Gerakkan tetikus ke atas untuk mengezum dekat

NUTRILITE Saw Palmetto and Nettle Root (90 gel lembut)

NUTRILITE Saw Palmetto and Nettle Root meningkatkan kesihatan saluran kencing untuk lelaki dan menggalakkan fungsi prostat yang sihat. Saw palmetto membantu melegakan masalah pembendungan cecair. Akar nettle rmemberikan sokongan herba untuk aliran kencing.

Harga runcit
RM 144.90
 

Item #: 100331

Paling laris

Saw Palmetto menggalakkan kesihatan prostat dan sistem-sistem yang berkaitan. Akar Nettle terutamanya membantu dalam menggalakkan kesihatan saluran kencing. Bersama-sama dengan Saw Palmetto, kombinasi herba ini membantu meningkatkan jumlah air kencing dan memaksimumkan kadar aliran air kencing.

Mengambil tiga gel lembut NUTRILITE Saw Palmetto and Nettle Root sehari yang memberi 329.7mg Saw Palmetto dan 246.9mg Akar Nettle boleh memberi rmanfaat. Produk ini distandardkan untuk memberi paras sebatian aktif yang konsisten bagi kesan yang bermanfaat.

Ya, produk ini memang mengandungi bahan haiwan. Gelatin dalam produk ini diguna sebagai bahan untuk membuat kulit kapsul yang lembut. Ia disahkan Halal oleh IFANCA dan diiktiraf oleh JAKIM, Malaysia dan MUIS, Singapura.

Semua produk NUTRILITE, yang dikelaskan sebagai makanan kesihatan dan dijual di Malaysia, adalah didaftarkan dengan Jabatan Kawalan Dadah dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan membawa nombor kelulusan KKM pada label (contoh, MAL12345678).

Yakinlah bahawa AMWAY komited dalam memenuhi keperluan peraturan dan menghormati isu-isu keagamaan semua negara di mana kami memasarkan produk kami, terutamanya keperluan unik komuniti Muslim.

Kami memberi anda jaminan kami bahawa produk yang pada masa ini didapati melalui AMWAY (Malaysia) Sdn Bhd tidak mengandungi bahan-bahan yang berasal daripada sumber yang tidak Halal atau terbitannya.

Kami sangat berbesar hati memaklumkan bahawa produk nama jenama NUTRILITE dalam rangkaian Pemakanan & Kesejahteraan yang dijual oleh AMWAY (Malaysia) Sdn Bhd adalah disahkan Halal oleh Majlis Makanan dan Pemakanan Islam Amerika (IFANCA). Pengilang kontrak AMWAY untuk produk gel lembut NUTRILITE, RP Scherer, juga mempunyai sijil Halal dari IFANCA.

Tambahan lagi,gelatin lembu yang diguna dalam produk gel lembut kami juga disahkan Halal.

Ya, boleh.

Produk NUTRILITE adalah satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang menanam, memetik dan memproses tumbuhan di ladang-ladangnya yang disahkan organik. Dakwaan ini disahkan berasaskan kaji selidik oleh Euromonitor International. Teknik perladangan organik adalah disahkan oleh badan-badan bebas seperti yang ditunjukkan di bawah:

Ladang Brazil
Pensijilan oleh IBD (Instituto Biodinamico), Brazil
Disahkan organik dan mematuhi standard IBD yang bersamaan standard ECC2092/91 and IFOAM.

Ladang El-Petacal, Mexico
Pensijilan oleh Oregon Tilth Certified Organic (OTCO), Class O (Ditanam Secara Organik).

Trout Lake, Missouri
Pensijilan oleh Jabatan Pertanian Washington - menurut Tajuk 7CFR Bahagian t 205 Program Organik Nasional.

Sembelit boleh berlaku disebabkan kurang serat atau kekurangan pengambilan air. Adalah penting untuk makan sekurang-kurangnya empat hingga lima hidangan buah-buahan dan sayuran untuk memastikan pengambilan serat mencukupi. Anda boleh juga mengambil NUTRILITE Concentrated Fruits and Vegetables or Nutri Fibre Blend, yang mengandungi kedua-dua serat larut dan tidak larut untuk menambah diet anda.

Produk-produk Lain