Gerakkan tetikus ke atas untuk mengezum dekat

Minuman Campuran Protein Soya NUTRILITE – Perisa Beri Campuran (500g)

Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite (Perisa Beri Campuran) adalah cara yang betul untuk memperisakan diet anda dengan protein. Rendah kandungan lemak, campuran minuman ini sungguh enak dengan buah beri yang berkuasa!

Harga runcit
RM 146.80
 

Item #: 100325

Perisa:

Paling laris

Tidak. Malah, ia akan membantu anda jika anda sedang berdiet. Asid amino dalam protein dapat menstabilkan paras gula darah anda. Ini penting kerana serbuk itu menghalang anda daripada mengidamkan makanan bila paras gula darah turun. Jika diet anda telalu tinggi kandungan karbohidrat, paras gula darah naik turun. Mulanya anda bertenaga dan rasa kenyang, kemudian menjadi lapar pula. Tambahan lagi, jika anda sedang berdiet, satu hidangan Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite (Perisa Beri Campuran) memberikan anda hanya 95 kalori, yang mana lebih baik berbanding mendapatkan protein dari sajian berat, yang mana mungkin mengandungi beratus-ratus kalori.

Protein agak stabil walaupun dengan kehadiran haba. Kita memasak telur dan daging, yang juga makanan tinggi protein dan tidak ada nilai pemakanan yang hilang. Memasak protein dengan makanan lain juga tidak akan mengakibatkan kehilangan nilai pemakanannya.

Ya, semuanya bergantung pada berapa banyak protein yang anda mahu dalam diet anda. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa kesihatan sangat mengesyorkan pengurangan lemak, yang bererti mengurangkan makanan protein yang juga mengandungi banyak lemak, contoh, daging dan telur. NUTRILITE Protein Drink Mix (Mixed Berries Flavour) aedalah satu cara untuk mendapatkan protein berkualiti tinggi dengan lemak minimum dan tanpa kolesterol.

Bayi harus berumur sekurang-kurangnya satu tahun sebelum boleh mengambil NUTRILITE Protein Powder. Bagi kanak-kanak, sebaik-baiknya dihadkan NUTRILITE Protein Powder kepada satu hidangan sehari. Bayi tidak memerlukan protein tambahan ketika disusui kerana dia mendapat banyak protein dari susu ibu. Jika seorang anak mendapat terlalu banyak protein pada awal usia, kemungkin berlaku lebih bebanan pada ginjal dan menyebabkan penyahhidratan. Jika kanak-kanak sihat berusia setahun ke atas mengambil sekurang-kurangnya tiga sajian sehari yang mengandungi daging, ikan, ayam itik, telur atau produk tenusu, protein tambahan adalah tidak perlu. Tetapi jika seseorang anak kurang atau tidak mengambil produk haiwan, satu hidangan Protein Powder adalah disyorkan.

Tiada kesan sampingan yang diketahui dengan pengambilan produk ini. Ketidakselesaan usus mungkin berlaku kepada orang yang tidak mudah mencerna produk protein. Walaupun jarang, tindak balas alahan juga salah satu kemungkinan.

Produk ini boleh diambil dengan suplemen dietari yang lain selagi penggunaan yang disyorkan bagi setiap produk dipatuhi dengan teliti.

Walaupun produk ini tidak diuji untuk sebarang tindak balas dengan ubat preskripsi, kemungkinan terdapatnya tindak balas dengan asingan protein tidak boleh diketepikan. Sila hubungi doktor untuk nasihat lanjut.

Tidak. Ciri-ciri deria seperti perisa, bau, dan tekstur tidak dijamin selepas tarikh luput.

Gout disebabkan oleh terlalu banyak timbunan asid urik dalam tubuh. Asid urik datang dari penguraian bahan dinamakan purina, yang terdapat dalam tisu tubuh. Semua sumber protein dietari mengandungi sejumlah purina. Makanan tinggi purina termasuk daging, ikan, makanan laut, ayam itik, paru, ginjal, hati, otak, dan sayur-sayuran seperti asparagus, kubis bunga, cendawan, bayam dan kekacang kering (lentil dan pis).

Walaupun NUTRILITE Protein Powder rendah paras purina (satu hidangan NUTRILITE All Plant Protein Powder mengandungi kurang daripada 15 mg purina. Satu hidangan NUTRILITE Mixed Berries/Chocolate/Green Tea mengandungi kurang daripada 20 mg purina), adalah dinasihat bagi sesiapa yang ada gout supaya mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil produk ini.

Apakah yang menyebabkan Gout?
Biasanya, asid urik di dalam tubuh larut dalam darah. Ia lalu menerusi ginjal dan keluar dari tubuh melalui air kencing. Tetapi asid urik boleh bertimbun di dalam darah bila:

  • Tubuh meningkatkan jumlah asid urik yang dihasilkannya.
  • Ginjal tidak menyingkirkan asid urik yang cukup.
  • Seseorang yang makan terlalu banyak makanan tinggi purina.
    Paras asid urik yang tinggi di dalam darah menyebabkan hiperurisemia. Kebanyakan orang yang mengalami hiperurisemia mungkin tidak akan mendapat gout. Tetapi jika kristal asid urik berlebihan terbentuk di dalam tubuh, gout boleh berlaku.

    Apakah yang boleh dilakukan oleh pengidap gout supaya kekal sihat?
    Sesetengah perkara yang anda boleh lakukan untuk kekal sihat ialah:
  • Ambil ubat yang doktor beri seperti diarahkan.
  • Beritahu doktor semua ubat dan vitamin yang anda ambil.
  • Rancang lawatan susulan dengan doktor anda.
  • Kekalkan diet sihat dan seimbang. Elak makanan tinggi purina dan minum banyak air.
  • Kerap bersenam dan kekalkan berat badan yang sihat.

Garis panduan terapeutik bagi mereka dengan masalah ginjal biasanya termasuk pembatasan protein. Walau bagaimanapun, bagi orang yang sihat, tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan protein yang tinggi boleh menjejaskan ginjal.

Untuk orang yang sihat, kajian saintifik kolektif menunjukkan paras dietari protein soya tidak secara nyata menjejaskan paras hormon lelaki. Soya mengandungi isoflavon yang merupakan “fitoestrogen” dan mempunyai beberapa persamaan dengan estrogen tetapi ia bertindak secara berbeza berbanding hormon estrogen di dalam tubuh. Tidak ada kajian ke atas manusia pada masa ini yang menunjukkan bahawa pengambilan soya boleh mengubah paras testosteron, bilangan atau kualiti sperma mahupun anatomi zakar lelaki. Pengambilan 40-70 mg/hari isoflavon soya dalam 2-4 hidangan makanan berasaskan soya tidak didapati boleh menjejaskan paras testosteron atau estrogen lelaki dan wanita.

Asingan protein soya adalah 90% protein, pekatan protein soya adalah 70% protein, dan tepung soya adalah 50% protein.

Ia bergantung pada jenis produk. Jika anda makan kacang soya atau pengganti protein soya bertekstur yang mengandungi gula soya, anda mungkin akan perasan kesannya sama seperti makan kacang yang lain. Walau bagaimanapun, kebanyakan asingan protein soya secara dasarnya adalah protein, dengan gula yang sangat sedikit, oleh itu ia tidak harus menyebabkan masalah sedemikian.

Pilihan untuk menggunakan bahan-bahan yang dikekalkan identitinya (IP) di mana yang mungkin. Ini bererti bahan-bahan tersebut diperoleh daripada sumber bukan GMO dan langkah ketat dikenakan untuk menghalang pencemaran GMO dalam semua peringkat proses.

Realitinya tidak mungkin NUTRILITE atau mana-mana pembekal boleh menjamin soya 100% bebas GMO atau sebarang bahan lain disebabkan faktor-faktor seperti pendebungaan silang, pencemaran silang oleh haiwan liar, sisa dari peralatan pemprosesan dan kendalian atau dari kenderaan pengangkutan tercemar dengan bahan GMO. Untuk memerangi isu-isu ini, pendirian proaktif dalam menjamin kualiti bahan-bahan diutamakan menerusi program NUTRICERT yang mana termasuk meminimumkan perubahan genetik menerusi keperluan zon penampan dan amalan perladangan lestari lain yang secara khusus mengekalkan integriti bahan genetik asal dalam tumbuhan kami.

NUTRILITE Protein Powder membekalkan protein berkualiti tinggi, yang bererti ia mengandungi jumlah kesemua asid amino yang mencukupi dalam bentuk yang tubuh anda boleh gunakan dengan protein dietari yang lain untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikan tisu.

Semua produk NUTRILITE Protein Powder membekalkan 8 g -10 g protein berkualiti tinggi. Walaupun ada perbezaan dalam asid amino individu, kualiti keseluruhan asid amino adalah serupa. Terdapat beberapa sebab perbezaan ini.

  • Jumlah asid amino individu mungkin berbeza disebabkan (1) sumber protein berbeza dan/atau (2) jumlah protein yang dibekalkan oleh produk adalah berbeza sedikit.
  • Jumlah asid amino individu juga berbeza dari ujian ke ujian. Malah, bilangannya boleh berbeza sehingga 30%. Ini disebabkan perbezaan semula jadi di dalam produk itu sendiri dan juga perbezaan analitik yang dikaitkan dengan kaedah ujian.
  • Disebabkan perbezaan ini, profil asid amino individu untuk produk protein yang diberi adalah hanya sebagai panduan dan bukan benar-benar 100% angka yang tepat.

Kualiti deria produk ini boleh terjejas dengan keadaan persekitaran seperti pendedahan kepada haba, udara, dan lembapan. Pendedahan kepada keadaan ini tidak dijangka menjejaskan kandungan nutrien. Walau bagaimanapun, adalah disyorkan produk ini disimpan di tempat yang sejuk dan kering untuk memaksimumkan kualiti produk.

All NUTRILITE products, which are classified as health supplements, are not subjected to premarket approvals and licensing for their importation, manufacture and sales in Singapore.

Please be assured that AMWAY is committed to meeting the regulatory requirements and respecting the religious issues of all the countries in which we market products, particularly the unique requirements of the Muslim community.

We give you our assurance that the products currently available through AMWAY (Singapore) Pte Ltd do not contain ingredients originating from non-Halal sources or its derivatives.

We are very pleased to advise that products with the NUTRILITE brand name in the Nutrition & Wellness range sold by AMWAY (Singapore) Pte Ltd are certified Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). AMWAY's contract manufacturer for NUTRILITE softgel products, RP Scherer, also has Halal certifications from IFANCA.

Additionally, the beef gelatin used in our softgel products are also certified Halal.

Ya, boleh.

Produk NUTRILITE adalah satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang menanam, memetik dan memproses tumbuhan di ladang-ladangnya yang disahkan organik. Dakwaan ini disahkan berdasarkan kaji selidik Euromonitor International. Teknik perladangan organik disahkan oleh badan-badan bebas seperti yang ditunjukkan di bawah:

Ladang Brazil
Pensijilan oleh IBD (Instituto Biodinamico), Brazil
Disahkan organik dan mematuhi standard IBD yang bersamaan dengan standard ECC2092/91 dan IFOAM .

Ladang El-Petacal, Mexico
Pensijilan oleh Oregon Tilth Certified Organic (OTCO), Kelas O (Ditanam Secara Organik).

Trout Lake, Missouri
Pensijilan oleh Jabatan Pertanian Washington - menurut Program Organik Nasional Tajuk 7CFR Bhagian 205.

Sembelit boleh berlaku disebabkan kurang serat atau kekurangan pengambilan air. Adalah penting untuk makan sekurang-kurang empat hingga lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap harian untuk memastikan pengambilan serat yang mencukupi. Anda boleh ambil NUTRILITE Concentrated Fruits and Vegetables atau Nutri Fibre Blend, yang mengandungi kedua-dua serat larut dan tidak larut untuk menambah diet anda.

Produk-produk Lain