soya.

Ekstrak Daun Spinacala Oleracea (Bayam) ialah ekstrak eksklusif keluaran NUTRILITE yang membantu mengecas kulit dengan tenaga. Selain itu, sebagai antioksidan berkuasa, ia membantu melindungi kulit daripada tekanan oksidatif. Tetapi yang paling penting, ia mempertingkatkan pemulihan semula jadi kulit. Bayam ditanam di ladang NUTRILITE dan ia merupakan bahan NUTRILITE bersepadu secara menegak yang pertama digunakan dalam produk kosmetik ARTISTRY. Ini bermaksud ia merupakan kali pertama semua langkah pengeluaran (menanam, membesar, menuai, mengekstrak dan menulenkan ekstrak) dijalankan oleh NUTRILITE.

Ekstrak Ceri Aserola Hijau adalah eksklusif kepada penjagaan kulit ARTISTRY dan mempunyai nilai antioksidan yang tinggi kerana ia merupakan sumber antioksidan Vitamin C yang kaya dan semula jadi. Malah, Ceri Aserola telah menunjukkan bahawa ia merupakan salah satu sumber Vitamin C semula jadi yang terkaya, lebih banyak daripada buah sitrus yang dipuji-puji secara tradisional. Ceri Aserola ialah bahan NUTRILITE disepadukan secara menegak yang digunakan dalam produk ARTISTRY dan ditanam di ladang NUTRILITE terbesar kami yang mengeluarkan Ceri Aserola sepanjang tahun.

Apabila sel kulit mempunyai pengeluaran tenaga yang tinggi, ia merangsang keupayaan untuk melaksanakan fungsi pentingnnya. Ini meningkatkan sel tenaga termasuk :

  • Meningkatkan perolehan sel kulit - menghasilkan kulit kelihatan dan rasa lebih licin.
  • Mengurangkan penampilan suram dan letih - menghasilkan peningkatan dalam kecerahan kulit.
  • Penampilan lebih menarik dan rasa kepejalan dan keanjalan pada kulit.
  • Kulit kelihatan lebih muda dan lebih segar.

Bioritma ialah perubahan semula jadi yang badan dan mental lalui semasa kitaran 24-jam sehari. Kajian berkenaan hal ini dan cara badan kita bergerak balas dikenali sebagai Kronobiologi. Saintis ARTISTRY menyiasat peranan bioritma semula jadi kita dalam keseluruhan penampilan kulit dan ketahanan terhadap penuaan. Mereka mendapati bahawa terdapat faedah mempunyai kulit yang diselaraskan dengan baik apabila fungsi diselarikan dengan masa pada hari berkenaan. Ia berupaya untuk melindunginya dengan lebih baik pada siang hari dan membaikinya dengan lebih baik pada malam hari.

Setiap produk SUPREME LX menjalani proses penteksturan mikro lasak yang mencapai tekstur kaya dan mewah yang tidak terdapat dalam mana-mana produk ARTISTRY lain. Produk SUPREME LX dikeluarkan dengan menggunakan 97 langkah proses penteksturan mikro yang mencipta dua partikel krim terkecil yang pernah kami buat. Partikel kecil ini membuat produk SUPREME LX rasa pejal, licin dan mewah serta membenarkan penyerapan ke dalam kulit dengan lancar. Produk dihasilkan dalam kelompok kecil dengan penuh teliti.

Krim Mata Penjanaan Semula SUPREME LX adalah tanpa haruman kerana ia lebih sesuai untuk kawasan mata yang sensitif untuk mengurangkan potensi kerengsaan.

Ya. Ia juga selamat untuk pemakai kanta lekap. Ia telah diuji untuk alahan dan diuji oleh dermatologi. Ia sesuai untuk semua jenis kulit, lembut pada kulit, tidak merengsakan dan lembut.

Produk SUPREME LX telah diuji dengan teliti ke atas kumpulan individu dengan kulit sensitif. Tiada bukti gerak balas alahan atau kerengsaan ekstrem. Walau bagaimanapun, kami mengiktiraf bahawa tiada program ujian boleh menjamin individu yang ingin menggunakannya tidak mengalami tindak balas.

Sensasi berdenyut-denyut, pedih sedikit atau kemerahan sedikit tidak dilaporkan semasa kajian keselamatan kami. Jika anda mengalami sensasi, kami mengesyorkan anda berhenti menggunakannya.

Pada umumnya, kami tidak mengesyorkan penggunaan sebarang produk kosmetik selepas selaran matahari yang "teruk" atau sebarang rawatan yang menyebabkan keradangan ekstrem. Produk ini hanya boleh digunakan selepas keradangan reda. Untuk penggunaan selepas rawatan pengupasan kimia atau laser, seseorang itu perlu mendapatkan nasihat doktor.

Produk dalam Koleksi SUPREME LX adalah serasi secara estetik dengan semua penjagaan kulit ARTISTRY.

Bahan dalam Krim Penjanaan Semula SUPREME LX dan Krim Mata Penjanaan Semula SUPREME LX adalah selamat digunakan oleh semua wanita. Kajian keselamatan kosmetik tidak dilakukan ke atas wanita hamil. Sama ada ingin menggunakan produk ini atau tidak hendaklah dibincangkan oleh pesakit dengan doktornya.

Produk-produk Lain