Gerakkan tetikus ke atas untuk mengezum dekat

NUTRILITE Coenzyme Q10 Plus (60 cap)

NUTRILITE Coenzyme Q10 Plus dicipta khusus untuk menyokong dan menambahbaikkan kesihatan umum anda. Suplemen Coenzyme Q10 memberikan tubuh anda koenzim yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga yang penting untuk menyokong fungsi tubuh anda.

Harga runcit
RM 252.60
 

Item #: 101156

Paling laris

CoQ10 dinamakan ubiquinone kerana ia didapati dalam semua sel. Secata teknikal, CoQ10 dirujuk sebagai “bahan seperti vitamin” atau “faktor bersama” kerana ia dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh. Ia nutrien penting yang diperlukan oleh semua sel untuk menghasilkan tenaga.

CoQ10 adalah enzim penting yang menghasilkan 95% tenaga sel yang digunakan oleh tubuh. Organ-organ, terutamanya jantung, menggunakan banyak CoQ10 untuk melancarkan kekuatan mengepam, meningkatkan jumlah darah yang mengalir menerusinya dengan setiap degupan. Ia juga antioksidan yang boleh meneutralkan radikal bebas dan menggalakkan membran sel yang sihat.

Paras CoQ10 berkurangan seiring dengan usia. Tabiat makan dan pilihan gaya hidup kita boleh mengakibatkan kekurangan nutrisi. Faktor lain seperti senaman yang berat atau pengambilan ubat tertentu boleh juga mengurangkan paras CoQ10 dalam tubuh.

Mitokondria adalah struktur penghasil tenaga di dalam sel yang membolehkannya berfungsi, membaiki dan menyenggara dengan sendiri. Dalam banyak cara, mitokondria umpama enjin kereta. Sel tidak boleh berfungsi tanpa mitokondria dan kereta tidak boleh berfungsi tanpa enjin. Selagi sel hidup, ia memerlukan cara untuk menghasilkan tenaga. Tenaga ini datangnya dalam bentuk adenosina trifosfat (ATP). CoQ10 ialah pemangkin dalam penghasilan ATP. Oleh itu, mitokondria memerlukan paras CoQ10 yang mencukupi untuk memastikan penghasilan tenaga yang optimum.

Ya, CoQ10 sebahagian besarnya terdapat dalam daging lembu dan ikan yang berhijrah seperti sardin dan tenggiri serta sedikit dalam brokoli serta kacang. Kita perlukan kira-kira 30mg sehari, yang bererti bahawa kita perlu makan sejumlah besar makanan itu untuk mendapatkan persamaan 30mg CoQ10. Oleh yang demikian, untuk mendapatkan jumlah yang mencukupi untuk tubuh, bolehlah dipertimbangkan supaya ditambah dengan CoQ10.

CoQ10 secara umumnya tidak mengganggu kebanyakan jenis ubat dan bertoleransi dengan baik. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan agar tidak mengambilnya ketika sedang menjalani terapi Warfarin tanpa nasihat perubatan. Sebagai peraturan umum, kami sentiasa menasihati mereka yang baru kali pertama mengambilnya supaya bermula dengan dos yang rendah untuk memeriksa potensi tindak balas alahan, walaupun ia mungkin tidak berlaku dengan CoQ10. Wanita hamil hendaklah meminta nasihat doktor sebelum mengambil sebarang produk suplemen herba.

Pengambilan CoQ10 yang kerap boleh menambahbaikkan kesihatan keseluruhan. Ia juga dikenali kerana ciri-ciri antioksidannya.

NUTRILITE CoQ10 adalah satu-satunya formulasi yang terdapat di pasaran yang menggabungkan CoQ10, L-Karnitina Fumarat, Taurina dan Pekatan Bioflavonoid NUTRILITE dalam satu kapsul. Setiap kapsul memberikan 30mg CoQ10 di mana tiga kapsul ini dalam sehari akan memberikan tubuh 90mg CoQ10. Pekatan Bioflavonoid memberikan manfaat tambahan fitonutrien, membantu anda ke arah kesihatan optimum. Formulasi NUTRILITE CoQ10 kami bebas daripada perisa tiruan, pewarna atau bahan pengawet, oleh itu mengurangkan kejadian tindak balas alahan.

Ya, anda boleh mengambil CoQ10 dengan produk NUTRILITE yang lain seperti Natural B-Complex, Lecithin-E, Salmon Omega Complex, dan Protein Powder. Kerana CoQ10 larut lemak, ia paling baik diambil bersama-sama dengan Salmon Omega Complex dan/atau Lecithin-E, dengan sajian.

Kajian menunjukkan taurina membantu mengekalkan integriti sel dengan mengawal jumlah intrasel dan keseimbangan kalsium.

L-Karnitina terlibat dalam metabolisme karbohidrat dan protein, serta dalam penghantaran lemak ke dalam mitokondria. L-Karnitina juga memberikan banyak manfaat lain kepada banyak sistem tubuh. Ia juga menghadkan kerosakan yang disebabkan oleh kekurangan oksigen, meningkatkan sistem imun, melindungi darpadai tekanan oksidatif, merangsang aktiviti antioksidan enzim tertentu dan melindungi membran.

All NUTRILITE products, which are classified as health supplements, are not subjected to premarket approvals and licensing for their importation, manufacture and sales in Singapore.

Please be assured that AMWAY is committed to meeting the regulatory requirements and respecting the religious issues of all the countries in which we market products, particularly the unique requirements of the Muslim community.

We give you our assurance that the products currently available through AMWAY (Singapore) Pte Ltd do not contain ingredients originating from non-Halal sources or its derivatives.

We are very pleased to advise that products with the NUTRILITE brand name in the Nutrition & Wellness range sold by AMWAY (Singapore) Pte Ltd are certified Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). AMWAY's contract manufacturer for NUTRILITE softgel products, RP Scherer, also has Halal certifications from IFANCA.

Additionally, the beef gelatin used in our softgel products are also certified Halal.

​Ya, boleh.

Produk NUTRILITE adalah satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang menanam, memetik dan memproses tumbuhan di ladang-ladangnya yang disahkan organik. Dakwaan ini disahkan berdasarkan kaji selidik oleh Euromonitor International. Teknik perladangan organik disahkan oleh badan-badan bebas seperti yang ditunjukkan di bawah:

Ladang Brazil
Pensijilan oleh IBD (Instituto Biodinamico), Brazil
Disahkan organik dan mematuhi standard IBD bersamaan dengan standard ECC2092/91 dan IFOAM.

Ladang El-Petacal, Mexico
Pensijilan oleh Oregon Tilth Certified Organic (OTCO), Kelas O (Ditanam Secara Organik).

Trout Lake, Missouri
Pensijilan oleh Jabatan Pertanian Washington - menurut Program Organik Nasional dengan Tajuk 7CFR Bahagian 205.

Sembelit boleh berlaku disebabkan kurang serat atau kurang pengambilan air. Adalah penting untuk makan sekurang-kurangnya empat hingga lima hidangan buah-buahan dan sayuran setiap hari untuk memastikan pengambilan serat yang mencukupi. Anda boleh juga mengambil NUTRILITE Concentrated Fruits and Vegetables atau Nutri Fibre Blend, yang mengandungi kedua-dua serat larut dan tidak larut untuk menambah diet anda.​

Produk-produk Lain