Gerakkan tetikus ke atas untuk mengezum dekat

eSpring Pengalih Paip Tambahan

Dengan penggunaan Kepala Paip Tambahan Sistem Rawatan Air, unit eSpring boleh dipasang di bawah sinki (bawah kaunter).

Harga runcit
RM 355.80
 

Item #: 100663

Paling laris

‘Diaktifkan’ bererti karbon itu telah diproses untuk mewujudkan rongga di dalam karbon itu sendiri. Ini menambah kawasan permukaan karbon. ‘Tekan’ bererti karbon itu telah dimampatkan menjadi blok berongga, dengan menggunakan teknologi berpaten khas. Apabila air terkena karbon yang diaktifkan, bahan kimia dan partikel terperangkap di dalam rongga. Dinding saluran berongga ini akan menjerap pelbagai bahan cemar organik. Apabila rongga dan kawasan permukaan bertambah, begitu juga kemampuan karbon diaktifkan untuk menuras bahan cemar.

Karbon yang diaktifkan mudah merekat dan menjerap kebanyakan sebatian berasaskan karbon organik seperti racun serangga dan racun herba. Karbon yang digunakan dalam kartrij eSpring mempunyai pengedaran khas terdiri daripada tiga saiz liang:

  • Liang makro adalah liang besar yang menyingkirkan sebatian lebih besar (jisim atom melebihi 10,000 unit).
  • Liang peralihan menyingkirkan sebatian bersaiz sederhana dengan jisim atom sekitar 500 unit seperti racun serangga.
  • Liang mikro menyingkirkan sebatian kecil dengan jisim atom di bawah 100 unit, seperti THM.

Karbon yang diaktifkan dalam penuras merekat sebatian organik berasaskan karbon. Mineral dan sebatian bukan organik lain tidak mempunyai asas karbon. Oleh itu, selalunya rekatan tidak akan terjadi dengan karbon, dan mineral akan terus berada dalam larutan air serta melalui penuras itu.

Tidak mustahil bagi sesebuah penuras karbon yang direka dengan baik dapat menyingkirkan bahan cemar bukan organik tertentu. AMWAY telah mendokumenkan bahawa penuras karbon eSpring boleh menyingkirkan plumbum, merkuri dan radon. Terdapat sebab-sebab teknikal mengapa penuras eSpring amat berkesan menyingkirkan plumbum dan bahan bukan organik terpilih yang
lain, namun kesan kombinasi tarikan terhad bahan-bahan ini terhadap karbon dan juga kimia air lain yang membantu penyingkiran itu. AMWAY telah menilai sistem itu bagi penyingkiran bahan-bahan bukan organik lain. Tetapi setakat ini, inilah sahaja bahan-bahan bukan organik yang memenuhi garis panduan penyingkiran yang ketat yang telah ditetapkan. AMWAY tidak akan mendakwa penyingkiran sebarang bahan melainkan kami pasti akan penyingkirannya di hujung hayat penuras. Umumnya, sebarang dakwaan yang dibuat oleh syarikat yang memasarkan penuras karbon mengenai penyingkiran sebatian bukan organik hendaklah dipersoalkan. Kami tidak tahu tentang sebarang sistem karbon yang mampu menyingkirkan sebegitu banyak bahan bukan organik di sepanjang hayat penuras.

Klorin adalah satu daripada beberapa pengecualian terhadap peraturan asas karbon. Klorin bertindak balas dengan permukaan penuras karbon dan berubah menjadi klorida. Tindak balas ini menghapuskan klorin dengan rasa dan baunya tidak menyenangkan.

Sekiranya terdapat bakteria di dalam air yang masuk, ia mungkin membiak di dalam penuras karbon pada waktu malam atau semasa unit tidak dihidupkan.
Ini memang benar bagi semua penuras karbon di pasaran – termasuk yang dirawat dengan perak. Sistem Rawatan Air eSpring mengguna cahaya ultra ungu untuk memusnahkan sebarang bakteria yang ada dalam air selepas ia meninggalkan penuras karbon.

Beberapa penuras seramik mungkin menyingkirkan bakteria tertentu bagi jangka masa pendek. Namun, penyingkiran ini tidak boleh diharapkan lagi sekiranya penuras digunakan lebih lama. Apabila syarikat yang memasarkan penuras membuat dakwaan seperti ini, mintalah hasil ujian yang didokumenkan bagi menunjukkan keupayaan penyingkirannya di hujung hayat terkadar penuras itu.

Ini perkara biasa. Partikel hitam itu adalah habuk karbon yang dittinggalkan hasil daripada proses pembuatan. Cuma biarkan air itu mengalir, dan habuk akan hilang dalam masa beberapa minit sahaja. Selain itu, aliran awal selama beberapa minit itu akan membasahkan seluruh penuras dan meningkatkan keupayaan penjerapan.

Kartrij eSpring mempunyai prapenuras luar boleh tanggal yang telah dibuat untuk melindungi kartrij daripada tersumbat sebelum masanya bila terdedah kepada air paip yang mengandungi paras mendapan atau kekeruhan yang tinggi. Prapenuras ini adalah satu rekaan unik yang dibuat dengan perantara berlisu nominal 1 mikron untuk mendapatkan kawasan permukaan lebih luas bagi memerangkap partikel yang mungkin menyumbat penuras karbon. Ini membolehkan penuras karbon menjadi lebih berkesan dalam mengurangkan bahan-bahan cemar.

Tidak seperti fabrik kain, yang dibuat daripada serat yang ditenun, fabrik tanpa tenun dihasilkan sebagai lembaran atau lapisan tunggal. Bahan tanpa tenun yang diguna dalam pembalut luar eSpring adalah bahan polimer sintetik yang dikenali sebagai polipropilena. Polipropilena adalah lengai – bererti ia tidak bertindak balas secara kimia atau terurai sepanjang hayat penuras.

Ya, pada awalnya. Proses pengaktifan karbon meninggalkan permukaan beralkali pada karbon, sama seperti soda penaik. Permukaan beralkali ini meningkatkan pH air yang pada mulanya melalui penuras ke tahap 9-10. Peralihan pH ini adalah dalam lingkungan yang diterima untuk air minum.

Sebab utama partikel putih di dalam air terawat ialah keliatan air. Air yang dirawat mungkin mempunyai pH yang agak tinggi berbanding air yang belum dirawat. Ini boleh menyebabkan kalsium dan magnesium yang larut – mineral berfaedah – termendak dan membentuk kepingan putih atau kelabu yang tenggelam di dasar bekas. Partikel itu muncul tidak lama selepas pemasangan penuras baru di dalam keadaan air liat. Suhu juga boleh menjadi faktor penyumbang.

Kalsium dan magnesium, mineral keliatan air, menjadi kurang larut apabila suhu meningkat. Peningkatan pH air - yang berlaku semasa proses penulenan eSpring - juga boleh menyebabkan mineral termendak. Apabila anda menggabungkan kedua-dua faktor dengan mendidihkan air eSpring, pemendakan berkemungkinan besar berlaku. (Selain itu, air yang sejuk juga menyebabkan mineral termendak - itulah sebabnya habuk putih kadang-kadang boleh dilihat di dalam kiub ais yang dibuat dengan air eSpring.)

Para saintis yang mengkaji fenomena ini mendapati ia disebabkan oleh tindak balas kalsium di dalam air liat dan sebatian semula jadi di dalam kopi dan teh. Oleh kerana air terawat mungkin mempunyai pH yang lebih tinggi sedikit, ini membuatkan tindak balas lebih berkemungkinan terjadi. Ini hanya berlaku di dalam air liat.

Ya. Kadar aliran terutamanya adalah ukuran sifat-sifat penyingkiran partikel fizikal penuras anda. Jika air anda mempunyai kepekatan partikel pepejal yang tinggi, penuras boleh tersumbat sebelum satu tahun, mengurangkan aliran. Jika air anda mempunyai tahap kepekatan partikel pepejal yang rendah, penuras mungkin tidak tersumbat selama beberapa tahun. Walau bagaimanapun,hayat penuras adalah berdasarkan kedua-duasifat-sifat penyingkiran fizikal dan penyingkiran penjerapan kimia. Lebih daripada satu tahun, kami tidak dapat menjamin bahawa penuras masih akan mengeluarkan banyak bahan cemar yang memerlukan penjerapan kimia. Memandangkan bahan-bahan cemar ini seringkali tidak berperisa dan tidak berbau, satu-satunya cara tertentu untuk memastikan kartrij anda akan terus menyingkirkannya adalah untuk menggantikan kartrij apabila monitor sistem itu menunjukkannya.

Selagi penuras digunakan dengan betul dan digantikan seperti yang disyorkan, ini bukan satu isu.

Tidak. Untuk mengekalkan prestasi seperti yang didakwa dan didokumenkan oleh AMWAY, kartrij mesti ditukar setiap tahun - tidak mengira jumlah air yang dirawat. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa sebatian besar pada awalnya disingkirkan oleh liang besar, tetapi lama-kelamaan akan meresap dan mula menyumbat beberapa liang kecil. Ini mengurangkan bilangan liang-liang kecil yang ada untuk memerangkap sebatian kecil, dan keupayaan untuk menyingkirkan sebatian kecil (THM) dikurangkan. Resapan sebatian besar ini dan penyumbatan liang-liang kecil berlaku dari masa ke masa dan tidak hanya bergantung kepada jumlah liter yang dituras. Jadi, bagi memastikan bahawa penuras terus menyingkirkan sebatian yang paling kecil seperti yang kita katakan berlaku, ia perlu diganti sekurang-kurangnya sekali setahun tanpa mengira jumlah yang dituras. Jika tidak, sebatian kecil tidak boleh dituras keluar.

Tidak. Itu hanya akan berlaku jika aliran air adalah dari satu hujung penuras ke hujung yang lain. Sistem Rawatan Air eSpring direka supaya air mengalir jejari ke dalam dari luar di sepanjang panjang penuras. Ini bermakna bahan cemar tersebar sama rata di seluruh penuras.

Tidak. Walaupun sesetengah pengeluar mempromosikan pengaliran ke belakang (memaksa penuras menghadapi aliran air tidak dirawat daripada arah yang bertentangan) sebagai satu cara untuk meningkatkan hayat penuras, ia sebenarnya akan mengurangkan hayat penuras karbon – atas sebab-sebab ini:
1. Ketika air diproses menerusi penuras karbon, bahan-bahan cemar menimbun berlapis-lapis, dengan pekatan tertinggi di luar penuras lama-kelamaan, lapisan ini tertimbun ke arah dalam, dan apabila lapisan tiba di teras penuras, penuras itu mesti dibuang.
2. Pengaliran ke belakang pada penuras itu akan membolehkan bahan cemar tertimbun di dalam penuras.
3. Apabila penuras kembali ke operasi normal, bahan cemar yang tertimbun di dalam penuras mula terbebas ke dalam air terawat, yang mengurangkan keberkesanan penuras itu. Kumpulan R&D Ada bersetuju bahawa pengaliran ke belakang adalah tidak sesuai untuk penuras karbon.

Telah terbukti dengan muktamad bahawa cahaya ultraungu yang diguna dalam Sistem Rawatan Air eSpring selamat digunakan di rumah anda. Cahaya ultraungu (UU) adalah satu bentuk kuasa sinaran, sama seperti cahaya yang boleh dilihat dan gelombang radio. Seperti kuasa sinaran yang lain, kuasa ultraungu mengeluarkan – atau ‘menyinarkan’ – dari satu sumber dan bergerak pada kelajuan cahaya menerusi udara dan ruang. Untuk alasan ini, sebarang bentuk kuasa sinaran boleh dirujuk sebagai ‘radiasi’ sama ada ia datang dari matahari, bal lampu, atau lampu UU dalam Sistem Rawatan Air eSpring. ‘Radiasi’ begini bukanlah satu bentuk radioaktiviti. ‘Radioaktiviti’ hanya merujuk pada bahan-bahan yang mengeluarkan radiasi nuklear, seperti uranium. Tidak ada bahan radioaktif di dalam Sistem Rawatan Air eSpring.

Ya. Cahaya ultraungu mula-mula diguna untuk merawat air pada 1919, dan dikenali ramai sebagai kaedah berkesan merawat air tanpa menggunakan bahan kimia. Ia selalu digunakan oleh pemproses makanan, syarikat minuman, pembekal air botol, pengilang farmaseutikal dan lain-lain untuk merawat air yang digunakan di dalam proses pengeluaran mereka.

Apabila sistem mengesan aliran air, sensor akan tercetus dan ia kemudiannya menyalakan Lampu UV. Selagi ada aliran air yang dikesan, Lampu UV akan terus menyala. Lampu akan menyala sehingga 30 saat selepas aliran air terhenti.

Selepas memasang Sistem Rawatan Air eSpring, kadar aliran untuk air tidak dirawat akan tetap tidak berubah. Bagaimanapun, air berturas yang dirawat akan mengalir pada kadar maksimum 3.4 lpm (0.9 gpm). Kadar aliran lebih rendah memberikan masa sentuhan yang cukup antara air, penuras partikel karbon, dan lampu UV untuk memastikan rawatan yang betul.

Jika unit itu tidak aktif, bakteria boleh membiak dalam air yang ada di tiub saluran keluar dan pengalih. Aliran 30 saat boleh membantu mengeluarkan semua air ini daripada sistem itu, dan menggantikan dengan air yang dirawat oleh Lampu UV. Atas sebab kebersihan, adalah disyorkan tiub itu diganti setiap 2 tahun. Pengalih harus dibersihkan bila perlu.

Tidak. Pendidihan bertujuan untuk memusnahkan bakteria berbahaya. Sistem Rawatan Air eSpring memusnahkan lebih daripada 99.9% organisma bawaan air yang berbahaya, menghapuskan terus keperluan terhadap pendidihan.

Mengalirkan air panas menerusi sistem adalah tidak disyorkan. Suhu tinggi akan mengurangkan keberkesanan penuras yang boleh juga menyebabkan integriti struktur unit itu terjejas. Keberkesanan optimum penyingkiran dan penjerapan boleh dicapai pada suhu di bawah 25ºC.

Selagi unit itu berada dalam kedudukan menegak, ia akan berfungsi dengan baik. Ketika memasang unit, ikuti dengan berhati-hati arahan pemasangan dalam Manual Pemilik. Prestasi atau ketahanan unit ini boleh terjejas jika pemasangan dilakukan secara berbeza atau telah diubahsuai.

Injap pengalih dan adapter yang dimasukkan bersama-sama sistem adalah dibuat untuk memuatkan hampir semua paip di pasaran. Bagaimanapun, pelanggan mungkin mempunyai rekaan paip luar biasa yang tidak muat dengan adapter. Kami syorkan pelanggan itu menggunakan opsyen pemasangan di bawah kaunter, jika boleh. Satu alternatif lain ialah meminta pelanggan memasang paip baru. Jika pelanggan enggan melakukan opsyen-opsyen di atas, sistem itu tidak boleh digunakan di rumah tersebut. Pemasangan harus dilakukan mengguna pengalih yang disediakan atau paip direka khas yang ditawarkan oleh Amway sahaja. Unit tersebut harus dipasang terus ke bekalan air di rumah kerana unit tersebut tidak direka untuk tahan dengan tekanan sepenuh masa.

Kebimbangan utama ialah bekas kartrij. Lama kelamaan komponen boleh menjadi lemah akibat larutan-larutan yang kuat ini dan larutan itu boleh menyebabkan perubahan warna.

Itu tidak disyorkan kerana ia akan menghalang penyerakan haba daripada unit.

Ya. Untuk mengelakkan air daripada menjadi tercemar, simpan dalam bekas yang bersih dengan penutup yang ketat. Jika disejukkan dalam bekas yang kedap udara, air terawat boleh disimpan sehingga satu minggu.

Biasanya, minyak dan asap dapur tidak akan merosakkan unit. Bagaimanapun, jika unit tidak dibersihkan dengan kerap, lama-kelamaan ia boleh berubah warna. Untuk mengekalkan kebersihan unit, hanya lap unit itu dengan Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk DISH DROPS yang telah dilarutkan.

Produk-produk Lain